14🌼

39K 3.2K 99
                                    

"babah!!" Matanya terbuka.

"Nia!! kau mengigau ni" Adam tolak bahu dia supaya berbaring kembali. Air mata Dania diseka.

Dania menggeleng. Tanda taknak tidur balik. "Kau kena rehat. Kau penat sangat ni, tak berenti mengigau dari tadi."

Adam mengerling jam. Dua pagi. Dia dari tadi tidur-tidur ayam je. Risau Dania asyik meracau dan menangis masa tidur.

"Maaf kacau awak, awak tidur la. Saya pergi bilik sebelah" walaupun dia tak pasti kenapa Adam masuk bilik ni, siap baring kat sebelah dia even jauh la.

Dania berura-ura nak bangun, Adam menahan. "No. Tidur sini. Aku risau kau meracau lagi"

"Tak, takpe. Saya nak duduk sorang" Dania lap lagi air mata. Matanya memang dah bengkak, rasa terbakar sebab banyak nangis. But still air mata tak berenti keluar.

"Supaya kau boleh menangis sorang lagi? Macam tadi? Aku tak izinkan. Kau duduk sini, dengan aku. Nak nangis, nangis depan aku" Adam menjatuhkan pandangan pada wajah Dania. Kesian dia. Masih terkejut dengan berita pemergian babah.

"Apa awak cakap ni? Saya mana ada nangis la..." Ketawa dibuat-buat untuk tutup hatinya. "Saya just taknak awal tak selesa sebilik dengan saya je..."

"Still nope. Jangan tipu diri kau sendiri Nia. And...aku ada untuk kau. Kalau kau nak menangis, nak cerita apa-apa..aku ada. Sentiasa ada untuk kau" Adam kucup lembut tangan mulus Dania.

Manakan hati dia tak lembut? Bukan saja sebab Dania yang sentiasa ada dengan dia waktu dia susah dulu. Tadi pun. Dania tetap tenangkan saudara mara dulu berbanding diri sendiri. Sedangkan hakikatnya dia yang paling terkesan.

Gelengan Dania buatkan dahi Adam berkerut. "Taknak...saya segan nak menangis depan awak. Buruk"

"Kau memang dah buruk  kalau tak menangis pun" Adam menyakat. Dania tergelak sikit. Sengal je perangai Adam!

"Tapi saya duduk kat sofa eh?"

Muka Adam berubah muram. "Kenapa? Kau taknak sekatil dengan aku ke?"

"Eh tak, jangan salah faham. Saya just.. taknak kacau awak. Tu je." Dia menggenggam selimut. Salah faham pulak pak cik ni. Dia terasa ke? Dania intai Adam, biasa je muka?

"Sleep. Here. With. Me. Get it?" Ditekan suaranya sikit. Dania akhirnya akur. "Dah...sana sikit!" Dania tolak Adam jauh sikit. Katil luas kot, pahal nak menempek sebelah aku? Ingat kau kucing nak duduk mengeram kat aku?

Di saat dia baru nak terlelap, suara Adam bergema. "Nia...kau taukan I will always be here? Kau boleh cerita anything kat aku. I can be your listener kay?"

Kenapa? Kenapa Adam kena baik dengan dia? Dia tak tau ke hati aku macam mana? Aku takut kalau lama-lama dia macam ni, aku lagi jatuh hati lagi dan lagi. Aku taknak macam tu. Aku tak sanggup nak kecewa kali kedua dah..

"Dengar tak?" Pipi Dania ditarik kuat bila dia tak menjawab.

"Ishhhhh dengar la! Awak ni kalau tak tarik, tak pecit pipi saya sehari tak boleh ke? Nasib tak tercabut. Kalau rosak pipi saya ganti balik!" Adam ketawa riuh pukul 2 setengah pagi.

Ada ke nak suruh aku ganti pipi dia?
"Kau ingat pipi kau tu ada spare part ke? Macam kereta?"

"Tau pun! So jangan nak memandai tarik!" Dania kelubung kepala dengan comforter.

"Tapi aku suka..."

"Ha?"

Comforter dia direntap mendedahkan kepala. Baru dia perasa dia tak bertudung. Selama ni Adam tak nampak takpe la, sekarang malu siott

"Pipi kau pelik. Even kau takdela berisi, pipi kau tembam. Kalau kau makan, sumbat banyak-banyak dalam mulut, pipi kau cam nak meletup"

Dania tak melayan. Apa jadahnya nak meletup? Aku la... "Dah la, tidur!"

Adam tersengih. At least Dania tak la sedih sangat kan dengan lawak bodoh dia? Semoga gadis tu boleh tidur dengan tenang malam ni. Bismillah..

...........

"Adam? Dania okay?" Soalan pertama ayahanda tanya kepadanya sejak dia turun bawah. "Entah la ayahanda, semalam asyik mengigau je. Ni pagi ni badan panas pulak."

"Kalau teruk sangat kejap lagi bawak pergi klinik. Jangan biar melarat pulak"

Pesanan ayahanda diiyakan.

"Adam dengan Nia nak stay sini ke? Ke nak balik rumah?" Kenduri, tahlil malam ni semua diorang buat dekat masjid je. Senang.

"Nanti Adam tanya Nia macam mana. Kalau ayahanda ada kerja takpe la, balik la dulu. Kami okay je"

Ayahanda mengeluh. "Yelah.. ayahanda kena pergi meeting penting  petang ni sebenarnya."

.........

"Nia kau nak stay sini ke macam mana?" Dania yang baru bangun terdiam dengan soalan Adam. Hatinya masih berkira-kira.

".. kalau nak stay sini aku tak kisah. Mana-mana pun okay" Adam berhati-hati menutur cadangan. Dia taknak Dania stress pulak nanti. Dah la baru hilang babah, kena pulak paksa balik rumah.

"Kita balik rumah awak lah"

"Betul ni? Aku serius tak kisah kalau nak duduk sini dua tiga hari lagi?" Adam mahukan kepastian.

Dania mengangguk. "Betul. Lagipun dah takde apa tinggal kat sini kan?" Matanya mula redup. Adam kerisauan. " Saya pasti babah pun nak saya ikut suami saya kan? Kat mana lagi tempat yang lagi baik untuk isteri kalau bukan di sisi suami"

Adam terpempan. Ketulusan Dania buatkan dia nampak cantik di matanya. Hati Adam makin berdebar. Rasa hati cuba diselindung, dia berdehem.

"Errr...macam...macam aku cakap semalam la, kalau kau nak say something or nak luah apa-apa, aku ada kat sini. Aku sudi nak lend my ears to you"

Dania buat tak dengar. Dia ragu-ragu. Adam sebenarnya kesiankan dia ke apa? Jangan macam ni, perasaan lama dia pada Adam timbul lagi. Dia tahu Adam takkan suka dia lepas tau siapa dia kan?

"Demam dah okay?"

Dania terkejut bila Adam letakkan telapak tangan pada dahinya. Cepat dia tolak.

"Dah elok..."

"Tipu, badan kau panas lagi. Bahang dia rasa sampai aku ha. Nasib tak rentung tshirt aku ni." Adam menokok tambah. Well, kalau takde nasi tambah mana syok an? Heheheh

Muka 'maleh aku...' Dania tunjukkan. Adam tertawa kecil. Saja nak buat lawak bodoh sikit.

"Bagus la kau dah tak sedih. Aku taknak kau terbawa dengan perasaan sedih sangat. Nanti jadi kelain kang. Kita manusia biasa la akan rasa sedih, putus asa. Tapi jangan lupa, setiap yang berlaku ada sebabnya. Sebaik-baik perancangan hanyalah Allah". Dania menunduk. Dia tau apa yang Adam cakap tu semua betul. Tapi kadang dia tak mampu nak lawan rasa tu.

Adam menyambung.
"Kalau kau rasa rindu sangat kat babah, bacakan yasin. Doakan babah. Insyaallah kau akan tenang lepas tu. Jangan lupa doa anak yang soleh akan bawa kebaikan kepada babah..."

Air mata Dania menitis lagi. Entah kali ke berapa dah harini. Sejak ayahanda dengan bonda balik, dia berkurung dalam bilik. Menangis ingatkan babah. Sekarang pun dah petang.

" Jangan lupa, kau masih ada kami... Ada aku kat sini, Dania. Kau boleh bergantung kat aku". Ujar Adam bersungguh-sungguh. Dia nak jadi sumber kekuatan Dania waktu ni. Dia nak Dania rely on him just as much as he rely on her before this.

"Kenapa awak baik sangat dengan saya, Adam?"  'awak tak tau ke awak macam bagi harapan kat saya?'

Muka sembap Dania Adam tatap. Dia senyum cuba nak yakinkan Dania.

"Sebab kau selalu ada dengan aku masa aku susah... Takkan aku nak tinggalkan kau sekarang? Kita kawan kan?"

"Ya....kawan......" Pedih lagi hatinya.

Update : Nia kena friend zone ngan Adam 😵😵...guys yang baca tu alang-alang tekan la like sekali eh?😬 Mekasihhhh

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now