Tak tau nak cakap cemana lagi😭😭😭 thanks sesangat for the love utk Mr Blind
And sis is takut klau uolls boring or chpt ni x memenuhi expectations huhuhu...apa² pun, jgn gelabah lg psal AdamNia sbb sis pun suka happy ending hehe😉
Love,
Ace💜💜___________
Nia diam mengeluh untuk keseratus juta kalinya. Sunyi rumah bila Eidlan dengan Naylie pegi rumah bonda. Entah kenapa bonda tetiba cakap nak spend time ngan diorang. Balik je dari mall terus bonda call nak bawak diorang keluar.
"Bye bye mama, nanti kitorang bawak bunga banyak banyak untuk mama eh?" Naylie berpesan ceria.
"Bunga?"
"Eh tak, tak err...bonda yang nak tanam bunga..ha!" Kelam kabut bonda menerangkan.
Nia kecilkan mata pandang curiga sekejap, tapi dia abaikan. Bonda memang minat tanam bunga pun.
Selalu ade je kerja budak berdua tu nak buat. Eid memang tak payah cerita la dia punya nakal, Naylie agak behave. Tapi kalau dah duduk berdua, mau pecah kepala, hilang nafas kejap nak handle.
"Meow"
Nia rasa kakinya diusik bulu cloud. Dia ambik cloud letakkan atas riba.
"Hey cloud..you okay harini? Makan cukup tak? Awek ramai tak? You kan hensem bapak, mesti ramai yang bertenggek kan?" Dia buat keje gila bersembang dengan cloud. Sunyi sangat tu Nia.
"Tau tak cloud, manusia yang beli you tu.. dia kejam tau sekarang ni. Ada ke patut dia keluar dengan homo sapien mana tah mama pun tak kenal.. dah la marah mama semalam eiiii you tau tak mama geram? Ha?" Cloud mengeow saja. Habis kalau jawab mau bersilat Nia kang...
"Papa you tu nak kena cili dengan mama tau? Eiii geram, geram, geram!!!" Nia dengan tak sengaja terpecit ekor cloud sampai meloncat dia turun bawah.
"Meoww!!!😡😡" Ha cloud dah marah. Pehal papa buat masalah, aku yang kena pecit?
"Hehehe..sorry cloud. Mama you yang cantik ni tak sengaja sayang..." Nia usap balik cloud kasi reda sikit marah tu. Amboi dia, tak padan dengan kucing nak marah orang!
"Cloud nanti kalau papa balik, gi gigit kaki dia. Gigit sampai lekat bekas gigi you tau? Biar dia menggelepur depan tu!" Nia mula keluar tanduk nak mendajalkan Adam.
"Tak baik mengajar benda jahat kat budak kecik" suara di belakang menegur. Nia mencebik. Alalalala aku enggak dengar...
"Dengar tak?" Adam menegur lagi. Hairan dia, rasa cam dah kuat suara, kenapa Nia bolayan. Apakah?
"Cloud jom kita pegi main dua. Malam kejap lagi kita gi amek Eid dengan Naylie eh? Jom sayang mama!" Nia bangun dengan cloud di dukungan melintasi Adam yang melopong.
"Weh Nia?!" Panggil dia lagi.
No response, siap boleh nyanyi lagu lady gaga sambil naik tangga lagi minah tu.
Adam garu kepala tak gatal. Aduh.. Nia lancarkan perang dingin pulak. Ke perang pekak?
__________
Adam sesekali pusing ke sebelah. Nia masih duduk memalingkan kepala ke tingkap sejak kereta mula bergerak.
"Dah taknak pandang muka hensem hubby awak ni ke?"
Nia tak layan lagi. Dia dah la nak marah, nak merajuk. Kena paksa pulak naik kereta sekali sebab nak ambik anak anak. Tak ke terbakar lagi? Dia tak faham konsep merajuk ke hapa?
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...