Kiser tidak lepas dari memerhati Firas membuat air yang telah diorder tadi. Dia tersenyum melihat Firas. Dia tahu dia ada perasaan yang lain dekat Firas. Perasaan yang tak patut dia ada sebenarnya. Tapi dia terus membiarkan perasaan ini semakin membesar. Saat ini, dia tak tahu, mahu ikut kemahuan yang mana satu. Biarlah masa yang menentukan.Firas: Kau pehal tengok aku.
Kiser: Hahhahahah.. aku tengok cara kau buat air. Mana tahu aku boleh kerja kat sini gak.
Firas: Konferm kau tak tahan.
Kiser: Ceh belum cuba belum tahu.
Firas: Well aku dah kenal kau lama, so aku tahu sangat perangai kau.
Kiser: Yelah tu.. dah siap ker.
Firas: Sabar boleh tak..
Kiser: Yer...
Firas: NahFiras menyerahkan cup Iced Latte kepada Kiser, dia mula menyedut air sejuk yang telah dibuatnya itu.
Kiser: Firas, malam ni jom study group. Ajarlah formula akaun ni.
Firas: Tak boleh.. malam ni aku kerja lagi. Aku hari ni ambil shift sampai malam. Lagipun bukan ada assignment pun. Kau ni bukan jenis yang malas belajar ker?.
Kiser: Ala.. aku nak gak jadi pandai macam kau.
Firas: Hari tu aku ajak dengan classmate semua kau taknak.
Kiser: Ala ramai-ramai tak bestlah. Tak masuk otak. Kita dua jelah.
Firas: Hari lain, minggu ni aku busy.
Kiser: Kau ni kerja jer. Rehatlah sikit. Pagi kerja, petang sampai malam pun kerja. Berhenti jelah. Kalau kau kurang duit ker apa ker, aku boleh tolong kaulah.
Firas: Aku tak boleh berhentilah Kiser. Kau tahu kan aku ada perjanjian dengan abang sedara aku tu. Lagipun aku bukan hidup susah pun. Kau jangan salah faham pula. Anyway, aku sukalah kerja ni. Best.. boleh usha orang. Lagi-lagi perempuan.
Kiser: Ah kau ni gatallah. (Mencebik).
Firas: Biarlah, aku ni still avalaible lagi, bukan macam kau tak avalaible langsung.
Kiser: Yerlah... tapi janganlah setiap perempuan kau nak usha.
Firas: Apsal pulak.
Kiser: Sebab.. a.. sebab aku akan rampas gak dari kau. Kita tengok siapa yang lebih hot.
Firas: Kisah pulak aku..
Kiser: Takutkan..Deringan telefon Kiser berbunyi, laju sahaja dia mengeluarkan phonenya di kocek jaketnya dan menslide button hijau yang berada di skrin phonenya. .
Firas: Lorilah apa lagi..
Kiser: Sibuklah.Agak lama mereka berbual, Firas tidak mengendahkannya yelah hal rumahtangga orang takyah nak sibuk-sibuk masuk campur, Firas terus melayan customer yang mula datang ke kafenya. Job Firas hanya tertumpu pada kaunter bar dan bartender, pekerja yang lain akan settle customer yang berada di meja-meja kafe itu. Tapi tulah, mostly customer akan pergi dekat Firas, sebab mereka dah biasa dengan air buatan Firas, lain katanya. Penat gaklah, habis yang sorang lagi bartender ni buat apa, kalau semua customer nak aku yang buat. Oklah dapatlah jadi pekerja bulanan. Lepas sahaja Kiser berbual di telefonnya, dia kembali mendapatkan Firas.
Kiser: Firas aku pergi dulu.
Firas: Pergi jelah apa masalah.
Kiser: Kau balik naik apa ni?.
Firas: Kalau malam ni kau tak boleh ambil, aku balik naik Uber jer.
Kiser: Tak bahaya.
Firas: Kau nak aku maki kau ker apa.. kau ingat aku Lori ker yang kau perlu risau. Lagipun dah seminggu kau tak ambil aku kan. Ok jer aku naik Uber.
Kiser: Ok malam ni aku ambil kau. Aku janji.
Firas: Betul ni, korang nak pergi mana malam ni?.
Kiser: Lori ajak aku tengok movie.
Firas: Dah tu, mestilah korang lambat. Takpe-takpe biar aku naik Uber jer.
Kiser: Takyah.. lepas ni aku terus ambil Lori. Pukul 7 movie tu start. Kau habis pukul 10 malam kan. Sempat... jangan risaulah. Tunggu tau.Firas melihat kearah jam dinding di kafe itu. Baru pukul 6 petang. Kalau Kiser dah cakap macam tu. Aku on jelah. Boleh save duit.
Firas: Yelah-yelah. tepati janji kau. Jangan jadi macam Najib.
Kiser: Sape Najib?..
Firas: Ah lupekan jer.. ingat!!.. Malam ni bukan aku yang tutup kedai, orang lain yang tutup. Aku taknak tunggu kau depan kedai lama-lama. Dahlah sejuk. Aku tak bawak sweater pulak tu. Jangan lambat..
Kiser: Yer-yer. aku janji.
YOU ARE READING
Kau Pun Samalah!!
RomantikSide Story 2 : Bila 2 jiwa berbeza status mula mempunyai perasaan cinta yang sama. Mereka cuba membuang perasaan ini dan membiarkan ego menguasai kedua jiwa itu. Namun.. semakin hari semakin mereka terseksa dengan perasaan itu. Rindu + Sayang = wuj...