"Kenapa kau kawin dengan aku, Dania?"
Dania menggigit bibir. Nafas ditarik perlahan menghilangkan debaran. Dia teringat yang dia Adam pernah tanya dia soalan yang sama dulu.tapi dia mengelak, sekarang rasanya dia akan jujur.
"Lepas saya terima lamaran keluarga awak, bonda datang rumah saya. Bonda bagi saya gambar awak. Bonda suruh saya tengok dan saya boleh menolak kalau saya tak suka awak lepas tu. Tapi masa tu bonda tak cerita lagi pasal awak tak nampak"
"...kau tengok?" Dania geleng kepala.
"Kenapa tak tengok?"Dia mencebik, "yelah elok-elok saya nak terima awak lepas tu saya reject pulak sebab rupa. Mana la nak tau, kot-kot awak tu juling ke, jongang ke, kurus kering ke.."
Adam dah siap sedia tangan nak ketuk kepala Dania bila dia gelak sambil angkt tangan menyerah. Melawak je guys...
"Takdelah...saya cuma tanya kat bonda, perkahwinan ni pun diaturkan ke bagi pihak awak. Bonda cakap ya. Saya tanya kenapa. Baru bonda cerita pasal awak. Terus terang saya cakap, hati saya tersentuh dengan keluarga awak. Saya faham bonda dan ayahanda bimbang awak yang tak berteman. Saya juga faham perasaan awak yang taknak bebankan mereka jaga awak lagi. Sebab tu awak setuju kan?"
Adam mengiyakan. Ya, dia terima sebab bonda dan ayahanda semata-mata. Juga dia taknak susah diorang dah lagi.
"Saya setuju lepas tu. Pada saya apa salahnya saya terima anak yang taat kan? Dan apa salahnya saya tenangkan hati ibu bapa yang risaukan anak dia kan? Saya rasa nilai kasih sayang keluarga awak sangat indah. Dan saya nak jadi sebahagian dari semua tu." Mata Dania mula berkaca. Dia rindukan mama dan babah dia.
"Terima kasih dekat family awak, saya still dapat rasa kasih sayang even saya dah takde siapa kat sini. Saya rasa completed bila dengan keluarga awak, Adam. Terima kasih sangat" air mata jatuh berderai. Adam genggam tangan kanan Dania, dikesat sikit air mata yang menuruni pipi gebu itu.
"Aku yang patut cakap terima kasih, Dania. Aku cacat dulu, kau masih sudi terima aku kan? Even aku layan kau teruk masa mula-mula dulu. Kau stay dengan aku masa aku perlukan kau. Kau... Macam a fallen angel untuk aku. Fallen from heaven that lost you wings just to help me.."
Dania menggeleng. "Sekejap,saya belum habis cerita. Lepas je saya terima semua tu, saya tanya bonda awak satu soalan yang buatkan saya terus setuju nak kawin"
"Kau tanya apa?"
"Saya tanya nama awak"
"Nama aku? Apa kena mengena dengan kawin?" Keningnya berkerut. Dania ada belajar nak jadi tukang tilik ke apa pakai nama-nama ni? Uishh mintak simpang weh
"Lepas je saya dengar Tengku Adam Fawwaz, saya terus suruh bonda proceed dengan preparation. Sebab saya rasa nama awak handsome, saya suka, hahahahaha..." Dia gelak panjang. Lawak rasanya, sebab masa tu dia tak expect langsung yang Tengku Adam Fawwaz tu crush lama dia. Well, dia still percaya yang maybe tu pelanduk dua serupa punya nama sampai la hari akad nikah.
Kepala Adam tergeleng-geleng sambil turut gelak dengan Dania. Macam-macam perangai budak ni.
"Macam kartun je kan kau ni?""Apa-apa je lah, ni kita nak mandi kat mana ni? Ada tandas ke kena mandi laut je? Masin la saya nanti. Pastu nak masak apa malam ni?"
"Bagusla kalau kau masin, nanti takyah beli garam dah. Yang sebelah kemah tu amende? Bukan tandas ke?" Adam menjuih ke arah pondok kecil sebelah khemah besar mereka.
"Asal tak rasa macam camping eh? Sebab dah ada khemah besar bapak, ada tandas siap. Tak gaya cam masuk hutan pun ha..." Yelah...masuk hutan selalunya kena pacak khemah sniri, kena prepare tempat nak masak, cari sumber air..ni tidak, semua dah ada.
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...