Fatin pov...
Aku terjaga dari lena. Bahagian kanan aku dah kosong. Hm. Riana dah bangun la tu.
"weh bangun. Asar la." kata Nurul. Aku mengeliat sebelum bangun untuk duduk.
"sekarang pukul berapa?" soal aku.
"6.00 petang. Bangun la. Kau tak solat lagi kan?" balas Nurul. Aku hanya mengangguk. Kepala aku terasa berdenyut. Pening tiba tiba. Aku memegang kepala aku.
"kenapa ni Fatin?" soal Nurul risau melihat keadaan aku.
"kepala aku sakit." jelas aku. Kepala masih aku pegang.
"kau okay tak ni? Okay la. Macam ni. Kau bangun. Mandi. Solat. Lepas tu makan ubat. Rest kejap. Nanti kau nak game ni. Aku risau." kata Nurul.
"ha ye la." aku bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Riana baru keluar. Aku mandi dan terus mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat asar.
Selepas selesai solat asar. Aku bangun dan membuka telekung. Belum sempat ingin aku melipatnya kepala aku sakit kembali dan keadaan jadi gelap.
Nurul pov...
Aku menoleh setelah mendengar sesuatu yang terjatuh. Aku lihat Fatin sudah terbaring. Riana yang dari tadi sebuk main phone dan mendengar lagu dengan earphonenya aku panggil. Aku juga mengajak teammate perempuan yang lain untuk membantu. Kami terus mendapatkan Fatin. Kami mengangkat Fatin dan diletakkan di atas katil.
Riana meletakkan belakang tangannya di dahi Fatin.
"panas weh. Fatin demam ni." kata Riana. Dia bangun dan pergi ke begnye. Riana mengambil minyak angin, panadol dan sapu tangannya.
Dia pergi ke toilet untuk membasahkan sapu tangannya dan diletakkannya di atas dahi Fatin. Fatin tergerak sedikit. Mesti kesan daripada air sapu tangan.
" Fatin kau okay tak?" soal aku. Risau la. Malam ni game dia. Final pulak tu.
"aku okay." balas Fatin dan cuba untuk menolak tangan Riana dari meletakkan sapu tangan basah di atas kepalanya. Riana tetap mahu meletakkannya.
"kau demam ni. Bia la letak tuala basah ni. Bagi reda sikit panas badan tu. Ni makan panadol ni dulu." kata Riana. Satu papan panadol dihulurkan kepada Fatin.
"tak nak la. Aku tak suka makan ubat" tolak Fatin.
"eh tak de tak de. Makan jugak. Fatin. Malam ni game kau. Jaga la badan tu. Jangan push sangat. Risau kitaorg tengok kau." kata aku pulak. Ish degil pulak Fatin ni.
"ish ye la ye la." akhirnya Fatin mengalah. Dia mengambil 2 biji panadol dan menelannya dituruti dengan air masak.
"sekarang ni kau tidur je dulu. Nanti magrib aku kejut." kata Riana. Fatin hanya mengangguk. Dia menutupkan matanya. Aku mengarahkan semua untuk buat hal masing masing supaya tak kacau Fatin nak rest.
Riana pov...
Aku mengambil phone aku dan duduk di sebelah Fatin. Aku menyandarkan badan aku pada kepala katil. Aku melihat Fatin yang tidur nyenyak di bahagian kiri aku. Aku hanya berharap dia okay.
Fatin tiba tiba menarik tangan kiri aku dan dibawanya masuk ke bawah selimut. Mungkin niat dia tak nak ada orang nampak. Dia genggam tangan aku erat. Sejuk tangan dia ni. Haih risau aku. Aku hanya membiarkan. Mungkin itu yang membuatkannya selesa.
Setelah azan magrib berkumandang aku mengejut Fatin yang masih tidur. Tangan aku masih dia pegang.
"Fatin. Bangun weh. Dah magrib. Solat jom" kejut aku sambil menggerakkan sedikit badannya. Dia bangun dan mengeliat sedikit. "macam mana rasa badan? Okay dh?" soal aku.
Dia hanya mengangguk. Belakang tangan kanan aku halakan ke arah tengkuknya. Masih panas. Tapi kurang sikit berbanding yang tadi.
"fatin kau..."
"aku okay. Jangan risau." potong Fatin. Suara dia agak dingin. Dia bangun dan menuju ke bilik air. Kami semua solat magrib dan melangkah keluar dari bilik utk pergi ke hall. Lelaki pun ikut sekali. Coach suruh pergi hall sama sama.
Fatin pov...
"weh aku dah tak sabar weh malam ni. Game aku! Aku akan pastikan aku menang!" kata Rafiq. Jelas kedengaran excited dekat suara dia tu.
"kau Fatin? Ape cite? Jom fight la. Sape dapat emas dia menang." kata Rafiq. Aku memandangnya sinis.
"kau ingat aku boleh kalah ke? Ni Fatin la." balas aku. Walaupun kepala aku agak sakit lagi.
"eh kau kenapa ni? Demam ke?" soal Rafiq sambil tangannya dihalakan ke atas kepala aku.
"weh panas kepala kau ni. Aku bagi tau coach eh" kata Rafiq.
"tak payah la. Aku okay je la. Boleh lawan lagi la. Aku akan pastikan aku menang." balas aku. Rimas pulak rasanya macam ni.
"ape ape pun coach kena tahu." balas Rafiq lagi. Aku dh mula malas nk ambil tahu. Kami teruskan berjalan sampai ke hall. Aku masih diam.
"aku nak ambik mood kejap kat luar." kata aku setelah memastikan jam baru sahja menunjukkan pukul 8. Game kami bermula pukul 9. Jadi sempat kalau aku nak pergi ambil mood dulu. Sepanjang perjalanan aku. Kepala aku sakit. Kadang kadang rasa terhuyung hayang. Aku berhenti dari berjalan dan memegang kepala aku.
"kan aku dah cakap. Kau sakit lagi." kata satu suara. Riana.
"ish aku cakap aku okay. Aku okay la!" lantang suara aku keluar. Aku tak tahu kenapa aku macm ni. Yang aku tahu aku kena okay. Sebab game malam ni game besar bagi aku. Riana terdiam. Lama juga kami terdiam.
"sorry.. Aku tak ber-...." belum sempat aku habiskan kata kata aku, Riana memeluk aku erat.
"buat yang terbaik malam ni. Tapi jangan sampai kau sakit. Aku tak suka tengok kau sakit. Masa kau terbaring atas katil tadi oun aku tak suka tengok kau macam tu. Kalau kau betul betul okay. Buktikan dekat aku yang kau boleh menang game malam ni. Jangan putus asa. Aku ada bagi semangat. Dan jangan terlalu push diri juga. Sebab kau akan tahu risiko dia ape. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Goodluck. And. Aku sayang kau. " Riana berkata sambil memeluk aku. Dia melepaskan pelukan dan berlalu pergi masuk ke hall.
'haishh. Aku salah cakap la ni. Aku tak bermaksud nak tengking dia tadi.' aku berkata seorang diri. Nafas aku ambil. Mencari mood aku kembali. Cuba melupakan sakit kepala ni.
Aku dah ready! Aku dah ready nak menang game malam ni!! Tengok la nanti. Aku akan fight. Fight dengan pihak lawan. And aku akan fight dengan diri aku sendiri! Aku akan buktikan yang aku boleh!
Hati aku mula membara. Semangat aku dah mencapai tahap maksimum. Aku tahu siapa yang bakal aku hadapi. And dia pun dari Thailand. Aku akan tebus apa yang Riana kena. Tengok la nanti!!!!
Okay la semua readers. Enjoy okay this capture! Author dah ngantuk la. Nak tido. Nak bagi dapat idea untuk next. Goodnight semuaa!! Bye!!
Jangan lupa vote and comment!! 💕
YOU ARE READING
Cinta Hanya Sementara✅
Romance"Tak sangka hanya dengan 2 bulan perkenalan aku boleh jatuh cinta dengan dia.. Tp dia perempuan!!" Boleh ke jatuh cinta dengan perempuan doh??