Thanks again untuk yang baca💜💜
Next update esok eh...Nia buka mata dia. Lama pulak rasanya dia tertidur kali ni. Agaknya Adam dah balik ke? Dia gosok mata dia bila rasa di tempat asing. Biar kebenaran?
Dekat mana ni? Dia kena culik ke? Tapi tangan, kaki dia tak terikat and dia pun bukan kat tempat terbiar or what. Just...dalam bilik asing?
"Dah bangun?" Suara garau menyapa. Nia berkalih pantas ke sebelah kiri bilik. Rupanya ada seorang lelaki tengah duduk di sofa sambil memegang sebuah buku. Mungkin dia tengah baca sambil menunggu dia kot.
"Awak siapa? Saya kat mana?" Nia gelabah. Kau ni siapa setan? Dia raba badan dia, nasib masih lengkap berbaju semua.
Liam tergelak. Gelabah giler pompuan ni. "Jangan risau, I takkan apa-apakan you pun. Takyah buat muka cuak sangat."
"Eh tiber...kalau tak nak buat pape, buat pe culik saya kat sini? Ha? Ha?" Nia sembur. Dah tak macam gaya kena culik minah ni. Cuba cakap, siapa je berani nak cakap gitu dengan penculik ha?
Liam menggeleng saja dengan perangai Nia. "I boleh bagitau, but you kena percayakan I..boleh?" Dia pandang Nia minta persetujuan. Nia berbolak-balik. Nak percaya macam okay, tak nak percaya pun macam kena percaya jugak je ni?
"Teruskan"
Liam pun bercerita semua pasal rancangan Ziyad and how dia kenal Adam. Nia terkaku kejap. Dia macam tak percaya Ziyad sampai sanggup nak buat kat dia macam ni just sebab dia tolak Ziyad? And Adam.. Adam tau ke pasal ni?
"Adam cemana? Dia tau?"
Liam menggeleng. "I tak sempat nak bagitau, Ziyad tetiba nak cepatkan rancangan dia. I tak boleh lengahkan lagi sebab takut kalau kalau dia upah orang lain suruh culik you."
Nia faham. Tapi dia nak balik.
"Liam... You tolong lepaskan I?""No Nia, tak boleh. You tak boleh balik lagi sekarang. Berisiko sangat. Tunggu dua tiga hari lagi I akan cari jalan lepaskan you" Liam berjanji. Kalau dia bawak Nia lari sekarang dia tak tau Ziyad akan buat apa lagi. "Sekarang ni you stay dulu sini and just berlakon like you betul-betul kena culik. Meanwhile I akan alarm Adam pasal rancangan Ziyad."
"Tapi kalau Adam tak percaya...." Nia hilang kata. Adam kisah ke kalau dia hilang? Adam nak ke cari dia? Hubungan dia dan Adam bukan in a good note lately tau.
"You need to put some faith on your husband, Dania. Adam akan percaya, so don't worry too much" Liam bagi reassurance smile kat Nia.
"Kita dekat mana ni?"
"In one of my family's mansion. Tak jauh pun, just keluar sikit je dari area KL. Nanti akan ada maid yang attend your needs so just panggil je. And I nak kena keluar sekarang, nak uruskan pasal hal ni." Liam dah bangun nak keluar bila Nia soal dia.
"Kenapa you tolong I Liam?.."
Liam berdiri kaku di depan pintu. Dengan badan membelakangkan Nia, dia menjawab
"..... I taknak orang yang tak berdosa jadi mangsa.. " dan dia keluar.
_______
"Dania ada dengan I"
Bukkk
Penumbuk Adam singgah tepat pada muka Liam tanpa menunggu lagi. Dia nak teruskan lagi aksi ganasnya bila Liam cepat-cepat menahan. "Kejap, kejap, dengar dulu apa I nak cakap!"
Adam berundur ke belakang sikit. Panas hatinya bila Liam call nak cakap pasal Nia dengan dia. Dia risau sebab Nia hilang. Balik je kerja haritu, Nia dah takde. Bila tanya tukang kebun dan guard, mereka semua terkejut dan tak tau. Ingatkan Nia memang dalam rumah sebab dia tak keluar. Tapi balkoni bilik Nia ada tanda dipecah masuk.
Adam dah sikit lagi nak buat report polis bila Liam halang. Katanya dia tau mana Nia ada.
"Mana isteri aku?!!"
Liam mendesis kejap bila bibirnya yang pecah diusap. Aduhh kuat pulak mamat ni tumbuk aku. Pakai batu ke konkrit nih?
"Tenang kejap, biar I explain" Liam ajak Adam duduk dulu. Adam pun ikut jugak la walaupun muka tak rela.
"Macam ni, I sebenarnya terpaksa bawak lari you punya wife. But jangan risau dia tak apa-apa. Dia selamat and no one can touch her."
Adam memandang keras Liam di depannya. "Kenapa kau culik dia?"
"Ziyad"
Adam mencarut kuat lepas dengar jawapan dari Liam. "Habis? Kau ni kira tali barut dia ke macam mana?"
"I takkan cari and bagitau you kalau betul I bersekongkol dengan dia. I cuma nak tolong you all je. Cuba you fikir kalau Ziyad upah orang lain culik Dania. You rasa dia akan selamat? Ziyad takkan sentuh dia?" Liam menyoal tenang. Niat dia cuma nak menolong.
"Kenapa kau nak tolong aku?" Adam menyoal sangsi dengan niat sebenar Liam. Liam kawan Ziyad kan? Asal dia nak tolong aku pulak? Entah-entah ni rancangan diorang.
"Ziyad, dia ada mental disorder. Kejap dia okay kejap tak. Tapi tak ramai yang tahu pasal ni"
"Habis? Apa kena mengena mental disorder dia dengan Nia?"
"Ziyad ingat Nia tu bekas tunang dia"
"Whattt????!!!!!" Ha... Tanjat Adam!
"Yup, dia ingat Dania tu tunang dia yang dah meninggal dua tahun lepas. Tunang dia kemalangan bersama parents Ziyad masa on the way balik beli barang hantaran. Parents dia meninggal kat tempat kejadian and tunang dia meninggal lepas koma seminggu. Sejak tu dia dah tak boleh nak bezakan realiti dengan ilusi. Tambah pulak lepas jumpa Dania. Actually rupa tunang dia lebih kurang Dania sebab tunang dia convert masuk Islam" Liam bercerita dan Adam mendengar.
"Tapi I ingatkan dia dah okay lepas dia sambung study. Nampak dia dah ceria semua balik and dia cakap sebab one girl kat college name Dania. Start tu, dia obsessed over your wife"
Adam mengangguk faham. Jadinya si Ziyad tu ingat Nia tunang dia la.
"Then, kenapa dia nak culik bini aku?"
"Ha...part ni interesting. You kena dengar baik-baik I nak ceritakan connection antara you, Dania and Ziyad. I sendiri terkejut bila reveal benda ni..."
Adam mula pasang telinga baik-baik.
"Kemalangan yang korbankan parents and tunang dia tu kemalangan yang sama you alami."
Terkejut.
Ya tu reaksi Adam sekarang. Kemalangan yang buatkan dia hilang penglihatan selama hampir dua tahun. "Macam mana..." Sumpah dia tak terkata.
"Ziyad fikir you punca kemalangan tu. Dia salahkan you atas kematian orang yang dia sayang and mula rancang nak balas dendam. Mulanya hanya you, tapi lepas je dia dapat tahu yang Dania and you berkahwin dia mula rancang nak gunakan Dania. Tambah pulak dia jatuh cinta dengan Dania, lagi la dia cuba nak rampas Dania and bunuh you". Liam membuka rahsia yang dia korek. Ziyad masih belum tau yang dia tau pasal ni and bagitau Adam pulak.
Adam on the other hand pecit kepala. Complicated. "Tapi bukan aku yang sebabkan kemalangan tu. Aku pun mangsa. Driver lori yang datang dari arah bertentangan rempuh kami lepas hilang kawalan."
Liam angkat bahu, "well...you je yang survive right? So dia takde orang lain nak salahkan selain you la... Simple!"
Bibir diketap rapat. Pasal kemalangan yang bukannya salah dia, Nia jadi mangsa. "So mana Nia? Aku nak selamatkan dia"
"Tunggu dulu. You kena dengar and ikut plan I. I akan pastikan berjaya, you jangan risau"
Liam keluarkan senyum penuh muslihat.
Tbc
Apa kata kita jadikan Liam main hero?🙃🙃
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...