CHS 12

1.5K 62 5
                                    

   Fatin pov...

"kau jangan kalah pulak final ni. Buat yang terbaik!" aku cuba memberikan kata kata semangat kepada Riana. Minah ni pendek pendek pun sampai final jugak. Bukan kaleng kaleng si pendek ni.

  "doakan aku. Eh kau jadi pelepas aku kan?" soal Riana. Aku mengangguk. Ye la. Aku dah memang pakai baju silat dekat situ.

  Riana kali ni jumpe final dengan Thailand. Aku pun dapat ke final. Cuma game aku menarik sikit. Aku punya game belah malam. Baru feel!

  Aku membantu Riana memakai body protector. Nampak tangan dia shaking. Ye la final kan. Biasa la kalau shaking. Aku menghalakan botol air kepadanya. Dia meneguk sedikit air untuk membasahkan tekak.

  Tangan dia aku pegang.

  "kenapa?" soal Riana. Hairan mungkin dengan tindakan aku.

  "nak hilangkan shaking tangan kau tu." jelas aku. Tak ada la. Shaking dia ni obvious sangat. Boleh gelak pihak lawan kalau nampak dia macam ni.

  Dia hanya diam dan membiarkan aku menggenggam tangannya. Setelah namanya di panggil. Aku dan coach duduk dan Riana melangkah masuk ke dalam gelanggang.

  Mereka bersedia. Riana dia main speed. Dia bukan jenis tenang macam aku main. Aku perhatikan gerak dan langkah dia memang ada potensi nak menang. Pihak lawan pun tak ada la laju macam dia.

  Satu sepakan layang kiri diberikan oleh Riana. Maaii.. Sakit tu kalau kena. Dah la sepak direct. Riana antara yang aku kagumnya kaki dia laju. Tpi tak setanding aku la. Aku pro lagi.

  Bunyi wisel menandakan round 1 tamat. Aku nampk la muka Thailand tu macam bengang dengan Riana. Riana melangkah ke arah kami. Aku menghalakan botol air kepadanya. Dia meneguk laju.

  "okay Riana kali ni lebihkan hati hati. Body jangan bocor. Kamu memang dah lead. Tukar sikit corak permainan. Main kanan kiri jugak. Jangan terlalu fokus pada satu." arah coach. Sejujurnya. Aku nampak banyak titik lemah dekat Thailand ni. Antaranya, body Thailand ni banyak bocor. Senang je kaki Riana ni lekat kat body protector Thailand. Point dah berapa dah dapat.

" Riana. Kaki kiri dia tak hidup" kata aku. Haa ni lagi satu kelemahan Thailand yang obvious aku nampak.

  Riana mengangguk. Aku harap dia ada la rangka ape ape strategi dalam otak dia tu.

  Riana pov...

  "Riana, kaki kiri dia tak hidup." kata Fatin. Kaki kiri dia aku pun perasan tadi. Tapi tak confident. Bila Fatin cakap baru aku rasa confident sikit.

  Aku melangkah masuk kembali ke dalam gelanggang. Aku mengambil tempat dan mulakan kembali. Nafas aku ambil. Langkah aku jaga. Aku perhatikan kaki kiri dia. Laju aku menghayunkan penumbuk kanan dan diikuti selak kaki kanan aku mengenai kaki kiri dia. Terus terjatuh pihak lawan. 3 point berpihak kepada aku. Screen besar aku lihat ulangan jatuhan tadi. Sekali gus markah menjadi milik aku. Kini aku masih mendahului. Gugup aku yang tadi dah hilang. Sekarang aku hanya perlu hati hati.

  Pihak lawan melangkah ke arah aku. Aku dapat membayangkan langkah apa yang bakal dilakukan seterusnya. Dia nak front kick kaki kanan. Pantas aku mengelak dan menangkap kaki kanannya.

  Dan tiba tiba keadaan menjadi gelap.

  Fatin pov...

  Aku melihat langkah Riana. Betul tu. Seperti yang aku jangka, Thailand ingin front kick kaki kanannya. Laju Riana menangkap. Aku tersenyum sikit melihat kelajuan Riana. Dia ni bagus la. Tiba tiba satu hanyunan tumbukan mengenai tepat ke muka Riana. Thailand melepaskan tumbukan ke muka Riana. Riana jatuh tidak sedarkan diri.

  Shit! Ape benda main macam ni. Tumbuk muka adalah kawasan larangan tuh! Terasa panas hati aku melihat tindakan Thailand tadi. Ingin sahaja aku bangun dan terus menumbuknya. Nasib perasaan sabar aku lebih tinggi dari itu.

  Riana tidak sedarkan diri. Pantas medic berlari mendapatkannya. Semua wasit berkumpul dan memberikan laporan. Sama ada salahnya pada Riana atau pada Thailand. Sudah terang lagi bersuluh Thailand tu yang bersalah.

  Riana diusung keluar dan di masukkan ke dalam van ambulance. Wasit memberikan keputusan bahawa Thailand telah melakukan kesalahan. Dan kemenangan buat Riana. Aku membuka bengkong oren aku dan menuju ke arah Riana.

  "coach saya ikut Riana pergi hospital. Game saya malam. Sekarang baru pukul 10.30 pagi. Coach bawak la atlet dulu. Rasanya ada 5 game final pagi dengan 3 game final petang. Malam ni 2 game final." jelas aku. Malaysia ramai yang layak ke final. "saya tolong jagakan Riana sementara. Nanti kalau dah selesai Coach dengan yang lain datang hospital." tambah aku lagi.

  "ha baiklah. Nanti ape ape informkan dekat saya." balas coach. Aku mengangguk. Aku mengambil beg sandang aku. Kacik je beg tu. Muat utk baju silat. Aku naik ke atas ambulance.

  Riana diusung masuk ke wad kecemasan. Aku rasa Thailand tu letak besi kot dekat tangan dia. Sampai berdarah muka Riana ni. Alahai. Tk comel dah budak ni nanti.

  Aku menunggu di luar bilik. Menunggu doktor yang selesaikan Riana. Hampir 30 minit lepas tu doktor keluar.

  "Doktor, kawan saya okay ke?" soal aku. Tak ada la risau mana. Tapi sakit tu kalau aku yang kat tempat dia.

  "kawan kamu okay je. Cuma bahagian atas mata kanannya terkoyak sedikit. Jadi kena 2 kali jahitan." jelas doktor tu. Mesti readers pelik an. Apehal doktor Korea cakap melayu? 😂

  Weh gile ke? Author bukan pandai cakap korea. Setakat aniongsayo sayo tu reti la. Haha anggap la yang ni translate ye. Maafkan author.

  Nurse menunjukkan aku bilik Rania. Aku melangkah masuk dan terus duduk di kerusi yang disediakan.

  "haih kau ni la. Kena tumbuk terus pengsan. Tapi tak pe aku faham. Haha." kata aku seolah olah sedang bercakap dengan Riana. Dia masih nyenyak atas katil tu.

  Lama aku memandang dia. Tiba tiba iPhone aku berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

  "Hello coach." kata aku setelah menjawab panggilan tersebut.

  "macam mana Riana? Dia okay?" soal coach.

  "oh dia. Dia okay je. Cuma bahagian atas mata kanan dia kena 2 kali jahitan. Doktor kata bahagian tu terkoyak sikit." jelas aku.

  "oh. Riana dah bangun ke?" soal Rafiq. Aku rasa coach ni bukak loud speaker ni. Tiba tiba suara Rafiq ni sebuk dah kenapa.

  "Belum. Dia tak bangun dari tadi lagi." jelas aku. Aku melihat jam. Jam menunjukkan tepat pukul 1 tengahari.

  "ada game lagi ke coach?" soal aku.

  "ada. Last utk pagi ni. Game Nurul." jelas coach.

  "oh. Okay. Goodluck Nurul!! Buat yang terbaik okayy!" ucap aku. Nurul mengucapkan terima kasih dan panggilan di matikan. Haih aku da lapar la pulak.

  Aku tengok Riana. Masih lagi tak terjaga. Lama aku pandang dia. Sampai la aku sedar yang aku ni lapar. Aku decide nak turun bawah sbb nak beli makanan. Jadi aku melangkah pergi.

 
Power kan Riana? Haha. Tapi tu la lepas kena tumbuk boleh pulak pengsan. Baru kena dengan perempuan tu. Belum kena dengan lelaki lagi. Haih. Riana Riana. Amacam chapter kali ni? Bole la kan? Maaf kalau kurang.

  Jangan lupe vote and comment okay!!💕

 

Cinta Hanya Sementara✅Where stories live. Discover now