Sudah sejam Dania seorang mencuci pinggan di pili air luar rumah. Dan sejam juga dia menangis sendiri. Sakit hatinya dengan kata nista mak Wan tadi. Dia tau apa yang mak Wan kata tu bukannya betul pun pasal anak, tak subur semua tu. Tapi hati perempuan kalau dicuit jadi ginilah, menangis.
Tak sangka pulak ada lagi mulut-mulut jahat mengata, menghina dia. Nak duit Adam? Hei babah aku pun kaya la, takat nak beli Lamborghini sebiji dua cash tu tak heran! Eiii geramnya aku!
Nia tonyoh kuat pinggan kaca di tangan. Pinggan tu pulak pegi jatuh balik dalam besen, habih merecik air kat muka dia. Tu dah satu hal. Lepas dia celup tangan nak ambik balik, tangan pulak tertusuk kaca. Rupanya pinggan tu pecah. Nia meringgis pedih bila luka di tangan terkena air sabun. Padan muka kau Nia, mengata orang lagi!
Jarinya yang berdarah ditekup, nak menangis lagi rasanya. Satu suara menyapa,
"Sakit?"
Nia berkalih ke belakang. Mulut menjuih. "Sakit...."
Adam merenggus perlahan. "Kau ni kan..dah la mulut cam ayam, buat kerja pun cemerkap. Cemana la sampai luka gini? Dah, sini aku cucikan" Adam tarik tangan Nia ke paip. Buka je air, Nia terus terjerit kecil.
"Tahan sikit, kena cuci dulu baru boleh letak ubat" Adam tahan tangan dia bila dia nak tarik bawak lari. Pedih oiii. Mata dia dah berkaca-kaca.
"Muka kau merah, Nia. Menangis?" Soal Adam sambil menilik rupa gadis di sebelahnya. Dania larikan pandangan. "Mana ada...dah tepi, saya nak siapkan sikit lagi mangkuk pinggan tu". Dia baru nak bergerak bila Adam macam biasa, luku kepala dia.
"Ish la, tak sedar diri betul. Baru je luka ada hati nak sambung cuci? Dah duduk sebelah, aku siapkan"Adam sinsing lengan baju melayu hijau tua sampai siku. Nia duduk diam di sebelah Adam, perati Adam buat kerja dia tadi. "Tadi mak Ros bagitau aku apa jadi. Pasal kau dengan mak Wan, dengan Nasha"
Nia diam tak membalas.
"Kenapa kau diam? Kenapa tak defend diri kau?" Adam menyoal lagi. Nia tetap diam. Dia yang dah selesaikan semua kerja pusing hadap Nia. "Aku tanya ni...kenapa tak lawan balik? Selalunya kau yang paling kuat menjawab kan?"
"Buat apa nak gaduh...buat malu je orang tengok. Biar la diorang nak mengarut sesorang"
Adam garu kepala. Serius ah ni Dania yang dia kenal? Asal lain je?
"Betul kau tak kisah? Tak marah?" Dia nak pastikan. Nia diam lama kali ni. Dia tunduk pandang lantai. "Nia...jawab la" Adam goncang lengan dia. Nia menjeling marah."eh awak ni, mesti la saya marah, saya kisah. Suka hati je dorang nak cakap saya gitu? Ewah, cam la anak dia tu baik sangat, siap nak offer jadikan madu saya lagi! Cop cop, silap. Jadikan bini baru. Kalau madu means saya still isteri awak, tapi ni offer lepas kita cerai.. eh geram pulak aku!" Kaboomm, She spits fire.
Adam cuma relaks, perati sesi luahkan perasaan Dania. Ha, kan senang kalau cakap macam ni dari awal. Dia lagi suka Nia yang kuat membebel dari yang asyik diam sedih je.
"Dah?" Adam tanya lepas Nia berenti complain. Nia angguk slow je suara keluar, "dah..."
"Bagus. Ni yang aku nak dengar. Lain kali kalau aku takde masa orang cakap buruk pasal kau, pasal kita... Kau melawan je. Jangan nak fikir perasaan orang, apa orang kata. Semua tu sampah. Yang penting kau, aku. Faham?" Pipi Nia dia tarik sampai terpejam mata budak tu, sakit.
"Kenapa masa awak takde je? Kalau awak ada sekali?" Tangan gosok pipi.
"Woih kalau aku ada sekali kau diam je takpe, biar aku settlekan. Kau ingat aku nak biar dia buat perangai cik cetan dia kat sini? Huh, pijak bangkai kuda dulu la!"
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...