Liam tersedak air dia. Dia ni asal part dia je mesti minum air an?😂
"Kau nak aku buat apa?" Tanya Liam tak percaya. Ziyad tayang muka selambe. "Aku nak kau tolong aku, culik Dania"
"Kau ni giler ke ape ha? Otak kau tak betul eh? Aku ni... private investigator ye encik Ziyad, bukan penculik upahan!" Kau nak mampus culik orang, kena tembak tak pepasal je.
"Alah...kau macam tak biasa pulak buat kerja gini. Dia perempuan je kot, takat kau nak culik takde hal la bro" ujar Ziyad cuba nak meyakinkan Liam.
Liam menggeleng kepala, pening kepala dengan kawannya sorang ni. Nak masuk lokap lain kali jangan heret aku. "Bukan masalah susah ke tak, tapi ni kes nyawa orang bro. Takkan nak buat main kot"
"Lah kau ni, aku nak culik takutkan suami dia je. Bukan aku nak buat apa pun, nak gertak je... On la eh bro?"
Liam menggosok dahi berfikir. "Betul ni kau tak buat apa-apa kat dia nanti?"
"Yelah bro...aku dah cakap kan?"
"Okay lah, tapi kalau jadi pape aku jangan nak libatkan aku dah eh?" Dalam setuju dia terselit takut jugak. Ziyad senyum lebar dengan persetujuan Liam. "Bagus, ni aku dah letak semua info pasal dia dan suami dia" dia bagi sampul surat coklat kepada Liam.
Buka je sampul tu mata Liam terus terbuntang luas. What the heck??? Ni bukannya...
"Kenape?" Pelik dia tengok Liam ternganga cam apa tah lepas tengok dalam sampul tu. Liam keluarkan dua keping gambar, lelaki dan perempuan.
"Ni ke kau nak aku culik tu?" Dia juihkan bibir pada gambar perempuan bertudung itu. "Yup, nama dia Dania. Yang gambar lagi satu tu suami dia, Adam. Aku nak kau culik perempuan tu secepat mungkin." Ziyad tersenyum sendiri, tak sabar nak mulakan permainan nyawanya!
"Bila kau nak?" Liam sebenarnya masih ragu dengan persetujuan dia berikan. "Minggu ni jugak, aku bukan nak buat teruk pun. Just nak culik then simpan dia dua tiga hari je. Pastu aku lepaskan la. Kau jangan risau pasal tu, aku pun tak hingin nak sentuh perempuan kotor macam tu"
"Habis? Yang kau sampai nak rogol semua tu? Kotor bendanya?"pepelik je Ziyad ni.
"Alah kau ni...aku berlakon je sebab nak bagi si Adam tu marah. Kalau betul aku nak rogol dia pun bukan tengah hari rembang, panas cenggitu la."
"Pulak dah.... Takpe, nanti apa-apa aku roger kau balik. Aku kena balik buat research dulu." Liam bangun nak meninggalkan kafe tempat mereka lepak. Ziyad angguk. "Aku tunggu berita baik dari kau, bro"
[Fast forward beberapa hari kemudian]
Liam meneliti maklumat yang dia perolehi. Hati dia gelisah sendiri, takkan la aku buat salah kot? Ish... tapi macam betul je ni?
Dia baru selesai kumpulkan maklumat pasal Dania dan Adam. Mereka rupanya kawin sebab aturan keluarga masa Adam buta dulu. Then ayah Dania meninggal sebab kemalangan lebih kurang empat bulan lepas. Tu perkara biasa, tapi yang peliknya pasal latar belakang Dania.
Dania dan Adam pernah sekolah sekali masa sekolah rendah dan sekolah menengah sekejap sebelum dia pindah. Maksudnya mereka memang saling kenal la? Dan...nama penuh Dania ialah Tengku Aisya Dania. Aisya...nama yang buatkan dia terkejut. Sebelum ni pun Adam ada suruh dia siasat pasal seorang Aisya. Dan Adam cuma cakap dia buat kerja yang baik, means maklumat dia bagi betul la kan?
Liam buka fail pasal Aisya yang dia siasat bawah arahan Adam dulu. Nama yang ni sorang ni pulak Nur Aisya binti Jamaludin. Pun pernah sekolah sekali dengan Adam tapi bukannya dari sekolah rendah, but dia masuk ke sekolah tu masa form 4.
Ikut kata Adam dari kecik dah kenal.. dia sumpah la boleh terlepas pandang point penting tu.Dia kena kumpulkan gambar-gambar lama mereka dulu sebelum dapat kepastian. Prinsip dia memang satu je, dia takkan terima payment kalau kerja dia tak ump dan puaskan hati pelanggan. And kalau betul Dania ni Aisya yang Adam cari, dia kena perbetulkan kesalahan dia dan mintak maaf. Adam juga perlu diberi warning pasal rancangan Ziyad.
Yang pastinya dia kena buat semua sebelum Ziyad teruskan nak culik Dania sebab I tanak masuk penjara sebab bersubahat uollss...
Liam mula berlumba dengan masa.
______
'lah yeke....takpe la kalau gitu, kita tangguh dulu la majlis korang boleh?"
"Boleh bonda, thanks bonda sebab faham...'
' takde ape la Nia, Adam... Nanti bila dah okay nak buat majlis tu bagitau bonda ye?'
'iyelah bonda, kirim salam kat ayahanda sekali tau'
Nia tamatkan panggilan sambil kerling Adam di sebelahnya. Adam tersenyum suka bila rancangan dia nak tangguhkan majlis persandingan berjaya. "Puas hati?" Soal Nia meluat dengan muka riak Adam.
"Of course!" Ujar Adam laju. Nasib baik bonda telan je alasan Nia tak berapa nak sihat dan dia yang sibuk dengan kerja baru. "Esok saya nak balik rumah babah boleh?"
Muka Adam lain terus. "Buat apa? Bukan ada sape pun kat sana?". Rumah babah cuma ada pembantu datang seminggu sekali nak bersihkan je. "Nak ambik barang..."
"Barang apa?"
Nia diam tak menjawab. Adam tersenyum sinis. "Kalau kau taknak bagitau aku apa kau nak ambik, jangan harap aku bagi keluar."
Amboi..kuasa diktaktor benar ye Adam?
"Baju"
"Baju apa? Apa tak cukup lagi ke baju kau ha? Baik kau cakap betul-betul, kau nak ambik baju ke kau dah janji nak jumpa jantan kat sana ha?!" Adam cengkam dagu Nia supaya pusing ke arahnya. Nia mendesis sakit.
"Mengarut apa awak ni? Saya nak ambik baju yang babah belikan untuk convo saya la!"
Adam lepaskan pegangannya pada Nia dengan kasar. "Siapa kata kau boleh pegi convo?". Ingat dia nak bagi? Nia pergi convo maksudnya jumpa dengan Ziyad. Langkah mayat dia dulu!
"Aku taknak dengar kau bantah cakap aku sebelum aku pukul kau". Tamparan, cacian semua tu dah jadi rutin harian Nia. Dia syukur sangat sebab Adam tak bertindak lebih jauh daripada tu. "Dah pegi masuk, kejap lagi Dr Francisca datang check kau."
Bukan Adam tak perasan Nia betul betul tak berapa sihat belakangan ni. Dia cepat penat dan kurang aktif macam biasa. "Tak payah lah panggil doktor. Saya tak sedap badan je" nia taknak Adam tau pasal penyakit, pasal operation dia nanti.
"Dr...please jangan bagitau pasal ni dekat my husband?" Nia memohon dengan suara rendah. Takut kalau kalau Adam terdengar.
Dr. Francisca serba salah pandang wajah gadis awal 20-an ini. Muda muda pun dah banyak masalah.
" I... I seriously don't know la Dania.. ni bukan benda main-main tau?"Nia tau doktor tu ragu-ragu tapi dia kena paksa jugak supaya rahsia dia tak pecah. " Please? I'm begging you..."
Francisca tarik nafas dalam. "Well, I boleh buat kalau you sendiri janji akan kasi tau dekat tuan lepas ni" dia bagi kata putus. Muktamad, takde tolak ansur lagi.
Nia senyum suka, laju je dia angguk setuju. " I promise!"
Tbc
Sorry la klau makin hambar. Jgn risau, tak lama dh nk klimaks
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...