Firas menggeliatkan tubuhnya di apartmen tingkat 2 berek di camp Pablo Luires West France' yang telah disediakan buat tenaga pengajar di kem itu. Pagi yang indah dengan kabus yang masih berlegar-legar di sekitar hutan camp ini. Firas mengosok-gosok tapak tangannya. Sejuk.
Musim salju dah tamat 4 hari lepas, maknanya cerita Musim Salju Buat Mr. Grey dah pun tamat. Oklah happy ending, nanti kalau tak happy ending reader marah pulak. Eh kejap.. apa aku merepek ni. Aish.. apa-apa jelah.
Firas mendengar suara-suara askar pelatih sedang berkawat, dengar juga suara komander terpekik terlolong mengarah anak-anak buahnya.
Firas memerhatikan keadaan di kem itu, nyaman sangat, suasana hutan di sini mengingatkan dia pada Malaysia. Besok petang aku akan balik. Dah call Fattah suruh jemput dekat airport. Dia jelah yang boleh diharapkan. Abang-abangnya busy katanya, kakak iparnya pun busy. Dah semua busy so suruh si Fattah tu jelah yang ambil.
Tak sabar nak mendengar update dari Izham dan Fattah. Dah setahun gak diorang kahwin, takkan tak mahu ada waris kot macam Adam dengan Amzar.
Dah seminggu Firas di sini. Setiap hari gaklah dia mesej dengan Lori. Dah macam awek aku pulak. Dan sepanjang seminggu ni dia tahu apa jadi dekat Kiser. Tapi cuma malas hendak mengendahkannya.
Bagus jugak dah lama tak jumpa, buat aku makin lupa dengan kau. At least senanglah aku nak balik Malaysia tanpa ada rasa serba salah.
Lantaklah, kalau jumpa takut Firas yang mengalah, bila dah mengalah, last-last hatinya yang akan sakit better tak payah jumpa. Namun hati ini masih tertanya-tanya kenapa Lori, Hunter, Camila even uncle John seboleh-bolehnya pujuk Firas suruh bagi peluang dekat Kiser. Takkan diorang dah termakan pujuk rayu Kiser. Tapi, for your guys information. Pujukuan itu bukan untuk aku. So, aku takkan termakan lagi pujuk rayu dia. Cukuplah...
Kelihatan Hunter berjalan dari padang kawad menuju ke berek. Nampaklah dari jauh, peluh membasahi baju askar Hunter itu. Firas hanya memerhatikan Hunter berjalan. Hunter mula melambai Firas dari bawah, Firas membalas dengan senyumannya yang terukir dari bibirnya. Lelaki askar itu mula menaiki tangga menuju ke tingkat 2 berek itu. Sampai di tingkat 2, Hunter berdiri di sebelah Firas.
Firas: Dah settle ker?.
Hunter: Diorang pergi breakfast, lepas 2 jam saya kena bertugas balik. Jom Firas breakfast.
Firas: Boleh, kejap nak siap jap.
Hunter: Ok, saya tunggu dekat sini jelah.
Firas: Tak nak masuk ke duduk-duduk, peluh dah tu.
Hunter: Takpe kat sini jer.
Firas: Ok.Firas masuk ke dalam apartmen itu. Hunter hanya menunggu di luar. Kini, Hunter pula yang mengganti tempat Firas memerhatikan keadaan sekeliling di kem itu. Hatinya masih keliru. Nick... Emmett.. kenapa mereka datang kembali, sampai bila jer mereka boleh bertahan kejar cinta aku. Satu masa nanti mereka akan pergi meninggalkannya semula.
Ayah dengan papa memang langsung tidak bersetuju kalau Hunter terima salah seorang dari mereka, kedua-dua mereka mempunyai keluarga dan tak mungkin Hunter merosakkan hubungan itu. Namun... dia akui dia merindui kedua-duanya.
Firas keluar dari apartmen itu, Hunter dan Firas menuju ke kantin kem itu.
************************
Kiser merenung gambar Firas di dalam bilik loker milik team Aviron Baiyonnais, dah seminggu dia dekat Pyrennes-Atlantiques of Bayonne, France tempat dia menjalani training sebelum menjadi official player untuk team Aviron Baiyonnais. Tapi sememangnya Kiser akan konferm menjadi team ini, namun untuk permulaan, dia kena jalani latihan bersama candidates yang lain.
Pihak pengurusan team ini, sedang mencari seorang lagi player untuk masuk ke team mereka disebabkan salah seorang player dari official team terminatedkan dia punya kontrak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Pun Samalah!!
RomanceSide Story 2 : Bila 2 jiwa berbeza status mula mempunyai perasaan cinta yang sama. Mereka cuba membuang perasaan ini dan membiarkan ego menguasai kedua jiwa itu. Namun.. semakin hari semakin mereka terseksa dengan perasaan itu. Rindu + Sayang = wuj...