Mr. Blind was created during MCO. And before sis further study, sis akn try habiskn story ni. Well, apa yg mula kt rumah, finish kt rumah la kan😉
"siapa yang perut berdua?" Soal ayahanda terkejut.
"Siapa lagi ayahanda...Nia la" selamba Adam menjawab. Bonda dah freeze kat situ.
"Betul ni?"
"Iye ayahanda...dah dekat tiga bulan dah" dia senyum bangga manakala Nia tertunduk malu.
"Alhamdulillah..." Ayahanda dan bonda meraup wajah, bersyukur. Nak dapat cucu!
"Nanti kita buat kenduri kesyukuran sikit ye Adam, Nia?" Ujar bonda teruja.
"Kitorang ikut je mana mana yang elok bonda" dia cuit bahu Nia bila isteri dia tak sambung makan pun. Mengelamun sampai bulan dah.
"Oit budak, makan tu"Ayahanda, bonda senyum sesama mereka. Comel budak berdua ni sekarang. Alhamdulillah tak salah keputusan kawinkan mereka dulu.
"Nak suap ke?"
"Tak, tak nak. Malu la ada bonda semua tu awak ni..." Nia mengomel pelan tapi dia dengar jugak. Dia mencebik, malu apa doh? Rileks sudah la.
"Makan cepat kalau tak aku suapkan?" Ugutan Adam buatkan Nia kembali makan dengan penuh segan sambil dia memerhati tak lepas. Yang diorang tak tau bonda, ayahanda pun doh perati je pasangan tak menapis kasih sayang depan orang tu!
_________
"Baby nah susu kau"
Nia sambut huluran Adam. Muka dia masam. Susu tepung tak sedap! Fresh milk takpe la.
"Aip, minum cepat" Adam cekak pinggang tunggu dia minum.
"Tak minum satu malam takpe kan?.."
Nia nak Adam jawab 'yes, takpe malam ni je eh sayangku' tapi jangan harap. Adam kecilkan mata dan angkat kening sebelah lalu Nia mengalah. Diminum jugak even tak sedap.
"Bagusnye dia...meh kiss siket" cuupp pipi kiri kanan kena kiss. Nia senyum jahat bila akal bercabang muncul. Dia tarik leher Adam dan tonyoh mulut dia kat Adam. Hambek rasa la susu tak sedap tu!
Yang tak sangkanya Adam wat lek je siap jilat lagi lips dia. Dia pulak tolak muka Adam jejauh.
"Nak kenakan aku ke baby? Fyi, aku suka segala jenis susu ya." Dia kenyitkan mata. Nia merenggus, nanti aku nak cari susu kerbau bagi minum.
"Dah siap ke wolly hat tu?" Soalnya yang baru sudah hantar gelas ke dapur.
"Belum, sikit lagi. Tak boleh buat lama sangat, sakit belakang" sekarang posisi duduk atas kerusi agak tak selesa buat Nia.
"Jangan la paksa diri kau sangat Nia. Kan bagus kalau kau ikut je cakap aku supaya beli je?" Nia kaitkan baby mereka topi warna biru. Yang dia kait warna hitam tu dah siap.
Tapi sekarang dia risau kalau Nia pulak sakit kalau dok paksa diri sangat.
"Takde apa la... jangan la risau eh?" Biasa la tu setakat sakit sikit sebab badan berubah kan lepas mengandung ni.
"Ikut kau la Nia. Dah jom tido. Kau kena banyak rehat" dia dukung Nia ke katil mereka. Stokin dipakaikan sebab Nia selalu sejuk malam malam.
"Eh kejap, kejap." Nia terus bangun dari katil bila Adam baru berbaring di sebelahnya. Dia meluru masuk dalam bilik air.
Adam mengerut dahi pelik. Nak muntah ke nak kencing tu?
"Baby? Muntah ke?" Laungnya dari katil.
YOU ARE READING
MR BLIND [COMPLETED]
Romantizm(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan le...