Riana pov...
"sekarang semua ambik patner berat dekat dekat. Kelas A dengan kelas B. Kelas C dan kelas D. Dan yang lain pun sama." arah coach. Aku memandang Fatin. Dia chill je. Ish muka cool dia tu sumpah kerek.
"so sekarang nak pandang muka aku ke nak training ni?" soal fatin. Nada dia agak serius.
"erk. Haa. Training la." balas aku gugup sikit. Dia marah aku ke apa.
"okay. Korang semua buat teknik jatuhan. Sekurang kurangnya 3 teknik. Training 3 teknik tu dan mahirkan." coach menjelaskan arahan latihan hari ni. Setakat hari ke 4 ni aki rasa latihan sini biasa biasa je. Tak hard. Maybe nak jaga keadaan atlet kot. Ye la nak bertanding. Takut injured pulak.
"kau sepak dulu." arah Fatin. Aku macam ha? Blur jap. Aku memasang kekuda dan kaki kanan aku sepak laju.
Kaki kanan aku dia tangkap. Di tariknya kaki kanan aku kebahagian kanan dia. Badan aku dan dia rapat sangat masa ni. Tangan kiri dia letak di bahagian belakang pinggang kiri aku. Kaki kiri dia menyelak kaki kiri aku dan menyebabkan aku jatuh. Aku masih blur. Tau tau je dah ade dekat bawah. Laju gile dia ni.
"sakit ke?" soal Fatin sambil menghulurkan tangan kanannya untuk membantu aku bangun.
"T-tak sakit." eh jap. Dia baru lepas buat jatuhan dekat aku ke? Rasa terbang siaa. Bukan sebab blushing ke ape eh. Tpi sebab dia angkat aku. Dia ni kalau ikutkn lagi ringan dari aku. Tpi dia boleh angkat aku. Laju pulak tu.
"dah jangan pandang aku macam tu. Training je. Kalau nak usha lama lama pun kat bilik la." perli dia. Ehh tak. Sekarang ni aku pandang kau bukan sebab aku usha kau ke ape. Aku speechless dengan kau ni. Menyumpah nyumpah aku dalam hati. Eh ingat aku ni nak dekat kau sangat ke? Ishh.
" jangan ngumpat aku dalam hati. Cepat training" tambah Fatin lagi. Eh dia ni la. Aku dah buat muka dah depan dia ni. Dia tergelak kecil.
"asal gelak?" soal aku agak dingin.
"comel." balasnya ringkas. Okay yang ni betul aku blushing.
"ish dah la. Kau sepak pulak." kali ni turn aku pulak jatuhkan dia.
"kau serius la?" dengan muke sinis dia tu. Dia menyoal aku.
"serius la. Ape? Ingat aku lagi pendek dari kau, aku ni lemah la?" okay ni sumpah aku panas jugak dengan dia ni. Kereknyeeee. Tak pe tak pe.
Dia memasang kekuda dan mula menyepak aku. Aku menangkap kemas kaki kanannya dan menariknya rapat.
Whatt??!! Dia boleh tolak aku. Kaki dia masih aku pegang kemas tpi setiap kali aku ingin merapatkan lagi badan aku dengan dia untuk melakukan jatuhan dia menghalang aku menggunakan tangan kanannya. Sedaya upaya aku cuba tpi dia masih menghalang. Last last kaki dia terlepas dari tangan aku.
"kenapa tahan?" soal aku dengan nafas agak tersekat. Weh sesak nafas aku.
"nama pun training. Kalau tak ada halangan bukan training namanya." balas Fatin.
"tadi aku tak tahan pun" weh asal dengan dia ni. Ishhhh.
"sape suruh kau tak tahan. Haha"
"eh korang gelak gelak pulak. Kenapa Riana? Susah nak jatuhkan Si Fatin ni? Bukan kamu sorang je Riana. Si Rafiq tu pun sangkut tau kalau nak jatuhkan Fatin ni." coach sumpah sporting. Aku memang kenal jugak coach ni dari sbelum aku datang lagi. Banyak dah game aku yang dia tengok. Tapi tak ada la rapat sangat.
" Coach. Saya boleh la jatuhkan Fatin ni" balas Rafiq.
"tercabar ke Rafiq?" sakat Hakim. Patner Rafiq.
"okay. Kamu try la jatuhkan Fatin ni." cabar coach.
"haa sila sila" tambah coach lagi. Rafiq menghampiri Fatin. Mereka memasang kekuda. Kaki fatin laju dihayunkan ke arah Rafiq. Tiba tiba Rafiq terdiam dan kaki fatin di lepaskan. Kejap apa yang jadi? Laju sangat sampai aku tak perasan ape yang jadi dekat Rafiq.
Rafiq memengah perut belah kirinya. Walaupun dilapik dengan body protector. Tapi aku dapat lihat wajah senak Rafiq.
"kau makan ape doh kaki jadi macam tu. Sakit tau tak?" masa ni Rafiq memang dah terduduk dah. Rupanya Fatin sepak perut dia. Memang Rafiq mampu menangkap kaki Fatin tpi sepakan yang kuat membuatkan dia melepaskan kaki Fatin dan memegang perutnya yang senak. Habis semua yang ada dekat situ gelak melihat Rafiq.
"aku makan besi kot. Hahaha. Suda la Rafiq. Kau patner dengan Hakim je eh. Sorry. Haha" balas Fatin. Rafiq pun tergelak kecil. Nampak la yang diorang ni rapat. Mata Fatin kini memandang tepat ke aku.
"okay semua sambung training. 10 minit lagi saya bagi rest" kata coach. "ha Rafiq. Kamu kena kalahkan Fatin ni dulu baru boleh menang antarabangsa tau. Haha" tambah coach lagi. Fatin antara atlet yang ditarget emas untuk game di Korea.
Fatin melangkah ke arah aku.
"jangan pandang aku macam tu la" kata aku. Mata aku alihkan ke arah lain.
"oh marah. Kau pandang aku macam tu tadi boleh pulak?" balas Fatin.
"eh bila mase?" ni bengang ni dengan dia ni.
"eh bila mase?" ajuk Fatin dengan membuat mimik muka. Eh geramnye la. Tak pe tak pe. Hari ni hari kau. Esok lusa hari aku pulak. Aku dapat dengar Fatin tergelak melihat aku.
"haa ye la ye la. Kali ni aku sepak tapi aku tak halang." kata Fatin lagi. Setelah melihat aku lama terdiam.
Kami meneruskan latihan.
Okay nampak la diorang ni macam mana kan. Fatin tak abis abis cari pasal. Riana tak abis abis usha Fatin. Okay next capture maybe lebih menarik. Author akan cuba sehabis baik yee. Maaf kalau kurang.
Teruskan vote and comment 💕
YOU ARE READING
Cinta Hanya Sementara✅
Romance"Tak sangka hanya dengan 2 bulan perkenalan aku boleh jatuh cinta dengan dia.. Tp dia perempuan!!" Boleh ke jatuh cinta dengan perempuan doh??