44🌼

30.4K 1.2K 92
                                    

"ni kawan ayahanda, ustaz Kamil." Tengku Amir memperkenalkan rakan yang dijemputnya. Adam bersalaman dan Nia mengambil tempat sebelah bonda atas sofa.

"Apa khabar Adam?" Ustaz Kamil bertanya ramah dengan senyuman tak putus.

"Alhamdulillah saya sihat" pelik jugak dia kenapa ayahanda seru mereka berdua pulang siap dengan panggilkan ustaz ni.

"Ayahanda perasan Adam dengan Nia macam lain macam sejak belakangan ni. Ayahanda nak ustaz tengokkan kamu berdua" terang Tengku Amir supaya anak menantunya faham niatnya.

"Kenapa ni bonda?" Nia berbisik perlahan bila tengok reaksi Adam nampak tegang je. Bonda cuma menggeleng.

"Tapi kami okay je ayahanda, nak tengokkan ape?"

"Bagusla kalau okay. Tapi biar la ustaz tengokkan dulu. Ayahanda takut kamu berdua jadi mangsa dengki orang ke ape. Kalau betul takde ape pun, dengar la nasihat ustaz nak nasihat. Tak salah kan?" Tengku Amir risau bila isterinya bagitau pasal sikap Adam yang berubah mendadak Dan Nia yang tak pepasal lebam.

Adam akhirnya akur dengan ayahandanya. Ustaz Kamil hanya tersenyum tenang,

"Boleh saya mulakan?" Ayahanda mengangguk sambil yang lain memerhati penuh minat.

Adam seakan tak senang duduk dan mula pana punggung. Dia kejap macam nak marah, kejap gelisah dan kejap nak menangis.

"Ayahanda, ustaz kenapa panas ni?" Dia mengibas baju sebab dah berpeluh teruk. Tapi cuma dia.

"Masyaallah...." Ustaz Kamil menggeleng kepala. Dia ambil air dalam gelas dan bacakan sesuatu sebelum suruh Adam minum sampai habis. Adam yang mula mula tak mahu terpaksa juga ikut lepas kena paksa. Lepas je minum, badan dia rasa sejuk sikit dan ringan. Takde dah sakit kepala teruk.

"Mir..." Panggil ustaz Kamil.

"Anak dan menantu kau ni ada orang nak cuba buat benda tak elok ni. Tapi alhamdulillah tak teruk sangat dan masih baru lagi."

Mata mereka semua terbuntang luas mendengarnya. Adam hanya bersandar lemah pada sofa selepas minum air tadi. Rasa lemau pulak badannya.

"Ya Allah...sape yang buat Kamil?" Soalan ayahanda tak dijawab oleh ustaz Kamil.

"Lebih elok kalau aku tak jawab siapa, tapi yang aku boleh kata ni kerja orang dekat dengan kau. Aku taknak sebut nama sebab takut nanti boleh bawak bergaduh."

"Orang dekat?" Soal ayahanda lagi.

"Ya, sebab dia macam tau pergerakan anak menantu kau. Pertama kali jadi masa kat hotel kan?" Dia berkalih pada Nia. Nia tersentak kejap. Hotel? Dia ingat balik.

"Ha'ah. Start malam tu Adam mula marah marah dan sakit kepala." Kagum dia bila ustaz Kamil boleh meneka bila dan dimana terjadi benda pelik ni.

"Tapi ustaz, maybe sakit kepala ni sebab migraine ke?" Adam masih cuba nak menafikan. Sebab dia tak rasa kena guna guna ke apa.

"Iye betul, boleh jadi sebab penyakit. Tapi Dania kan namanya?" Ustaz Kamil berkalih pandang Nia. Nia balas dengan anggukan.

"Nia nampak benda pelik start malam tu kan? Lepas tu kena ganggu lagi kan?" Tekanya lagi. Nia terdiam kejap. Memang betul tu, malam tu dia nampak macam ada kelibat luar bilik hotel mereka dan bunyi mengilai. Katil mereka juga rasa digoncang.

Adam pandang Nia lama. Nia kena kacau ke?

"Iye...."

"Kenapa tak bagitau?" Adam tetiba bangun bersuara sedikit keras sampai buat Nia tersentak.

"Duduk Adam" suruh ayahanda.

"Ni la tujuan diorang, nak buat kamu bergaduh. Nak buat kamu bercerai. Jahatnya akal manusia bila dikawal nafsu. Kamu akan rasa tak suka dengan isteri kamu. Nia pulak akan rasa panas je bila dekat dengan Adam. Dan gangguan halus tu akan berterusan sampai la siap kerja dia, iaitu sampai kamu berpisah terus" ustaz Kamil masih tenang bercakap walaupun orang lain dah seram sejuk dengar.

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now