Dania berdebar semasa masuk ke kawasan kampus. Dia takut. Macam mana kalau Ziyad bual hal lagi?
"Kau kenape ni Nia? Asal pucat muka tu?" Lily di sebelah mula bising. Mereka berdua datang sekali harini.
"Err...kalau aku cakap, kau janji jangan terkejut eh?" Dania berpesan ragu-ragu. Kalau story kat Lily takpe kot.
Muka Lily berubah-rubah semasa dia bercerita. Kejap tekejut, kejap sedih kejap marah. Dia cerita semua, dari dia kawin sampai la apa jadi dengan Ziyad.
"So kau kawin dah la ni? Dengan sapa nama dia lagi skali? Azam?"
"Adam, nama dia Adam." Tak mungkin Lily kenal kan, sebab even Adam satu kolej dengan dorang, Adam tak belajar sini. Online je.
Lily mengangguk, "hmm...bunyi nama macam encem, tapi tak tau la. So, masalah kau sekarang dengan si gila tak guna a.k.a. Ziyad tu la?"
"Ye... aku takut la Lily, cemana kalau dia buat lagi?" Dia gigit bibir.
"Kau bagitau Adam tak pasal ni?"
"....tak pun"
Muka Lily pasrah. " Eh budak sengal, kau balik nanti bagitau laki kau apa jadi. Boleh pulak kau sorokkan. Kalau dia tau dari orang lain cemana? Kalau dia salah faham? Jenuh la kau nak tanggung oii"
Cebikan terhasil di bibir Dania. Semua pun nak panggil aku sengal!
"Tengok la gimana...tak yang sekarang pasal Ziyad. Nampaknya kau kena la teman aku 24/7 kat kolej ni Lily....aku taknak jalan sorang au?"Lily mengusap dagu gaya berfikir. Dipandang Dania yang tengah berharap. "So kau nak mintak tolong aku jadi bodyguard kau la ni?"
Dania tercengang. "Ha? Boleh la bodyguard pun...ape-ape je lah"
"Kau tau tak aku ni black belt taekwondo? Aku juara peringkat negeri kau tau masa sekolah dulu?" Lily menepuk dada. Ya Tuhan...mana datang pulak perangai riak takbur si Lily ni?
"Bagus la tu, aku kasi upah nanti boleh? Alahh...kau tolong la aku, kau kan hebat beb?" Dania pujuk plus puji bagi riak lagi. Mintak-mintak la si Lily termakan pujuk rayuku ini~
"Aku tak mintak pun upah kau la, takat nak Hermes baru ke, nak LV aku boleh mintak kat papa aku la." Lily jeling Dania. Muka Dania berubah muram. Dia tergelak.
"But aku akan tolong kau sebagai seorang kawan, so jangan risau." Sudah je ayat Lily, Dania terus terjerit pastu peluk kawan dia kuat-kuat.
"Terima kasih Lily sayang...aku sayaaaaangggg sangat kau tau babe?""Ha... aku tau, dah sudah. Kang ade yang cop aku ni serai, kunyit or segala bapak sayur lagi. Aku tanak. Aku nak boyfriend yang LELAKI okay? Hanya yang memenuhi characteristics as a male human akan diterima ya semua"
Dania cebik. Merapu la kau."Dah jom gi kelas, kau tak tau ke Prof Suria tu garang namati? Dia jerit suruh kita keluar mati kejap lagi" Lily tarik tangan Dania mengikutinya.
Ada sepasang mata yang sedang pandang dari kejauhan sambil mengeram marah.
________
"Boss, saya dah jumpa maklumat yang bos nak tu"
Lelaki itu menghulurkan satu sampul surat kepada Adam. Adam buka dan teliti gambar di dalamnya.
"Mana dia tinggal sekarang?"
"Taman Melawati. Dia dah berkahwin, sedang mengandung 5 bulan. Suami dia...err dalam tahanan sebab kes dadah"
Adam pejam mata. Tahanan? Kenapa nasib manusia ni jadi begitu?
"Dah lama dorang kawin?"
"Tak lama mana bos, baru dua bulan. sebelum ni dia kerja dekat pub sebagai pelayan. Ikut apa diorang kata mereka berdua kenal kat sana.
Adam pening kejap. Dua bulan?
"Bukan kau kata dia mengandung 5 bulan ke?" Lelaki di depannya mengangguk. "Luar nikah"
Dahi pula dipecit. Adam kembali melihat gambar di atas meja. Gadis tu berpakaian mengikut badan sedang berjalan ada, sedang kerja pun ada. Seingat dia, dulu Aisya yang dia kenal sangat pemalu. Kenapa jadi begini?
"Sekarang dia kerja apa?" Takkan nak kerja pub lagi kan kalau dah hamil.
"Masih kerja di pub. Dia eerrr.... Antara pelayan yang paling popular."
"Maksud kau...."
"Yes, GRO". Nafas dihela berat sekali lagi. Jawapan PI dia mengejutkan.
"Okay bagus kerja kau buat, Liam. Ni untuk kau" Adam bagi cek bernilai 5 ribu ringgit. Sebelum ni dia dah bagi 10 ribu untuk upah menyiasat. Ni cuma bonus saja.
Lelaki tu tersenyum. "Thanks bos. Kalau ada kerja lagi bos boleh bagitau" dia terus keluar.
Adam masih berfikir. Patut ke dia tolong Aisya? Dia dah janji kan? Tapi dia janji nak minta maaf, bukan libatkan diri dalam hidup Aisya.
Kenapa kau berubah Aisya.....
________
"Dania...jom keluar?"
"Nak gi mana? Jauh tak?" Dania yang tengah main phone soal balik.
"Tak dekat-dekat sini je. Jom ah, aku tunggu kat kereta". Adam turun bawah dengan kunci kereta.
Dania cepat-cepat siap, pakai sweatshirt je dengan jeans. Shawl takat lilit biasa ja. Adam pun sama. Sweatshirt adidas dengan jeans.
"Nak pukul 10 dah ni, kedai banyak dah tak bukak ni. Awak nak makan ke?" Harini diorang just have some cake slices from bonda petang tadi. Ingat kenyang sampai malam.
"Kau makan mcd tak? Kfc ke? Texas?"
"Gila kau tak makan, of course la. Nak pegi sana ke? Yeayyy!!!" Dania dah bersorak. Adam geleng kepala. Serupa budak-budak je gayanya. "Kita drive thru pastu makan dalam kete nak?"
"Ha okay" Adam menurut.
Mereka makan di parking depan taman. Ramai jugak orang kat sana, takde la nak kena serbu dengan pencegah maksiat. Tapi kalau kena serbu pun tak kisah,dah kawin kan
"Kau tau tak aku dah jumpa orang yang aku cari tu" Adam memulakan perbualan lepas mereka selesai makan.
Dania pandang Adam semula. "Iye? So, apa awak nak buat sekarang?"
"Macam aku cakap, aku just nak mintak maaf sebab perangai aku dulu. Tapi aku tak expect dia ada dalam situasi sekarang ni. Aku buntu Dania" keluhan Adam terlepas.
"Buntu? Cuba awak cerita apa jadi?"
"Dia....dah kawin" Dania cuba analisis muk Adam. Hurmm...takde riak kecewa, bagus bagus. "..and suami dia masuk penjara sekarang sebab ambik dadah. Dia tengah mengandung, 5 bulan"
Dania faham. Mungkin Adam kesian sebab dia ibu tunggal agaknya. "...tapi yang aku tak sangkanya, dia keja dekat pub. Jadi pelayan. Aku tak tau kenapa dia berubah sampai macam tu, padahal dulu dia pemalu sangat"
"Saya rasa kan, awak teruskan je niat awak nak mintak maaf. And kalau awak rasa nak tolong pun okay jugak. Maybe awak boleh carikan dia kerja lain ke? Or bagi bantuan kewangan? Tapi kan, awak kena hati-hati. Macam awak cakap, dia dah berubah. saya tak cakap la dia ni jahat ke apa. Cuma hati-hati tau?" Dania berpesan panjang. Dia taknak Adam terjebak dalam masalah lain pulak. Kang kena fitnah naya. Dia taknak ada madu woi!
"Kau okay ke dengan apa aku buat ni?" Adam pelik bila Dania seakan tak kisah. Tak cemburu ke? Kenapa dia rasa tak senang lihat aksi bersahaja Dania?
"Saya ada hak ke nak halang?" Senyum pahit terukir. Kena sedar diri la nak oiii, orang dah taknak watpe nak pakse.
"Dania, aku mintak maaf kalau kau tak suka. Aku janji lepas aku tolong je dia, aku takkan contact dah" kelam kabut Adam berjanji.
"Jangan janji Adam. Perit saya bila awak mungkiri nanti. Awak jangan risau. Saya takkan halang. Macam awak kata mula-mula dulu, kita buat hal masing-masing kan?"
Tapi sebenarnya hati dia menjerit. Dia takut kalau Adam berubah hati. Yelah, nostalgia cinta lama kan? Kalau berputik kembali mampus dia. Mana dia nak merempat? Dah la takde sapa dah, kalau Adam pun buang dia memang melolong la menangis.
Kesunyian melanda. Akhirnya mereka balik ke rumah. Awkward gila walaupun mereka cuba berlagak biasa.
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romance(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...