"saya dah kemaskan barang-barang awak yang nak bawak pegi hospital tau" Dania berpesan sambil tangan sibuk membalikkan telur di kuali.
Adam kebisuan.
"Adam? Dengar tak?"
Tersentak sedikit badan Adam. "Ah? Oh, okay. Thanks..."
Dania letakkan pinggan berisi telur goreng bersama kucai. Makanan yang selalu Adam request. Favourite katanya. Ada jugak sambal udang, sayur campur dan sambal tempoyak. Nasi putih dihidang di depan Adam yang masih melengung.
"Jom makan?" Ajaknya.
Adam menadah tangan berdoa, diaminkan Dania. Mereka mula menyuap.
Makan malam mereka agak lewat semasa bulan puasa. Lepas isyak baru makan berat, lepas buka puasa makan kuih saja.
"Dania..." Seusai makan, Adam memanggil.
"Hmm?"
"Lusa kan... operation tu?"
"Ha'ah. Awak dah ready?" Diajak Adam duduk di depan tv. Air untuknya dan Adam dah siap.
"Aku...actually takut if anything will happen during the operation. So, aku nak pesan-"
Segera Dania potong. "Chop, yang awak nak risau ni kenape? Kan doktor dah bagitau yang the risk is quite low?"
Adam mengeluh. "Kita tak tau apa akan jadi, Dania. We'll never know. And if the bad-"
"Eh jap" dia potong lagi. "Jangan la fikir negative Tengku Adam. Saya tak suka"
Dania tau la pasal surgery ni. Ni hanya untuk remove the layer of the eyes and that's it. Simple. Yup, dia tau ada risiko but sangat narrow dia punya chances. She did learned that in her years as a medical student.
Adam akhirnya tersenyum.
"Yeah...maybe aku kena stop fikir benda negative kan?"Dania dah bersorak tepuk tangan. That's the spirit, babeh!
"Hah... aku tak sabar nak get back my eyesight. Banyak sangat benda aku nk buat dalam list aku. Aku nak pusing satu dunia, nak try all types of dishes, nak menyanyi atas puncak gunung, nak redah sungai...all sorts of things"
Tergelak dia dengan wajah dreamy Adam. Well, dia betul. Masa muda ni la nak try semua benda kan?
"...and paling aku tak sabar..."ayatnya tergantung.
Kening Dania terangkat sebelah.
"Tak sabar apa?" Nak daki Everest? Nak menyelam dalam laut Pasific? Ke nak naik belon udara kat Sydney?
Adam tersenyum manis.
"...aku tak sabar nak tengok muka kau"Dania terkedu. Perasaan bercampur baur. Dia gelisah, macam mana kalau Adam perasan siapa dia. Mesti dia akan benci aku kan? Aku kan manusia paling jijik dalam hidup dia?
"Oh...." Hambar saja suara Dania.
Kali ni kening Adam pula terangkat.
"Apesal kau macam tak happy je? Kau tak suka aku boleh nampak balik?""Eh tak, tak. Mana ada. Saya happy la. Happy sangat" nada suaranya diceriakan. Rasa bersalah pula buatkan wajah Adam bertukar mendung.
"Aku nak buat permintaan boleh?"
"Boleh, boleh. Nak apa?"
"Malam esok, aku kena admit hospital kan? So, pagi-pagi esok kita keluar boleh?"
Keluar? Adam nak pergi mana pulak? Tapi tak kesah la, cuti raya dah start, so boleh la kalau nak berjalan pun.
"Nak pegi mana?" Rancangan di tv dah tak dihiraukan mereka berdua. Ralit sangat bersembang. Adam dan Dania memang rajin berbual, kadang sampai lewat malam ha.
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...