"Hubby sakittt!!!" Nia ketap gigi kuat menahan sakut di bahagian rahim ke bawah. Tangan Adam digenggam tak lepas dari dia ditolak masuk bilik bersalin ni.
"Ye, sabar baby. Aku tau kau kuat, kau boleh buat" dia berikan semangat kat Nia yang nak bersalin. Dia pun sama naik berpeluh dengan Nia dah. Ayat Al Quran dipasang perlahan dengan harapan akan menenangkan semua yang ada dan mudahkan urusan mereka.
Nia masih menahan sakit. Dr cakap bukaan baru 5cm tadi tapi kenapa dia rasa sakit bapak ni? Anak mama kenapa la tanak keluar cepat ni?
"Puan dah boleh push sekarang" kata dr yang bertugas. "Inhale puan...and push!" Nia mengerang kuat sambil push sepenuh tenaga. Adam di sisi dan anak mereka yang nak jengah dunia jadi sumber kekuatan dia.
"Lagi puan, push!"
"Arghhh sakit ni dr nak push cemana!!" Dia marah dr tu balik sebab sakit sangat. Adam cepat tenangkan Nia.
"Ingat Allah banyak banyak Nia, kau buat demi anak kita please?" Adam lap peluh Nia yang meleleh di dahi. Nia nampak penat.
"Okay bagus puan, sikit lagi. Saya dah nampak kepala baby"
"Ermmmmm" Nia gigir bibir dan meneran sekuat hati. Adam dekat sebelah tak habis berdoa supaya kelahiran anak mereka dipermudahkan.
Tangan dia yang kena pegang kuat dengan Nia pun dah tak rasa sakit sebab cemas.
Lima minit kemudian,
Uwerk uwerk
Nia tersenyum kepenatan. Syukur alhamdulillah semua selamat. Adam sama naik lega dengan dia. Anak mereka yang baru dilahirkan itu dipandang dengan penuh rasa sayang.
"Thanks baby, I love you so much" Adam mencium pipi, dahi dan seluruh wajah Nia. Nia angguk kepala saja sebab tak larat nak bersuara.
Dr letakkan bayi yang masih merah lepas selesai dibersihkan atas dada Nia. Nia peluk baby sambil berlinangan air mata. Kucupan diberi pda dahi merah kecik tu.
"Assalamualaikum anak mama.."
Adam yang mendengar turut berderai air mata. I'm a dad now!
Nia pandang Adam. "Hubby, azankan baby" dia beri anak mereka pada suaminya. Adam melangkah ke arah tingkap sebelum melaungkan azan perlahan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri. Hati penuh dengan rasa bahagia.
Selesai proses dijahit, Nia ditolak ke wad biasa. Adam sedia menunggu dengan anak mereka.
"Terima kasih baby, kau sanggup lahirkan anak untuk aku. Aku sayang sangat dengan kau, dengan si kecik ni" dia cuit pipi anak lelaki mereka dalam pelukan Nia.
"Most welcome hubby. And pusing sana cepat. Nia nak susukan dia"
Adam sengih gatal. " Alah baby kenapa nak kena pusing pulak? Bukan aku tak pernah tengok pulak kau punya.." ayat Adam tak habis bila Nia menjeling tajam. Saja nak mengusik masa orang tak boleh nak gerak kan?
Bayi mereka terus terlena lepas kenyang minum susu. Adam mengambil tempat di katil sebelah Nia.
"Kenapa tak celik mata langsung ni? Bukak la mata anak papa, main dengan papa?"
"Hubby...dia baru je lahir. Takkan dah nak main dengan hubby kot?" Nia menggeleng kepala dengan perangai pelik Adam. Adam mencebik je.
Pintu wad diketuk. Maybe family diorang, so Adam tolong Nia sarungkan tudung lepastu terus dukung baby.
"Assalamualaikum cucu nenda!"
"Cucu atok!!!"
Terus serbu masuk.
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...