CHS 18

1.5K 61 0
                                    


  Riana pov...

  Hishh ni mesti sebab semalam ni. Aduh. Bodohnya kau Riana. Kau pergi kiss dia buat ape? Menang menempah maut betul lah. Awal sangat nak confess.

  Aku melihat Fatin dan Rafiq menuju ke arah media. Hurm. Hati aku salah ni. Aku tak sepatutnya suka perempuan. Tapi.. Kenapa aku macam ni? Aku tak mintak pun benda ni. Fatin tu pun terang terang anggap aku biasa je. Aku je la yang beria.

  Aku membuka phone milik aku. Haih. Kenapa weh? Sakit hati aku. Sakit sangat. Bila dia tolak aku semalam. Tapi kalau fikir balik. Aku pun salah. Tak patut jugak aku terus kiss dia.

  "oi, Riana. Kau okay tak ni? Aku tengok dari tadi menung. Dah kenapa?" soal Nurul menghentikan lamunan aku.

  "tak ada ape la, Nurul. Aku okay je. Mana yang lain?" balas aku. Cuba mengubah topik. Nanti kantoi. Lagi teruk.

  "diorang ade je dekat sane." kata Narul sambil menunjukkan kedudukan teammate aku yang lain. Aku aku 'ohh' kan je.

  SKIPPP......

  Acara penyampaian hadiah dan majlis penutup sudah selesai. Kami melangkah ke bilik dan mengambil barang barang kami. Aku tengok dari tadi ramai yang pergi bergambar dengan Fatin. Hm busy betul dia. Ye la. Rezeki dia dapat pesilat terbaik.

  Malaysia dapat 10 emas, 6 gangsa dan 4 perak. Aku tangok Fatin ni happy je. Hm nasib la Riana.

  Fatin pov..

  Selepas menangkap gambar bersama beberapa orang dari team Negara Singapore, mata aku mula meliar kembali. Haih. Mane Si Riana ni.

  Dari tadi aku cari dia tak nampak nampak ni. Mane pergi budak ni. Haih.

  Aku mula melangkah mencari Riana.

  "weh Nurul. Riana mane?" soal aku. Kebetulan jumpe Nurul dengan team aku yang lain tapi tak nampak Riana ni.

  "dia pergi bilik balik tadi sebab ada barang tinggal." jelas Nurul. Aku hanya mengangguk. Terus langkah aku menuju ke bilik.

  "hish! What do you want from me?!!" jerit satu suara. Jap. Macam kenal suara tu. Aku melangkah dengan lebih laju mengikut suara yang aku dengar tadi.

  "can you just shut the fuck up?! Give me some-"

  "what happen bro?" aku mencelah. Lelaki tadi terdiam nampak aku. Tengok dari cara pemakaian aku nampak yang dia ni pun atlet silat. Sebab dia pakai seluar silat. Negara mana aku pun tak tahu.

  "just mind your own business girl. If you don't want get hurt. Just mind your fucking business." balas lelaki itu. Huish ayat. Mencarut carut ye. Sape ajar ni? Heh. Takut betul.

  "hm yeah. I will. But.. Why did you disturb my friend's business?" balas aku. Muka dia nampak bengang. Dia menghampiri aku dan menghalakan jari telunjuk kanannye kepada aku

  "hey! I told you just now to just mind your fucking business! Why y-" belum sempat aku dengar dia membebel tangan kanan dia aku kepakkan. Heh. Bising sia kau. Boleh senyap tak? Ceh. Aku pusingkan tangan dia ke belakang dia dan aku terus menendang dia dari belakang.

"so.. Just mind your fucking business." kata aku sebelum beredar. Tangan Riana aku tarik laju.

  "a-aku nk pergi bilik" kata Riana.

  "tau." balas aku. Tangan dia masih aku tarik. Aku tak pandang dia pun. Sampai lah kami sampai di bilik.

  "weh lepas la tangan aku. Sakit la!" kata Riana. Aku tak sedar tangan dia aku genggam kuat. Pantas tangan dia aku lepaskan.

  "kenapa kau jalan pergi bilik sorang sorang? Kenapa tak ajak Nurul ke sape sape ke? Kalau apa apa jadi dekat kau tadi macam mana? Kau buat aku risau tau tak?" balas aku. Nada aku agak tinggi. Dalam kepala otak aku sekarang ni tengah fikir pasal keselamatan dia je.

"kau nak risau pasal aku kenapa?! Pergi la tangkap gambar dengan sape sape tu?! Pergi la.. Kau kan busy. Pesilat terbaik kan. Tak payah la risau pasal aku!" aku jadi terdiam. Eh kejap. Jeles ke apa budak ni. Obvious gile. Haha.

  Kami terdiam dan aku tergelak sikit.

"kenapa kau gelak? Ada nampak aku buat lawak ke?!" marah Riana lagi. Mata dia nampak berair. Hm. Aku pantas memeluknya. Dia cuba menolak tapi tu la kudrat aku kuat lagi.

  "dah. Jangan nangis. Macam mana aku tak risau pasal kau? Kau dari tadi hilang. Lama aku cari kau tak jumpe. Tadi tanya Nurul. Baru dia cakap kau balik bilik. Tiba tiba tadi aku nak jalan pergi bilik kau entah kenapa dengan mamat tu. Sorry." kata aku sambil memeluknya. Aku dapat dengar suara Riana menangis. Mungkin takut kot pasal laki tadi.

"sekarng ni kau ambik barang kau yang tertinggal tu. Aku tunggu dekat luar. Okay? Dah jangan nangis." kata aku lagi sambil menyeka air mata yang mengalir. Riana hanya mengangguk.

  Kami berjalan kembali ke hall.

  "okay semua dah ada? Jom kita tangkap gambar, lepas tu kita dah kena naik flight." kata coach. Semua akur dengan arahan coach. Setelah selesai kami mula bergerak ke bas yang disediakan.

  "Fatin? Can we take some pictures?" sapa seseorang.

  "ha.. Haa.. Okay" balas aku. Aduh awkwardnya. Semua mata mata teammate aku melihat ke arah aku.

  "ceh. Dah jadi artis ke apa?hahah"

  "coach tengok la tu coach, anak buah kesayangan coach dah popular."

  Aku yang dengar diorang bising bising mengumpat aku ni sabar je la. Selepas selesai, perempuan tadi mengucapkan terima kasih. Aku hnya mengangguk dan tersenyum. Team aku yang lain dah gelak gelak dah atas bas tu. Ey diorang ni la.

  Aku mengambil tempat duduk di sebelah Riana. Perjalanan tempat perlawanan dengan Airport tak jauh. Dalam setengah jam jugak la.

  Aku memakai earphone dan membuka lagu sekuatnya. Tangan Riana tiba tiba memegang tangan kiri aku. Dia juga menyandarkan kepalanya ke bahu kiri aku. Aku memandangnya. Dia hanya diam. Aku pun biarkan je la. Tak kan nak halang pulak. Aku pun selesa kalau macam ni.

  Sampai di Airport, kami terus berjalan dan naik flight. Dekat flight pun aku duduk sebelah sebelah dengan Riana.

  "asal kau tak ada boyfriend eh?" soal Riana rendom. Aku terkejut dengan soalan dia.

  "kenapa tiba tiba tanya?" balas aku dengan soalan juga.

  "tak ada la. Saje." kata Riana.

  "heh. Aku memang tak ada. Malas cari." simple je jawapan aku. Tapi sebenarnya menyimpan 1000 maksud. Pepandai la faham sendiri Riana oi. Riana hanya 'ohh' je.

  Kami dua dua terdiam. Sampai la Riana tertido. Lama aku fikir pasal apa yang dah jadi. Hati aku jadi sakit. Aku tak boleh macam ni. Hm.

  Aku tahu. Lepas sahaja kami sampai di Airport malaysia nanti, semua akan berpisah balik ke negeri masing masing. Sedih pun ada. Tapi itu la yang selalu berlaku kalau ada team dari negeri lain lain.

  Aku menarik nafas dalam dan melepaskannya. Apa nak jadi, jadi la.

Cinta Hanya Sementara✅Where stories live. Discover now