"congrats Adam, Nia!!!" Kak Adell datang lagakan pipi Nia sambil hulurkan hadiah barang baby and mummy.
Alhamdulillah,
Nia dah selamat bersalin anak kedua semalam. Memang telahan Adam betul kalini, Nia makan banyak benda manis sebab pregnant kan babygirl.
"Thanks akak.." ucap Adam sambil dukung baby.
"Akak sorang je ke?"
Adell sengih,
"Sorang je la. Ni akak datang melawat lepas habis shift. Tak balik rumh lagi pun. Esok esok akak ajak husband akak dengan Hayden datang. Mesti dia suka tengok ada baby!" Dia berkata excited."Datang la kak, and terima kasih tau bagi hadiah. Banyak pulak tu?" Nia pandang hadiah kak Adell bawak. Satu bakul penuh barang penjagaan wanita bersalin, satu hamper penuh barang baby.
"Don't mention it la Nia. Nama siapa adik Eid ni?"
Adam hulurkan baby kepada kak Adell. "Tengku Ernisha Naylie. Panggil Naylie je."
"Ya Allah comel! Comel! Kenapa la anak korang semua kena comel sangat ni? Akak geram je nak gigit haih.. yang ni pun mata honey brown jugak ke?" Kak Adell menjenguk nak tengok colour mata tapi Naylie tido.
Nia dan Adam tergelak. Haritu masa diorang baru first time jumpa Eidlan pun semua amazed tengok mata dia. Maybe resemble gene diorang. Mata Eid warna honey brown cair.
"Ha'ah...sama macam Eidlan." Jawab Adam ringkas.
"Nanti dah besar akak nak jodohkan dengan Hayden eh? Mesti lawa giler cucu kita kalau diorang kawin kan? Sorang mata sea blue, sorang honey brown. Haih, bilalah hayden dengan Naylie nak besar ni, tak sabar pulak!" Semangat kak Adell buatkan Nia dengan Adam tak berenti ketawa. Sampai ke mana mana la dia pikir.
"Eh lupa pulak akak kena balik cepat sebenarnya. Nak bawak Hayden dengan Eric pergi ice cream date. Nanti akak datang melawat lagi eh?" Adell meminta diri. Ha lupa nak mention, Hayden dah dapat adik yang dia nak sangat tu. Eric Leane dilahirkan setahun lepas Eidlan.
"Iye, thanks akak sebab datang"
"Ingat tau, akak dah booked Naylie dekat Hayden tau. Jadi menantu akak nanti!" Sempat lagi dia berpesan sebelum keluar.
______
Nia gelisah dalam baringan. Tangan tak berenti mengusap lembut bahagian perut dan ari ari. Tetiba rasa sengal dan kadang kala menyengat kejap sakit dia tu. Dia duduk merengkot dengan harapan sakit akan berkurang.
"Nia? Kenapa tu?" Soal Adam yang baru lepas tidurkan Eidlan dekat bilik sebelah.
"Sengal sikit.."
Terus berubah muka Adam. Dia duduk sebelah Nia dan tangannya pun naik mengusap perut Nia sekali.
"Sakit sangat ke? Nak pergi hospital tak?"
Nia pandang muka risau Adam. Dia ukirkan senyuman. "Kejap lagi okay kot.. takyah la pergi hospital"
"Meh aku nak tengok" Adam selak baju nipis Nia ke atas. Luka pembedahan masa melahirkan Naylie terpampang. Nampak agak kemerahan sedikit dari biasa. Nia lekas menutup.
"Baby.. bagi la hubby tengok"
"Tak..taknak. okay je ni, takde ape pun" Nia menekan sedikit suara. Adam pelik. Kenapa yang beria taknak ni?
"Baby? Kau sorokkan sesuatu dari aku ke?" Soalnya penuh curiga. Telan air liur kejap Nia. Adam dah dapat teka dah.
"Pasal parut tu lagi ke honey? Ya Allah.. jangan la rasa insecure dengan parut tu. Sumpah cantik je, tak bohong langsung. Lagipun tu kan tanda kau dah susah payah lahirkan anak aku?" Adam memujuk lembut. Dia faham perasaan isteri dia ni, takut kalau kalau dia berubah angin bila badan dia tak semulus dulu.
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Любовные романы(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...