"Encik Adam...we are sorry...."
Adam bingung sekejap. Kenapa nak minta maaf? Apa jadi? "Why? What happened to my wife?"
Doktor yang bertugas menjalankan pembedahan kepada Nia menggeleng kepala. "Keadaan isteri encik sangat kritikal. Saya even tak boleh guarantee 50/50 about her condition."
"Then? Macam mana?" Adam buntu, dah la dia sorang kat sini sebab ayahanda and bonda belum sampai. Dia macam blank lepas Nia ditolak masuk bilik bedah. Tak boleh nak fikir dengan waras dah.
"Keadaan jantung puan Dania is very bad. Jantung dia berlubang. Kalau dari awal puan buat surgery, mungkin tak teruk macam ni. Puan perlukan alat bantuan pernafasan and bergantung sepenuhnya pada alat. Kalau tak, jadi macam tadi la. Jantung terhenti, sesak nafas semua." Penerangan doktor tu buat Adam terkejut. Jantung berlubang?
"Saya tak tau pasal jantung isteri saya berlubang...."
Doktor tu buat muka pelik. Eh takkan kau tak tau, bini kau kot. Dan kenyataan itu menyepak benak Adam sekali lagi. Suami jenis apa kau ni Adam? Kau tak ambik tau langsung pasal sakit demam Nia selama ni
"Kita perlu jalankan pembedahan secepat mungkin tapi keadaan puan sangat lemah. Dalam jangka masa terdekat ni tak mungkinkan pembedahan dilakukan. Kita kena tunggu dia stabil dulu. Dan tu la masalahnya. Lubang pada jantung perlu ditutup tapi puan lemah sebab hilang darah dalam kuantiti yang amat banyak" Adam terdiam lagi. Ya Tuhan...berat betul dugaan mereka..
"And satu lagi encik saya tak syorkan kandungan puan Dania diteruskan. Ini akan burukkan lagi keadaan dia. Jadi saya cadangan abortion"
"Mengandung? Berapa?...berapa minggu?"sumpah tak lawak. "Dah dua bulan. Tapi saya rasa puan sendiri pun tak tau pasal kandungan ni"
Sekali lagi Adam mati kata. Doktor terus minta diri bila Adam cakap perlukan masa untuk hadam semua yang jadi. Dia pesan supaya cepat buat keputusan.
Kandungan? Dania mengandung? Matanya mula berkaca kembali. Anak dia... Anak mereka... Ya Allah..kau beri aku anugerah saat aku berkasar dengan isteri yang patut aku sayangi. Berita zuriat ini muncul saat Nia dalam situasi genting. Dia tak tau apa Nia akan kata kalau dia setuju dengan abortion. Nia akan benci dia? Nia mesti dah cukup benci dia lepas apa dia buat selama ni.
"Adam?" Bahunya disentuh perlahan. Dia mengangkat muka.
"Ayahanda..." Adam bangun dan peluk ayahanda erat. Ayahanda menepuk bahu anak bongsunya perlahan, menenangkan dia. "Sabar Adam. Anggap ni ujian untuk kamu berdua."
Bonda pula datang mengusap kepalanya. "Nia macam mana?"
Adam menggeleng. "Adam tak tau. Doktor cakap...Nia banyak komplikasi. Jantung berlubang, hilang darah dan..."
Mereka berdua menunggu Adam menyambung. "Nia mengandung..tapi doktor cadangkan suruh buat abortion sebab bahayakan nyawa dia" suara Adam sebak.
"Allah..." Hanya tu yang mereka mampu ucapkan. "Berapa bulan?.."
"Dua bulan bonda.." dia masih menahan tangis. Dia nak peluk Nia, dia nak cium tangan Nia minta ampun semua salah dia. Dia nak Nia hukum dia. Dia nak Nia kembali seperti biasa. Ya Allah... Bantulah hambamu ini.
"Adam buatla keputusan yang terbaik untuk Nia yer?" Ayahanda memujuk. Gelengan Adam hadiahkan kepada kedua ibu bapanya. "Macam mana kalau Nia bangun and marah Adam sebab gugurkan anak kami? Adam... Adam tak tau"
Bonda tarik dia supaya duduk. " Tenang dulu Adam, kita kena buat jugak keputusan ni even susah. Bonda yakin Nia akan faham tindakan adam ni. Adam jangan risau ye?" Bonda tak tau lagi nak cakap apa. Dia faham perasaan Adam tapi keselamatan Nia juga penting.
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...