Kau Pun Samalah!!! - 12

629 30 4
                                    

Firas menunggu di depan office pengurusan pelajar menanti Lori menyelesaikan urusannya di pejabat itu. Firas melihat keadaan bangunan itu yang sudah lengang dengan pelajar-pelajar. Ramai yang dah start cuti. Yelah kebanyakan dari mereka dah habis exam bagi semester ini, so baliklah apa lagi.

Lagipun musim salju bakal berakhir, lagi beberapa hari jer lagi. Selepas musim salji, musim luruh pula menjelma. Memang ramailah yang akan ambil peluang ini untuk balik ke rumah masing-masing. Salji pun dah agak jarang turun, turun pun sikit-sikit jer macam hujan renyai-renyai katanya.

Hari ni dia dan Lori juga pelajar-pelajar semester akhir yang sudah menduduki exam kertas terakhir diwajibkan untuk membuat clearance yang diberi masa sehingga bulan depan. Firas dengan Lori decide untuk buat sekarang, lagipun Firas pun dah nak balik Malaysia.

Barang dalam dorm pun dah siap diexpress ke Malasyia, ke alamat rumah Firas. Nasib semalam Lori, Camila dan uncle Roger tolong Firas alihkan barang ke lori. Mahal gaklah shipping dia. Nak buat macam mana takkan nak buang pulak.

Camila tengah exam sekarang ni, minggu ni exam dia pack. Dia ada berbaki seminggu lagi untuk battle it out dalam exam. Nasib kaulah.

2 hari dah berlalu sejak kejadian Hunter tempoh hari. Dan sejak itu juga, Lori acap kali menyuruhnya memberi peluang kepada Kiser. Tapi tahu-tahulah Firas ni, kadang-kadang degil sikit nak dengr cakap orang, almaklumlah, dulu tengoklah sikapnya macam mana dalam Demi Mencintaimu, degilnya jangan cakaplah. Dia tetap ikut nalurinya yang dia akan kecewa kalau berikan Kiser peluang lagi. Hinaan yang dilemparkan terhadap Firas sangat tidak boleh dimaafkan.

Namun, jauh di sudut hati Firas, dia tidak boleh menidakkan yang sebenarnya dia juga ingin berjumpa dengan Kiser. Tapi tulah, bila teringatkan apa yang Kiser dah buat dekat Firas menyebabkan hati Firas berfikir banyak kali sama ada mahu berikan peluang ataupun tidak, in the end jawapannya lebih terarah kepada 'TIDAK'.

Aish.. dia kena cepat balik Malaysia supaya hatinya tidak terlalu berlembut terhadap jejaka itu. Saat ini hatinya dah tawar. Tapi still jugak, setawar-setawar hatinya, bila-bila masa jer boleh berubah. Dia tak nak semua itu berlaku. Tak... takkan mungkin berlaku.

Jam diphonenya dipandang, lama betul perempuan ni, dah dekat 40 minit ni. Berjanggut aku tunggu depan tangga ni. Hari ni juga Lori ada interview untuk jadi pembantu akaun dekat fakuti Perakaunan. Mungkin itu yang lama sikit tu.

Aish.. orang kalau boleh dah tidak mahu ada kaitan lagi dengan hal-hal universiti ni semua. Makin cepat habis lagi bagus. Tak serabut otak. Tapi, dia ni boleh pulak minta sambung kontrak jadi penghuni universiti ni. Takpelah keputusan dia, dia punya sukalah, sibuk pula kau Firas. At least ada bapaknyer yang boleh tengok-tengokkan. So.. apa nak risau.

Lori mula keluar dari pintu kaca office itu. Dia tersenyum.

Lori: Hai awak.. dah lama tunggu ker..
Firas: (Hanya menjeling malas).. erm dah tahu tanya lagi. Dah jomlah makan laparlah.
Lori: Baik pakcik..

Mereka mula menggerakkan langkah mereka menurui tangga office itu dan menuju ke kafe berdekatan.

Dari jauh, Kiser hanya memerhatikan Lori dan Firas turun dari tangga office itu. Sejak tadi lagi Kiser memerhatikan Firas yang berdiri di tingat 2 bangunan itu. Setelah beberapa hari atau mungkin minggu dia tidak berjumpa dengan Firas, namun hari ini, dia nampak Firas, terubat rindunya.

Hendak sahaja dia bersemuka dengan Firas saat ini dan memberitahu isi hatinya. Namun.. dia kenal Firas tu macam mana. Once dia cakap tak nak dia memang taknak. Once dia taknak dengar dia takkan bagi orang itu untuk beri penjelasan.

Kiser tahu hati Firas dah tawar dengan sikap Kiser, cukuplah dengar dia cakap 3 kali 'NO' memang ianya akan jadi 'NO'. Sampai Lori pun dah give up nak pujuk Firas, setiap kali Lori try pujuk Firas, Lori akan update dekat Kiser namun jawapan yang Kiser dapat dari Lori ialah 'NO'.

Kau Pun Samalah!!Where stories live. Discover now