"Nia!!!!!!"
"kau okay tak ni Lily?" Soal Nia bila Lilly tak habis habis menangis sejak tadi.
"Nia... Aku sedih!!" Lily lap air hidung dengan tisu. Satu kafe pandang dia sejak tadi tapi kesah apa!
"Cer cerita kat aku apesal kau ni? Fazri buat hal ke?" Fazri nama tunang Lily. Dah nak kawin dah tiga bulan lagi.
Dia tetiba meraung lagi kuat,
"Kau ni Nia! Jangan la! Nanti fazri buat betul menangis tak berlagu aku ha..."
"Oh.. sekarang ni kiranya kau menangis berlagu la eh?". Nia diam bila jelingan Lily makin tajam.
"Kau kenape ni? Cakap kat aku?" Air minuman Lily atas meja dirembat. Yelah tak tanya aku nak minum apa kan..
Lily yang nampak Nia macam biawak padang pasir aka dhob yang dahaga terus orderkan lemonade. Dua sekali biar terkuncil terus pompuan tu.
"Kau tau kan Fazri ajak buat majlis kitorang sekali dengan kakak dia hujung tahun ni? Aku dah la sedih dah pasal tu sebab kena bersanding berempat ha, tambah pulak lagi satu masalah wehh...." Nia hulurkan tisu. Nampak cam kena bagi lebih dari sehelai ni.
"Ha... Pastu?" Tanya Nia tak faham.
Lily kembali teresak,
"Kau tau kakak dia nak buat tema klasik tau tak?! Aku nak tema english garden! Aku dah siap survey gaun nak pakai haritu. Cop cop Fazri cakap ubah plan, nak buat tema melayu melaka parameswara apa tah?!!!" Dia membentak kuat sampai ada pelanggan lain tertoleh toleh. Nia cuma say sorry sambil senyum awkward.
"Kau tau tak apa perasaan aku? Aku rasa dikhianati kau tau? Dia bukanye tak tau aku nak buat tema tu, aku siap mengungkit dua hari sekali sepanjang bertunang ni!" Air hidung dihembus.
"Parameswara? Kau nak aku sponsor pelanduk tak? Dengan pokok melaka?" Cubaan melawak.
"Kau ni kan...." Lily nak campak tisu hingus dia. Nia cepat-cepat surrender. Okay dah tak buat.
"Kau dah cakap elok elok ngan Fazri?" Dia sedut lemonade dua gelas depan dia. Perli aku la tu sampai order dua gelas, nak kata aku minum air banyak.
"Dah...tapi dia cakap mak dia pun dah setuju nak buat ala ala traditional. Aku nak modern! English garden!!"
Nia mengeluh.
"Belah kau tema ape?"
"Arabic"
Mata Nia terbeliak. Amboi...
"Sape yang nak tema arabic tu? Fazri ke?"
"Tak...aku la! Aku nak bersanding kan?"
"Habis, Fazri tak bersanding ke? Tak duduk atas pelamin tu? Kau sorang je eh?" Nia tanya lagi. Muka Lily berubah muram. Dia dah tau Nia nak cakap ape.
"Kalau dah tema majlis sebelah kau ikut cakap kau, belah Fazli kau ikutkan la pulak keluarga dia... Lily, kau kena ingat, kau kawin dengan dia bukannya lepas ni kau dua orang lari pergi Lombok duduk sana? Bukannya kau tak contact dah dengan family Fazri?" Nia nasihatkan sikit Lily ni. Amboi dia asyik nak menang eh?
Lily memuncung, "kau ni supporter siape? Family Fazri ke aku? Aku bayar tau lemonade ni..."
"Eh tak, tak. Aku support kau la hehe.." tangan digawangkan.
Lily bermain dengan jari jemarinya. Tapi dia nak garden punya theme. Arabic pun nak jugak.
"Kau memang dah tempah la baju semua?" Soal Nia lagi. Lily balas dengan anggukan.
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...