Laju motor BMW hitam membelah jalan raya yang agak lengang. Biasa la hari Rabu. Semua sibuk bekerja. So kereta tak banyak sangat.
Sesampai sahaja di hadapan rumah banglo mewah itu, motor itu terus memasuki kawasan rumah dan memberhentikan motornya.
Fatin membuka helmet yang menutupi seluruh mukanya. Dia mula melangkah ke hadapan pintu. Pintu di buka dan salam diberi.
"Assalamualaikum. Ada orang tak?" aku bagi salam tapi separa menjerit. Aku tak tahu la diorang ni. Pintu tak kunci. Kalu pencuri masuk macam mane? Haih.
"Amira!! Hish mane pulak budak ni." jerit aku. Kali ni lebih kuat.
"kakak!! Yeahhh kakak balikkk!!" jerit Amira dan berlari ke arah aku. Dia memeluk aku erat. Haih rindunya budak ni.
"kak game akak baru baru ni kecoh eh. Kawan kawan Mira asyik cakap pasal tu je." cerita Amira bersungguh. Erk btw kan. Game final aku hari tu masuk tv. Ye la sebab selection Malaysia kan. Ada la kena interview sikit sikit. Tpi memang nampak muka and game aku ah. Hahah.
" iye? Haha tengok la akak sape. Hahah" balas aku. Dia tersenyum girang.
"papa mane?" soal aku. Sambil mata aku melilau memandang sekeliling.
"hish akak ni. Hari ni kan hari Rabu. Diorang kerja la." balas Amira. Aku melihat jam yang tergantung di dinding. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Diorang selalu habis pukul 5. Hm.
"eh kenapa tak kunci pintu? Kalau ape ape jadi macam mne? Dah la kamu ni perempuan." kata aku. Mempersoalkan persoalan aku yang dari tadi aku soalkan di dalam kepala aku.
"ala akak ni. Mira lupe kot. Haha tpi jangan la risau. Pak Khairi ada kat luar tu." balas Mira. Hm budak ni la.
"haa ye la. Eh Mira. Ape kata kalau kita buat surprise dekat Papa dengan abg?" soal aku. Mira mempamirkan wajah yang setuju and excited.
"jommmm.. Mira nk tengok reaction papa dengan abang lepas tengok akk balik. Kejap eh Mira siap. Akak pergi la naik tukar baju ke ape." balas Amira.
"tak ape la. Akak malas la. Macam ni pun okay la." aku sumpah malas nk tukar tukar baju. Baju aku pun okay ape.
"Mira! Lama betul kat atas tuh" jerit aku. Bergema suara aku memecahkan kesunyian. Dah 20 minit perempuan ni bersiap. Lama betul. Beberapa minit selepas itu batang hidung Amira mula berlari lari anak menuruni tangga.
"ha dah okay. Dah. Jom" ajak Amira.
"haih. Pergi tengok papa dengan abang je. Nak cantik cantik nak jumpe sape." perli aku. Haha. Lama tak cari pasal dengan perempuan ni.
"ish akak ni. Tau tak Mira dah lama tak keluar rumah tau. Papa dengan abang asyik busy je. Mira duk rumah je." ngadu Mira. Alahai budak ni.
"alolo sian dia. Haha. Haa ye la ye la. Jom pergi tengok papa." ajak aku.
"ehh akak. Naik kereta la. Tak nak la Mira naik motor." kata Amira bila aku menuju ke arah motor. Betul jugak kan. Budak ni mane suka naik motor.
"haa ye la. Pergi ambik kunci kereta kat dalam." pinta aku. Amira berlari lari anak masuk ke dalam rumah sekali. Oh ya. Korang mesti pelik kan kenapa aku tak pakai driver je? Aku bukan jenis yang sukakan driver driver ni. Aku suka bawak kereta sendiri. Senang. Nak pergi mana mana tu haaa pusing je stereng kereta tuh.
Kereta aku undurkan perlahan lahan. Haih lama tak bawak kereta ni. Harap harap jalan tak sesak la ye. Kami terus menuju ke office papa. Macam yang aku cakp. Abang sekarang kerja dekat company papa. Nak jadi pewaris la katakan.
Kereta aku parking. Dan kami melangkah menaiki lif.
Tuk tuk!!
Pintu office abang diketuk. Surprise kan abang baru la surprise kan boss besar.
"masuk" dengar sahaja suara abang. Amira melangkah masuk dahulu.
"eh mira buat......"
"surprise!!" kata aku.
"Fatin??! Bila balikkk??" abang aku terus terbangun and melangkah ke arah aku. Terus dipeluknya aku. Oh ya nama abang aku Anuar. Ceh macam nama dulu dulu.
"baru je. Ni saja datang nak surprise kan abang dengan papa. Jom pergi bilik papa. Tak jumpe dia lagi ni. Nak tengoi reaction dia bila semua anak anak dia ada." kata aku. Kami pun berjalan menuju ke arah bilik papa. Tak jauh pun. Kami masuk tadi pun sedaya upaya nak pastikan papa tak keluar bilik. Nasib baik kamcing dengan orang office. Haha.
" masuk" suara papa jelas kedengaran apabila pintu di ketuk.
"erm encik busy ke? Kalau encik busy saya tak nak kacau" kata aku sambil berpura pura berlakon. Mana tak nye dia tak alihkan pandangan dia dari file dia tu. Habis sahaja ayat aku tuturkan baru dia berpaling memandang ke arah aku.
"kakak! Ishh terkejut papa. Bila sampai?" kata Papa. Macm biasa la peluk aku an.
"baru je ni. Sampai rumah tadi tengok Mira ade dekat rumah. So ingat nak buat surprise dekat papa dengan abang. Tu yang kakak ajak Mira datang office ni." terang aku. See. Family aku ni happy je tau. Mesti readers tertanya kan. Mana mama aku?
Mama meninggal masa lahirkan Amira. Time tu umur aku dalam 5 tahun. Kehilangan insan terbesar dalam family kami. Papa mula mula tak kuat nak besarkan kami semua sorang sorang dia. Atas sokongan keluarga arwah mama. Papa kuatkan diri bangun and besarkan kami semua.
Okay family aku tak best sangat pun. Tpi aku bersyukur masih ada lagi orang yang sayangkan aku and orang yang aku sayang masih ada dekat dengan aku. Mama? Ofc la aku sayang. And aku yakin dia ada dekat dengan kami. Thats why papa tak pernah halang cita cita kami. Aku nak berhenti sekolah pun papa ikutkan. Memang berat hati papa nak lepaskan aku. Tpi aku yakinkan papa.
YOU ARE READING
Cinta Hanya Sementara✅
Romance"Tak sangka hanya dengan 2 bulan perkenalan aku boleh jatuh cinta dengan dia.. Tp dia perempuan!!" Boleh ke jatuh cinta dengan perempuan doh??