Fatin pov...
Mata aku buka perlahan lahan. Lampu dewan yang jelas di mata aku sekarang dunia sekeliling seperti senyap seketika. Aku bangun dengan dibantu oleh medic. Medic memanggil aku berkali kali. Aku hanya terdiam. Aku duduk bersila. Medic membantu aku memberhentikan darah. Kapas aku gigit kerana mulut aku berdarah. Suara baru aku dapat dengar kembali perlahan lahan. Aku memandang Thailand. Muka dia memang bersalah kali ni. Tapi tu tak bermaksud yang aku akan menyerah kalah.
Wasit bertanya jika aku ingin meneruskan perlawanan atau tidak. Aku menganggkat ibu jari tangan kanan aku dan mengangguk menandakan yang aku masih ingin meneruskan perlawanan.
Aku bangun dan berjalan ke arah coach. Sementara pembantu membersihkan kesan darah di atas metres. Hm elok la. Aku derma darah untuk matres.
Riana pantas mendapatkan aku. Aku terasa seperti mahu jatuh. Laju dia meletakkan tangan aku di bahunya dan tangan kanannya di belakang pinggang aku.
"kamu okay tak Fatin?" soal Coach. Risau dengan keadaan aku. Bukan salah aku yang menyebabkan muka aku ditumbuk untuk kali ke 2. Tapi salah dia.
Aku mengangguk. Tiba tiba aku memilih untuk memeluk Riana.
"sorry sebab tengking kau tadi. Aku tak berniat." bisik aku di telinga kanannya. Aku memeluknya erat seketika. Aku melepaskan perlukan dan kembali berdiri. Aku meneguk air masak dan masuk kembali ke dalam gelanggang.
Wasit memberikan keputusan bahawa Thailand membuat kesilapan sekali lagi. Thailand menghulurkan tangan meminta maaf. Aku hanya mengangguk.
Kami mengambil tempat. Kali ni aku yang. Menghampiri dia. Serangan kaki kiri aku berikan kepadanya. Sebenarnya aku ingin mengumpan dia untuk datang menyerang aku. Betul seperti yang aku jangka. Dia laju menghampiri aku dengan niat ingin memberikan membalas serangan.
Laju otak aku berfikir. Pantas badan aku pusingkan dan memberikan back kick tepat ke rusuk kirinya yang dari tadi aku perasan dia asyik memegangnya. Sepakan aku terkena ke atas tangan kirinya dan tangan kirinya dihimpit ke rusuk kirinya.
Terdiam dia. Jatuh melutut terus dia di hadapan aku. Aku tak menyerang dia lagi. Sebab ini akan melakukan kesalahan. Aku hanya melangkah ke belakang. Wasit memberhentikan perlawanan kami.
Kali ni medic berlari ke arahnya. Dia memegang tangannya dan rusuknya. Sakit di dua bahagian. Medic cuba untuk memegang. Terus menjerit minah Thailand bila medic ingin memegangnya.
Aku tersenyum sinis. Patah la tu.
Thailand itu diusung keluar. Satu hall tu terdiam. Wasit berkumpul memberikan laporan. Wasit memanggil aku kembali masuk ke dalam gelanggang. Wasit membetikan keputusan bahawa aku menang dengan kemenangan teknik. Kan aku dah cakap. K.O yang akan aku hadiahkan kepada kau. Heh.
Aku melangkah je arah coach untuk mengambil bendera Negara. Aku menarik Riana sekali.
"kenapa ta--"
"tolong aku jalan. Pusing gelanggang" potong aku. Riana hanya mengangguk dan tangan aku diletakkan ke atas bahunya.
Kami berjalan mengelilingi gelanggang. Semua bersorak. Setelah itu kami melangkah keluar. Aku berjalan mendapatkan kawan kawan aku yang lain. Masih lagi berpaut pada Riana.
"boek Fatin!!! Haihhh geram aku dengan kau ni!! Nasib menang!" jerit Rafiq.
"kau macam tak kenal aku macam mana kan? Weh. Aku memang akan menang lah. Tinggal kau je. Pastikan menang lah!" balas aku.
"haih budak ni. Alalala." kata Rafiq sambil menggosok kepala aku. Aku menepis.
"kau ingat aku budak budak ke? Hishh. Aku pukul kau kang" balas aku.
"Hahah jangan marah." satu team kami gelak. Tangan kiri aku masih di bahu Riana. Dia membantu aku duduk. Sambil duduk aku cooling down. Riana mengambil peti kecemasan. Dia membantu aku membersihkan luka di muka.
"auch!" aku menahan sakit.
"sorry" kata Riana. Mata dia fokus memandang atas mata aku. Aku memandang Riana tepat pada matanya.
Dia bersihkan semua luka aku. Darah dah berhenti.
"erk. Aku nak pergi toilet la." kata aku.
"kau nak aku ikut ke?" balas Riana.
"eh tak apa. Aku okay. Nk tukar baju. Tak selesa pulak." tolak aku. Aku bangun dan berjalan pergi ke toilet.
"hey, are you okay?" soal satu suara. Aku tak cam suara siapa.
"er. Haa. I'm okay." balas aku.
"oh. My name is Yon So. I'm from Korea." kata perempuan tu. Aku blur kejap.
"oh. My name is..."
"Fatin. Ya. I know. I watched your tournament just now. And that's great. It hurt right? Btw congrats and get well soon." potong Yon So.
"ah. Thank you." balas aku. Yon So berlalu pergi meninggalkan aku. Terkejut aku minah korea tegur. Lawa la jugak. Tapi Riana lawa lagi. Hish ape benda aku fikir ni. Aku meneruskan langkah masuk ke dalam toilet. Aku menukar baju. Keluar sahaja dari toilet aku nampak Riana di depan pintu.
"kan aku cakap aku boleh pergi toilet sorang." kata aku. Kesian pulak Riana ni. Nak kena jaga aku.
Riana menolak aku masuk ke dalam toilet. Pintu toilet dia tutup dan kunci. Dia menolak aku ke dinding toilet.
"kenap-" belum sempat aku habiskan kata kata aku. Riana mencium aku tepat di bibir aku. Aku terkedu. Pantas aku menolaknya.
"ape kau buat ni? Kau gile ke ape?" soal aku. Aku pantas membuka pintu dan berjalan keluar dari toilet. Pergi mendapatkan team aku yang lain.
Otak aku yang tak betul ke atau apa yang Riana buat tadi tu tak betul? Ah kepala aku sakit lagi ni.
"kau okay tak Fatin?" soal Nurul setelah aku sampai.
Aku hanya diam sambil memegang kepala aku dengan tangan kanan. Aku rebah sedikit. Nasib sahaja Nurul menyambut aku.
"weh kau okay tak ni? Muka kau pucat ni." kata kata Nurul menarik perhatian teammate aku yang lain. Semua team aku memandang aku. Nurul menolong aku duduk.
Coach datang menghampiri aku.
"kamu sakit ni. Nak pergi hospital tak?" soal coach.
Aku menggeleng. Tak nak susahkan semua orang. Lagi pun perlawanan malam ni nak habis dah.
"aku akan menang game kali ni untuk kau!" kata Rafiq. Game Rafiq baru hendak bermula. Aku tidak mampu bangun untuk melihatnya. Coach mengangguk dan membawa Rafiq ke sudut gelanggang. Rafiq melangkah masuk ke gelanggang. Aku tak mampu nak bangun dan saksikan perlawanan Rafiq. Tapi aku gigihkan juga duduk dan saksikan dari jauh. Pasukan aku teruskan bersorak untuk Rafiq.
YOU ARE READING
Cinta Hanya Sementara✅
Romance"Tak sangka hanya dengan 2 bulan perkenalan aku boleh jatuh cinta dengan dia.. Tp dia perempuan!!" Boleh ke jatuh cinta dengan perempuan doh??