CHS 13

1.5K 68 2
                                    


  Riana pov...

  Kepala aku terasa berdenyut. Sakit. Mata aku buka perlahan lahan. Hanya bilik putih yang aku lihat.

' Aduh kepala aku' aku memegang kepala aku. Tiba tiba pintu dibuka dari luar. Satu susuk tubuh perempuan berjalan masuk menghampiri aku.

  "kau dah bangun?" soal suara tu. Tu.. Suara fatin. Dia mambantu aku untuk duduk.

  "sakit lagi kepala?? Kau nak makan tak? Aku baru je beli makanan korea ni. Tak tahu la ape benda tapi halal la. Jangan risau. Aku pun lapar dah ni. Tak tahu la rasa dia macam mana sebab ye la aku first time makan korea ni. So makan je la eh. Tadi aku turun bawah beli dekat tempat yang ada tulis halal. So dah confirm halal." kata Fatin sambil membuka bungkusan makanan.

  Aku tergelak melihat Fatin.

"Asal kau gelak? Dia hit kepala kau kuat sangat ke sampai tak betul ni?" kata Fatin lagi. Ah sudah. Mesti dia ingat aku gila.

  "mane ade la. Aku okay." balas aku.

  "dah tu kenapa kau gelak tiba tiba?" soal Fatin lagi.

  "haha. Bukan ape. Tak sangka kau banyak cakap macam ni. Ni membebel ni mesti kuat kan?" jelas aku.

  "haha. Mane ade la. Biasa je. Aku akan jadi banyak cakap kalau aku dah selesa dengan seseorang." balas Fatin.

  "so kiranya kau dah selesa la ni dengan aku?" sakat aku. Saja menguji Fatin ni macam mana. Tak ada la kerek mana pun dia ni. Biasa je.

  "maybe" balasnya singkat sambil bahu diangkat tanda tak tahu.

  "kau lapar ke tak ni?" soal Fatin setelah kami senyap untuk seketika.

  "lapar weh." jelas aku. Ye la. Lepas game tadi terus pengsan. Lepas tu tak makan ape ape lagi pulak tu.

  "nah" Fatin menghulurkan sudu yang berisi makanan di atasnya. Aku dah buat muka hairan. Dia nak suap aku ke ape?

  "buka je la mulut tu. Orang nak suapkan pun berkira. Hey dengan aku jangan jual mahal sangat." tambah Fatin lagi. Aku jadi terdiam. Mulut aku buka. Membenarkan makanan itu masuk ke dalam mulut aku.

  "kau masih tak kenal aku macam mana lagi. Perangai aku masih jauh lagi berbeza kalau kau kenal aku lebih lagi. Kalau kau rasa aku kerek tu. Maaf la. Kau bukan orang pertama yang bagi aku gelaran kerek tu. Ramai dah cakap. Rafiq pun masa mula mula kenal dulu kami memang kuat gaduh pun. Dia pun cakap aku minah kerek. Tapi sebenarnya aku jauh lagi berbeza dari tu. " jelas Fatin. Aku hanya diam.

" kau rapat eh dengan Rafiq tu. Padahal negeri lain lain. " kata aku. Memang hubungan Fatin dengan Rafiq tu rapat sangat.

" aku kenal dia 5 tahun lepas. Satu benda yang korang semua tak tahu pasal Rafiq ni. Dia pun berhenti sekolah macam aku. Dia pun top student skolah. Tapi pilih untuk berhenti sekolah. Sebenarnya dulu aku lemah gile. Kalau fight selalunya game first je dah kalah. Tapi sejak aku kenal Rafiq, dia banyak jugak ajar aku. Sampai la aku boleh kalahkan dia. " cerita Fatin panjang lebar. Patut la dia ni pro sekarang. Banyak kali jatuh sebelum ni.

"patut la korang rapat." kata aku. Aku tak tahu nak cakap ape. Makanan masih disuapkan oleh Fatin. "weh. Aku boleh suap sendiri la. Bagi je la aku makan sendiri." tambah aku. Tak selesa aku dibuatnya. Fatin menyerahkan makanan tu kepada aku.

  Tak lama selepas itu pintu bilik di buka dari luar. Coach melangkah masuk. Yang lain pun ada.

  "Riana macam mana?" soal coach. Risau betul kalau benda teruk jadi dekat atlet negara. Ye la. Anak orang kot. Haha.

  "saya okay je coach. Sikit je." balas aku.

  "sikit tapi pengsan. Hahah." sakat Hakim.

  "so Nurul. Macam mana game?" soal Fatin.

  "alhamdulillah emas lagi untuk Malaysia." balas Nurul. Fatin mengucapkan tahniah.

  "emas lagi?" soal aku. Kali ni aku hairan. Siapa lagi yang berjaya dapat emas?

  "hm coach. Tengok la tu. Saya rasa kepala dia ni kena hit kuat sangat tadi. Sampai lupe semua." Hakim bersuara lagi. Aku tak tahu nak tunjukkan riaksi ape sekarang. Sebab aku blur abis ni.

  "kau la dapat emas gile." kata Fatin. "game tu kau menang sebab kesalahan pihak lawan." jelas Fatin. Kini memori aku berputar kembali. Haah laa.

  "haah la." kata aku. Kini satu bilik tu ketawakan aku.

  "doktor kata kamu dah boleh keluar hospital da. Sebab kecederaan tak teruk." kata coach. Jam aku lihat. Tepat menunjukkan pukul 2 petang.

  "ha kalau macam tu. Sekarang jugak la kita pergi hall balik. Petang ni game sape pulak?" soal Fatin.

  "petang ni ada 3 game. Jom la." balas coach. Kami jalan turun ke bawah dan menaiki bas menuju ke tempat perlawanan.

  Pasal bayaran tu pihak penganjur yang uruskan. So tak kacau duit kami.

  Fatin pov...

  Ahh ngantuknya. Aku tak tidur lagi ni. Haih. Jam aku lihat. Erm dah pukul 4.

  "Fatin, kamu ngantuk ke? Kalau ngantuk, kamu dengan Riana masuk la bilik dulu. Rest. Malam ni game kamu." arah coach. Aku mengangguk dan mula melangkah.

  "tunggu la." kata Riana sambil menarik lengan aku. Aku hanya membiarkan tangannya memegang lengan aku. Kini kami berjalan menuju ke bilik. Tak jauh pun bilik kami dengan tempat perlawanan.

  Pintu aku buka dan aku terus menanggalkan tudung aku. Pantas aku menghempaskan badan ke atas katil. Ahh penat.

  Aku membetulkan posisi baring aku. Riana baring disebelah aku. Aku dh tak fikir ape dah. Yang penting aku nak tido je sekarang.

  "aku nak tidur ni. Kalau ada ape ape kejut la." kata aku. Kini aku menutupkan mata aku. Keadaan aku rasa tak selesa pula. Haih. Tadi ngantuk. Sekarang tak boleh tidur pulak.

  "eh kenapa?" soal Riana selepas melihat aku asyik menukar nukar posisi baring aku.

  "haih pelik la. Tadi ngantuk sangat. Sekarang susah pulak nak tidur." jelas aku. Riana hanya mendiamkan diri. Aku mendapat satu akal. Aku memeluknya. Kepala aku diletakkan di atas bahu kirinya. Tangan kiri aku peluk dia kemas. Riana cuba menolak.

  "sekejap je. Boleh? Aku selesa macam ni. Sampai aku lelap. Nanti bila aku dah lelap kau tolak la aku sikit." pinta aku. Untuk kali ke 2 aku cakap aku selesa dengan dia ni. Ntah la perasaan apa ni. Tapi aku selesa macam ni. Riana masih diam. Lama kami macam tu. Sampai la aku terlelap.

Cinta Hanya Sementara✅Where stories live. Discover now