CHS 20

1.5K 62 0
                                    

  1 tahun kemudian...

  Aku melangkah keluar dari bilik doktor. Cepat betul masa berlalu.

  Satu susuk tubuh berjalan melintasi aku. Eh kejap. Macam kenal.

  "Riana? Kau buat ape dekat sini?" soal aku. Riana memandang aku. Riak wajah dia agak hairan.

  "Fatin? Oh haha. Wah. Tak sangka kita jumpe dekat sini. Oh. Aku melawat cousin aku. Kau pula? Buat apa dekat sini? " balas Riana.

  "oh aku. Er. Aku melawat kawan aku. Dia accident last week. Ni aku datang melawat dia." tipu sunat tak apa kan? Hehe. Maaf Riana.

  Riana hanya mengangguk.

  "er kalau tak ada apa apa, aku balik dulu la ye? Bai" kata aku lagi setelah kami lama terdiam.

  "er Fatin. Why not kita pergi minum dulu?" ajak Riana.

  "haa. Eem.. Okay. Jom." balas aku. Kami berjalan menuju ke cafe di lobi utama.

  "so dengar cerita kau dah berhenti sukan? Kenapa?" soal Riana setelah kami mengambil tempat. Soalan dia buatkan aku agak terkejut.

  "oh. Haha. Aku nak fokus pada kerja. Papa suruh aku tolong abang uruskan syarikat. So aku pilih nak stop sukan." terang aku. Kali ni aku jujur separuh, tipu separuh. Tak pe kan?

  "oh macam tu. Pasal kau je dah kecoh dekat media. Coach ada cakap ape ape ke dekat kau bila kau cakap nak stop sukan?" soal Riana. Aku hanya tersenyum. Teringat riaksi coach bila aku cakap aku nak stop. Nampak la riak wajah dia yang terkejut tu. Tapi dia faham.

  "oh. Dia terkejut jugak la masa aku cakap aku nak stop tu. Tapi bila aku terangkan balik baru dia faham and dia terima keputusan aku. Kau pulak? Masih teruskan ke silat?" soal aku pula.

  "oh tak. Aku sekarang fokus belajar. Masih la main silat tapi kalau join competition tu tak ada la lagi." terang Riana. Setahun dah berlalu. Macam macam dah aku lalui sepanjang setahun ni. Tiba tiba jumpe balik dengan Riana ni. Haih nasib la.

  "kau masih gune nombor yang same ke?" soal aku.

  "haah. Tak tukar number pun. Lama eh tak dengar khabar pasal aku. Tengok insta semua senyap. Busy betul kerja sampai tak aktif insta da." kata Riana. Aku tergelak sikit. Ye la. Betul la tu. Aku memang dah jarang bukak semua benda tu. Terlalu fokus dengan kerja? Boleh la. Tak ada la busy sangat sebenarnya. Ada benda lain yang aku kena fokuskan lebih berbanding kerja aku tu.

"oh macam tu. Okay la Fatin. I need to go la. Ade hal. Erm apa apa whatsapp je okay. Bye" kata Riana dan dia berlalu pergi.

  Aku masih duduk. Air aku teguk. Termenung sekejap aku memikirkan keadaan aku dan apa yang akan terjadi. Kenapa aku boleh terserempak dengan Riana ni? Haih. Hati aku masih ada perasaan dekat dia ke? Macam ye.

  Aku tak boleh nak nafikan perasaan aku. Memang aku jatuh cinta dengan Riana. Sejak dari aku kenal dia lagi. Tapi. Benda ni salah. Aku tak sepatutnya ada perasaan ni. Aku dapat rasakan dia pun ada rasa yang sama macam aku. Tapi perasaan ni tak akan pernah berakhir dengan kegembiraan. Hukum hakam agama pun melarang.

  Aku tak nak Riana lagi kecewa. Lagi lagi dengan perkara yang akan terjadi. Maafkan aku Riana. Maafkan aku untuk kali ke berapa pun aku tak tahulah.

  Kereta aku pandu meninggalkan perkarangan hospital. Kini destinasi aku hanyalah rumah papa. Aku nak rest. Ngantuk dah ni.

  "macam mana appointment?" soal Amira selepas sahaja aku masuk ke dalam rumah.

  "macam tu je la. Biasa je." balas aku. Tak nak cakap banyak. Biar je la aku sendiri simpan.

  Amira pov...

  Fatin berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya. Aku dapat rasakan yang tak kena dengan dia. Ahh ikut je la dia naik.

  "akak ada benda nak cerita dekat Mira ke?" soal aku yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Dia dah baring atas katil.

  "cerita apa? Tak ada benda nk cerita pun." balas Fatin.

  "tipu. Cepat la cerita. Kak. Akak boleh tipu abang dengan papa tapi bukan adik. Adik kenal akak macam mane. Cepat cerita." paksa aku. Aku tak kira aku nak tahu juga kenapa dengan dia ni.

  "hish. Ye la ye la. Tadi akak jumpe Riana." terang Fatin.

  "okay. Then? Takkan la itu je." balas aku. Eh dia ni. Cerita separuh separuh pulak.

  "itu je la. Kami pergi minum kejap. Lepas tu borak borak. Tak ada apa yang menarik pun." balas Fatin.

  "dia tahu ke kenapa akak ada dekat hospital tu?" soal aku. Fatin hanya menggeleng. Hm. Mula la buat perangai acah okay dia tuh.

  "kenapa akak tak terus terang je dengan Riana tu? Kan senang. Daripada akak simpan. Buat dia tertanya tanya. Buat dia menunggu. Baik aku jelaskan semuanya." kata aku. Ni la aku bengang dengan akak aku ni. Kenapa perlu rahsiakan tentang perasaan sendiri. Ye. Memang masa mula mula akak cerita dekat aku. Aku terkejut and hampir tak boleh accept. Tpi bila akak terangkan betul betul and aku fikir fikir balik semua ni bukan salah akak pun. And bukan salah Riana tu jugak.

  "susah Amira. Akak takut dia sakit lagi. Cukup la dah 2 kali akak tolak dia. And memang pun akak tolak. Sebab bercanggah dengan agama. Akak suka dia. Tapi sebanyak mana pun rasa suka akak dekat dia. Semua ni tak akan pernah berakhir dengan kegembiraan. Akak hanya berharap dia jumpe dengan orang yang boleh jaga dia betul betul. " balas Fatin panjang lebar. Aku melepaskan nafas berat.

"erm ye la. Betul la tu. Mira tak nafikan yang semua ni dosa. Tapi mira nak tanya akak. Sampai bila nak biarkan dia yang terseksa? Terus terang lah akak. And terus terang pasal diri akak. Kenapa dengan akak. And apa yang terjadi selama 1 tahun ni." kata aku. Aku kesian tengok akak aku. Banyak dah dia hadap. Sepanjang setahun ni. Air mata je selalu aku nampak dekat muka dia. Cukup la. Aku sendiri tengok dia sengsara.

  Fatin memeluk aku erat. Hm. Kini dia menangis. Ini yang paling sakit bagi aku. Tabah la akak. Semua ada hikmah. Aku menggosok belakang kakak cuba menenangkannya.

 

Cinta Hanya Sementara✅Where stories live. Discover now