Kau Pun Samalah!!! - 11A

614 37 14
                                    

Joshua memerhatikan pelajar-pelajar yang sedang khusyuk menjawab soalan peperiksaan di dewan utama Pierre & Marie-Curie Universiti itu. Mata Joshua sering kali melihat jam besar yang terletak elok di depan dewan bagi memudahkan pelajar-pelajar untuk melihat masa dalam exam ni.

Dia melihat Kiser dan Lori sedang tekun menulis di kertas yang disediakan oleh panel peperiksaan. Firas berada di dewan 2, pelajar akaun batch Firas memang ramai itu yang terpaksa diasingkan untuk memberi keselasaan pelajar-pelajar untuk menjawab soalan. Tak adalah mereka sempit sangat.

Lori terus khusyuk menjawab soalan-soalan yang tersedia di kertas soalan itu, tingal 1 soalan jer lagi. Tak sangka formula yang Firas ajar tu senang dan mudah diingati. Thanks Firas, even dia dekat dewan lain tetap semangat Firas ada dengan Lori sekarang ni.

Matanya mencuri pandang ke arah professor yang duduk di meja depan. Nampak resah jer prof ni. Apalah yang dia fikirkan tu. At least, dia sempat lawat Firas dekat hospital 2 hari lepas. Bila jumpa, dengarlah Lori yang Firas dan profnya bergelak sakan, lama jugaklah diorang bual.

Sehingga saat ini, Lori tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka betul-betul rapat. Dah macam adik-beradik rapatnya. Entahlah, mungkin adalah tu kisah sebelum ini.

Setelah itu, Lori menoleh ke arah Kiser. Erm.. wajahnya dah tak seceria selalu. Harap-harap dia boleh jawab soalan ni. Firas pernah ajar formula ni. Lori mengeluh dan kembali fokus menjawab soalan.

Petang ada kes perbicaraan dekat makhamah daerah, kawan-kawan Kiser dihadapkan makhamah di atas banyak kesalahan yang mereka lakukan dan yang paling berat ialah merogol serta dadah.

Tak sangka kawan-kawan yang dia selalu lepak end up jadi macam tu disebabkan terlampau sangat mengikut perasaan. Dan yang paling Lori tidak meyangka Jet boleh jadi sebodoh itu.

Jet antara yang paling baik di kalangan mereka, even lagi baik dari Kiser tapi kenapa dia boleh berubah sampai begitu sekali. Lori mengambil keputusan yang betul untuk mempercayai Camila kali ni dan bersetuju untuk menolong model itu.

Pagi ini perbicaraan kes diantara mangsa dan pesalah, manakala belah petang keputusan hukuman perbicaraan. Sekarang ni Mira dan Hunter sedang berikan keterangan di makhamah untuk lawan peguam-peguam Brian, Chris, Andre, Damon dan Jet.

Firas akan diberikan pelepasan awal untuk pergi ke makhamah. Kiser masih tidak tahu tentang perbicaaran yang berlaku pada hari ni. Memang dirahsiakan. Sebab taknak dia hilang fokus dalam exam. Kiser ni cepat terganggu.

Petang ni baru Lori mengajakanya pergi ke makhamah. Tapi tulah, mungkin Firas dah takde dekat makhamah sebab Hunter bercadang ingin membawa Firas pergi ke tempat lain.

Hmmm.. Bilalah diorang ni nak berjumpa. Selagi diorang tak jumpa selagi tu masalah ni akan diextend. Firas berdegil tidak mahu jumpa Kiser, dan Kiser masih tidak berani menyatakan cintanya dekat Firas even dekat orang sekelilingnya. Entahlah..

Kiser berhenti seketika dari menjawab soalan 4 & 9. Soalan ni susah. Aku tak ingat formula apa yang patut digunakan untuk dapatkan jumlah untung bersih ni. Firas ada ajar. Tapi tulah, time Firas ajar, yang ditenung bukannya formula akaun tu tapi wajah Firas. Sangat handsome bila series.

Bila teringat Firas, hati Kiser menjadi sedih, dekat mana kau sekarang?.. kenapa sampai sekarang kau mahu mengelak dari jumpa aku. I want to see your face, I want to hear your voice, and I just want to make U smile like before.

Kau Pun Samalah!!Where stories live. Discover now