CHS 23

1.4K 58 1
                                    

  Fatin pov...

  Selepas selesai solat asar, aku menuju ke arah beg aku. Plastik ubat aku keluarkan. Amira bagi amaran dekat aku. Kalau aku tak makan ubat, dia bagi tahu Riana perkara sebenar. Hm. Nasib la kau Fatin. Setelah memastikan Riana di dalam bilik air. Aku cepat cepat makan ubat tu. Ewuuu tak sedap dohh.

  "kak, kita nak pergi mana petang ni?"soal Amira. Nada suara dia jelas terdengar excited. Haha.

" akak ikut kamu je." balas aku. Aku ni sebenarnya tak kesah nak pergi mana ke apa ke. Asalkan aku ada dengan diorang ni.

" okay la kak. Petang ni kita pergi blablabla.... Pastu esok kita pergi blablabla.." suara Amira makin hilang dari telinga aku. Aku hanya memandangnya dan hanya tersenyum. Haih. Mira Mira. Jaga diri kau nanti.

  Hari tu kami habiskan banyak masa kami di luar. Haa macam biasa la aku jadi driver diorang ni. Nak suruh Mira bawak dia ni lesen motor je ada. Lesen kereta tak ambil lagi. Kami pergi ke beberapa tempat yang cantik untuk tangkap gambar. Setiap detik dan setiap saat aku hargai dan nikmati sepenuhnya. Ini la benda yang aku nak sangat buat sebelum aku pergi. Semua gelak tawa ni aku hargai. Biarlah aku sorang je tanggung. Aku tak nak bebankan orang lain.

  Percutian 3 hari 2 malam yang sangat bermakna bagi aku. Aku suka macam ni. Habiskan masa dengan adik aku dan orang yang aku sayang.

  Skip...

  Aku menghantar Riana ke rumahnya. Ye la masa mula mula pergi pun naik 1 kereta je. Amira dah tertido dah dekat seat belakang. Aku membantu Riana mengangkat beg baju nye ke dalam rumah. Setelah selesai aku mula melangkah ke arah kereta aku semula.

  Riana memeluk aku dari belakang. Aku cuba menolakkan tetapi dia tetap menahan.

  "kenapa ni?" soal aku hairan. Kenapa dengan dia ni? Aku memusingkan badan menghadapnya. Dia menolak aku jatuh ke atas sofa. Aik. Dah kenapa?

  Dia duduk di atas perut aku. Ya Allah Riana jangan uji aku macam ni please. Tangan aku kedua duanya dia pegang dan letakkan di atas sofa bahagian atas kepala aku. Aku agak terkejut.

  Dia merapatkan mukanya dengan muka aku. Aku cuba melawan dia supaya tangan dia melepaskan tangan aku. Tapi aku tak tahu kenapa kali ni kekuatan dia lebih dari aku. Mungkin sebab aku penat bawak kereta sepanjang perjalanan. Aku cuba tapi tak boleh.

  Dia mencium aku tepat di bibir. Again?

  "Riana please. Ja-jangan macam ni." aku tak tahu apa yang merasuk Riana masa ni sebab dia tetap meneruskan perbuatannya. Dia mencium aku dan memaksa aku. Semakin aku cuba untuk melawan, semakin tu juga dia kuat menahan. Dalam hati aku dah beristigfar banyak banyak. Tidak mahu hati melayan nafsu.

  "Riana. Cukup. Stop." kali ni nada aku agak tinggi. Baru dia berhenti dan bangun. Aku mengelap mulut aku. Aku faham sangat rasa sakit ni.

  "kenapa kau tak pernah bukak hati kau untuk aku?! Kenapa Fatin? Ni dah kali ke 3 kau tolak aku. Kenapa kau masih menolak aku, Fatin?! Setahun tahu tak?! Setahun aku cuba lupakan kau! Setahun ni jugak aku menderita! Kenapa kau jahat sangat buat aku macam ni?! Sejak dari first aku kenal kau lagi aku dah suka kau! Kita habiskan masa banyak sama sama! Aku sukakan kau tapi kenapa kau tak pernah bagi ruang dekat hati kau tu untuk aku?! " Riana mengungkapkan kata kata dia. Aku tau. Mesti dah lama dia pendam ni. Aku bangun dari duduk. Hati aku pun sakit.

"kenapa kau muncul dalam hidup aku balik ha?! Kau ingat senang ke?! Kau buatkan aku tak boleh lupakan kau! Kau-" kata kata dia aku potong.

  "apa lagi Riana?! Iye memang aku tak guna pun! Aku tak mintak pun yang kau sukakan aku. And siapa kata aku tak pernah bukak hati aku untuk kau?! Kalau kau nak tahu hati aku ni hanya ada kau je! Setahun ni aku menderita fikirkan pasal semua ni! Kau ingat kau sorang je ke?! Aku cintakan kau! Tapi ak fikir. Agama tak menghalalkan! Nabi tak mengaku umat kau tahu tak?! Aku tak salahkan kau. Ada hikmah kenapa Allah hadirkan perasaan macam ni. Ni ujian untuk kita. Thats why aku tak nak balas ciuman kau! Aku jahat. Ye aku tahu! Memang pun! So lepas ni kau lupakan je la aku! " aku dah tak mampu tahan. Aku keluar dari rumah dia dan terus memasuki kereta. Riana hanya diam. Air mata aku dah mengalir tapi sedaya upaya aku tahan sebab aku tak nak Amira nampak.

  Kereta aku pandu balik ke rumah. Aku mengelap air mata aku yang mengalir. Amira yang dari tadi tidur dekat seat belakang aku kejut. Kami bangun dan melangkah memasuki rumah. Aku penat. Penat lawan perasaan aku sendiri.

  Amira pov...

  Aku dengar semuanya. Aku dengar akak gaduh dengan kak Riana. Aku diam. Jelas pertengkaran diorang tu aku dengar. Sepanjang perjalanan aku buat buat tidur. Suara akak nangis aku dengar jelas. Dia sedaya upaya menahan. Mungkin tidak mahu aku sedar yang dia nangis. Sampai di rumah akak mengejutkan aku. Aku bangun dan melangkah masuk ke rumah. Fatin terus melangkah naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya.

  Aku juga naik ke atas. Lalu sahaja depan pintu bilik kakak, aku dapat dengar dia menangis. Sekali lagi hancur hati aku. Kakak aku ni jarang jatuh cinta. Tapi aku tak sangka sampai macam ni sekali. Tabah la kak. Aku melangkah masuk ke dalam bilik aku. Badan aku pun agak penat. Aku baring di atas katil. Tau tau je aku dah terlelap.

  Skip..

  Amira pov...

  Aku terjaga dari lena. Jam aku lihat. Huh? Baru pukul 3 pagi? Kenapa pulak aku terjaga time time ni? Hum. Aku bangun dan pergi bilik air ambil air sembahyang.

  Aku menunaikan solat tahajut dan solat hajat. Aku banyak berdoa supaya kakak sihat dan dapat lupakan semua sakit dia. Aku nak tengok akak happy.

  Selepas selesai, aku membuka telekung dan melangkah ke bilik kakak. Pintu biliknya aku buka perlahan. Aku lihat dia terbaring di atas sejadah sambil memeluk Al-Quran.

  Aku menghampirinya. Hm. Nak tidur pun jangan la dekat sini. Badannya aku gerakkan sedikit.

  "akak. Bangun. Jangan la tidur dekat atas sejadah ni. Bangun tidur atas katil." kata aku. Kakak masih bertelekung. Bila aku gerakkan dia, dia tak nak bergerak. Aku menggerakkan dia lebih kuat lagi.

  Masih sama. Tiada respon. Aku terus berlari ke bilik abang dan memanggilnya. Abang segera bergegas datang ke bilik kakak.

  Kami membawa kakak ke hospital. Hati aku dah berdebar dah. Abang dengan papa turut terdiam. Aku dah takut sangat masa ni. Tolong la jangan apa apa jadi dengan kakak. Aku duduk di kerusi menunggu. Masih menunggu doktor keluar dan memberi khabar tentang kakak.
 

Cinta Hanya Sementara✅Where stories live. Discover now