Rafiq pov...
Aku melangkah masuk ke dalam gelanggang. Aku sengih je pandang enemy. Saja nk psycho.
Tengok la. Kau pun aku akan K.O kan kau sama macam Fatin buat. Aku berjumpe dengan negara Singapura. Heh.
Kami bersalaman dan mengambil tempat masing masing. Aku nampk kaki kanan dia macam terhinjut hinjut. Haih sakit kaki ke bang? Meh sini la bagi lagi sakit.
Dia menghampiri aku. Nafas aku ambil. Kaki kiri dia cuba menyepak aku. Tapi dengan pantas aku membuat sapuan. Dan dengan itu juga dia terjatuh sebab kaki kanannye terkena sapuan aku.
Buat readers yang tak tahu sapuan tu apa. Boleh tengok vid ni ye. Maaf. Haha.
Kaki dia mungkin terkepak sedikit bila terkena sapuan aku. Mungkin kaki dia sebelum ni dah memang terseliuh kot. Tambah pulak kena dengan sapuan aku. Lagi sakit.Dia mengerang kesakitan. Aku cuba untuk menghampirinya dan membantu. Tetapi wasit menghalang aku dan meminta aku menunggu di sudut gelanggang. Aku hanya akur.
Salah aku ke? Haih. Tak best la kalau dia tarik diri.
Medic menghampirinya. Aku hanya memerhati dari jauh. Setelah itu, aku memandang rakan rakan sepasukan aku.
"ceh Rafiq. Baru satu serangan! Hahah" jerit Hakim. Satu team aku tergelak. Aku hanya membuat muka tak tahu. Aku melihat medic membantu pihak lawan. Medic menghampiri wasit dan memberi tahu sesuatu.
Wasit memanggil aku untuk masuk kembali ke dalam gelanggang. Keputusan diumumkan dan aku mendapat kemenangan teknik. Eh senang betul menang macam ni. Rupanya abang Philippine tu memang injured kaki dia. And aku buatkan kaki dia patah. Lol. Sian pulak.
Aku keluar dari gelanggang dan terus menuju ke arah lawan aku yang berada di atas katil ambulance.
"are you okay? I'm sorry about this" kata aku. Ceh speaking sikit boleh kan.
"it's okay. Nice game. See you leter" balasnya. Kami bersalaman dan aku mengikutnya sampai ke ambulance.
Setelah itu, aku melangkah menuju ke arah pasukan aku.
"senang betul kau menang ye? Hahah" tegur Fatin. Aku duduk sebelah dia.
"muka kau pucat ni weh. Kau okay tak ni?" soal aku. Risau aku tengok Fatin ni. Muka dia memang pucat.
"hey. Ni Fatin la. Aku okay. Hahah" balas Fatin.
"okay la. Semua boleh balik bilik masing masing. Rest okay. Fatin dengan Rafiq, media nak interview kamu berdua tapi saya cakap dekat diorang untuk beri masa kamu rest untuk malam ni. Esok baru boleh kalau nak interview. Fatin, budak Thailand yang jumpe tu tadi patah tangan kiri dengan rusuk kiri. Tak sangka back kick kamu padu. " kata coach yang baru tiba.
"patah coach? Auchh" kata Hakim dengan riak terkejut. Aku dan Fatin hanya mengangguk. Aku rasa Fatin memang saja sakitkan rusuk kiri minah tu. Sebab aku pun perasan yang minah Thailand tadi asyik pengang rusuk kiri dia.
" nanti mandi lepas tu makan ubat sebelum tidur. Okay? "kata aku. Haih. Susah kalau Fatin ni demam. Dia ni jarang demam. Tapi kalau sekali demam. Memang demam betul.
" baik la boss. Nanti saya buat apa yang boss suruh. "balas Fatin masih dengan nada gurauannya. Dia ni suka fake.
"oh ya lagi satu. Nanti cuci luka sebelum tido. Riana pun." tambah aku lagi. Nampak tak captain yang caring dekat situ.
Fatin dengan Riana mengangguk. Kami berjalan sekali menuju ke bilik.
Fatin pov...
Sampai di bilik mereka semua membuat hal masing masing. Mata aku kini tertacap pada Riana. Aku tak tahu nak cakap ape. Lepas apa yang jadi tadi aku terus rasa tak selesa.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Bahagian muka paling aku jaga. Sakit woo kena air.
Selepas selesai Riana tiba tiba memanggil aku duduk di depannya. Aku hanya akur. Satu suara pun tak terkeluar dari mulut aku. Riana membuka peti kecemasan dan membantu aku membersihkan luka. Aku melihat kapas yang menutupi bahagian atas matanya. Kapas baru. Mungkin Nauru yang membantunya.
Aku melihat sekeliling. Ada yang dah dibuai mimpi lena. Ada yang masih melihat phone. Selepas selesai membersihkan luka aku, Riana memberikan aku 2 biji panadol.
"ba-banyaknya." kata aku. Sejujrnya aku tak suka makan ubat.
"makan je la. Jangan nak mengada." Riana meletakkan 2 biji panadol ke atas tangan aku. Aku hanya akur. Hm nasib la Fatin. Aku baring di tempat tidur aku. Riana memang dari first day kitaorang, dia tidur sebelah aku.
Dia membantu aku untuk barinv dan menyelimutkan aku.
" aku boleh buat sendiri." kata aku. Kali aku tak selesa. Sebab perkara yang berlaku tadi masih meliar di dalam kepala aku.
Riana hanya diam. Dia pun baring disebelah aku.
"sorry. Aku tak berniat nak buat macam tu." kata Riana dan terus baring membelakangi aku. Aku hanya terdiam. Keadaan kami masa ni sangat lah awkward. Aku hanya membiarkan Riana.
Aku baring sampai lah aku tidur.
YOU ARE READING
Cinta Hanya Sementara✅
Romance"Tak sangka hanya dengan 2 bulan perkenalan aku boleh jatuh cinta dengan dia.. Tp dia perempuan!!" Boleh ke jatuh cinta dengan perempuan doh??