"Isha!!" Dato' Osman memeluk tubuhku , aku membalas pelukannya , pelukan yang aku balas membuat Dato' Osman tersentak. Mungkin terkejut kerana aku tidak pernah membalas pelukannya sejak aku disahkan menghidap masalah mantel.
Datin Ramlah tersenyum manis memandang kami dua beranak. Aku meleraikan pelukan , air mata yang berada dimuka Dato' Osman aku kesat. Aku senyum kepada Dato' Osman. Pipiku disentuh lembut , Dato' Osman mencium dahiku lembut membuatku tersentak.
Aku pantas menolak tubuh Dato' Osman , dia terkejut dengan perubahan drastik aku. Aku mencapai pasu bunga kaktus berhampiranku. Aku tidak sedar apa aku telah lakukan.
"Pergi! pergi! aku taknak! taknakkk! pergi!!!" jerit ku membuat Mak Imah pembantu rumah turut menjenguk. Datin Ramlah ingin menyentuhku , aku mengangkat pasu bunga kaktus dan mengacah hendak membaling. Dia takut , dan berundur ke belakang dekat dengan Dato Osman.
"Itulah , i taknak dia balik , tengoklah apa budak gila ni nak buat. Bahaya tau tak?" bisik Datin Ramlah tapi didengari oleh ku.
"Aku tak gila! tak gila! takkk!!!" aku menjerit nyaring. Bergema suara ku memenuhi ruang tamu itu. Mak Imah lantas menghampiriku , tanganku dicapai olehnya. Persis.. suraya.
Aku berhenti menggilai , pasu ditangan aku hempas ke lantai , badan tua Mak Imah aku peluk , aku rindu kau su , aku takut duduk sini. Mak Imah membalas pelukan ku , aku tenang dengan pelukan.
"Su ,,," aku menyebut nama Suraya hingga di dengari oleh semua yang ada berhampiranku kini. Mak Imah meleraikan pelukan kami. Dato' Osman memandangku sayu , hatinya terusik.
"Jom , mak imah bawa isha rehat dalam bilik okey?" senyum mak imah membuatku tersenyum dan mengangguk. Beg diheret oleh mak imah , aku hendak bawa dihalang olehnya. Aku membuntui langkah mak imah ke ruang atas.
"You , siapa su?" tanya Dato' Osman apabila melihat Raisha hilang dari pandangan , Datin Ramlah mencebik meluat dan duduk disofa tanpa membalas pertanyaan suaminya. Dato' Osman bengang kerana isterinya tidak menghiraukan pertanyaannya.
"RAMLAH. i tanya u ni , siapa su?" soal Dato' Osman memandang tajam Datin Ramlah. Datin Ramlah mengurut dahi.
"Hei u boleh diam tak? i penat tahu tak pujuk anak kesayangan u tu! i dah berapa kali cakap , i taknak dia balik! Biar je hospital gila tu jaga dia!" marah Datin Ramlah sambil memejam mata. Dato' Osman bedenggus geram dan terus keluar dari rumah.
"anak bapak sama je , buat pening kepala aku je." jeling Datin Ramlah memandang suaminya keluar dari rumah.
....................
sesusai sahaja aku menunaikan solat isyak aku melipat Kain telekung ku , Sebelum ni aku langsung tidak pernah menunaikan solat , Suraya mengajarku semua step by step solat , dari ambil wuduk hinggalah solat. Suraya langsung tidak pernah marah denganku walaupun kadang kala aku kuat melenting.
Aku rindu Suraya , aku membaringkan badanku keatas katil. Muka Mak Imah terjengul di sebalik pintu.
"Boleh Mak Imah masuk?" tanya Mak Imah , aku mengangguk dan membetulkan duduk ku. Mak Imah melabuhkan punggungnya disebelah ku. Dia menyuakan ubat kepadaku. Aku mengambilnya dan makan tanpa banyak bicara.
"Ha , Mak Imah. Bila lagi eh Mak Imah kerja sini?" tanyaku setelah selesai memakan ubat yang diberi. Mak Imah senyum.
"Dah 4 Tahun isha , Mak Imah kenal isha pun sebab frame gambar. Isha lagi cantik kalau depan-depan macam ni." balas Mak Imah membuatku tersenyum simpuh. Aku menepuk perlahan paha Mak Imah.
"Hehehe Mak Imah ni , segan Isha tau." gelakku. Mak Imah tersenyum melihatku. Mak Imah memegang tanganku. Aku memandang wajah tuanya dan senyum.
"Isha.. mak imah nak tanya sikit boleh? mak imah takut nak tanya ni." Ujar Mak Imah sambil berdehem . Aku mengangguk.
"Dah lama ke isha jadi macam ni? maaf isha sebab mak imah tanya ni." tanya Mak Imah sambil terketar-ketar mungkin dia takut aku meracau bila mengingatkan perkara itu.
"5 Tahun Mak Imah. Sejak isha umur 18 tahun lagi." balasku.
"Macam mana isha boleh jadi macam ni?" Tanya Mak Imah lagi. Alu mengeluh , aku memejam mata.
Aku bagai berada di tempat kejadian itu. Bunyi pintu , bunyi pisau , hembusan nafas membuat aku menggigil aku terketar apabila mengingati semua itu. Aku takut. Aku takut.
Mak Imah memegang lembut tanganku, aku memeluk tubuh tua Mak Imah. Mak Imah membalas pelukan ku.
"Mak Imah keluar dulu. Isha tido ye." senyum Mak Imah lantas melangkah keluar. Lampu turut ditutup Mak Imah sebelum keluar. Aku kembali kepada pembaringan. aku membuka laci almariku. Aku mengukir senyuman apabila tanganku menyentuh handphone kesayanganku . Aku mengambil fon ku.
Aku memicit butang on , skrin itu bercahaya. Yeah. Sekian lama menunggu , akhirnya terbuka. Wah bateri ada separuh. Tahannye sampai 5 tahun. Mujurlah. Aku mengeser skrin. Password. "Alah password lupa." aku bedecit. Mau tak nye lima tahun tak buka. Dengan macam-macam perkara berlaku buat aku terlupa perkara macam ni.
Aku melempar fon kedalam laci semula. Bosan. Aku berangan sambil berbaring. Lama kelamaan aku terlena bersama angannya.
................
Papa bawa ku keluar menerjah suasana. Aku gembira bukan main kepalang lagi. 5 tahun lamanya berkurung , aku kini berada di luar. Aku memandang banggunan tinggi ini. Tangan papa aku tarik.
"Papa , ni menara apa? kembar je. Mama dia beranak anak kembar ke?" Soalan ku dibalas ketawa oleh papa. Aku memuncung bibir , salah ke soalan aku.
"Isha sayangg , ni orang panggil KLCC , tempat paling popular dekat Kuala Lumpur." balas papa. Aku mengangguk. Papa membawa ku pergi ke sebuah kedai.
"Ni kedai apa papa? ramainya orang. Isha takut." adu ku. Papa mengusap rambutku. Dia tersenyum.
"Ini starbuck sayang . Biar papa oder air latte okey?" balas papa. Aku mengikut kemana sahaja langkah papa. Papa ralit memesan air. Mata ku melilau merata. Pegangan tangan dilepaskan.
Aku berjalan keluar tanpa papa. Aku masuk kedalam banggunan berkembar tadi. Wah luas nye. Aku meronda di tingkat satu.
BUKK!! Aku terlanggar seseorang sehingga kedua-dua kami terjatuh duduk. Aku menggosok punggungku. Adoi.
"Hoi! , jalan tengok depan bukan kiri kanan!" marah lelaki itu membiat aku tersentak. Mataku mengeluarkan air mata , lelaki itu terkejut . Dia menghampiriku.
"Wei lek la, haih. Lain kali jalan tengok depan. Dah lah tak yah nangis. Harap muka je lawa. Tapi manja." ujar lelaki itu sempat mengata ku. Aku mengesat kasar air mataku. Aku memandangnya tajam. Belom sempat aku mahu memarahi nya...
"Isha!" Papa menghampiriku. Aku menoleh ke arah papa. Papa datang memeluk ku. Aku membalas pelukan papa.
"Isha jangan buat papa risau." ujar papa suara sebak. Aku mengangguk. Aku menoleh mencari lelaki kerek tadi. Mana ? ceh lari. Takut lah tu.
"Jom , kita balik ye nak." papa membawa ku keluar dari KLCC.
***********************************
1231 words
YOU ARE READING
Aku, Cinta Dia.✅
RomanceNur Aleina Raisha , nama saja sudah cantik apatah lagi tuan empunya badan , malangnya masalah mantel yang dihadapinya sekarang membatasi segalanya. Kehadiran Wafiey Harith dan Suraya bakal mengubah hidup Raisha menjadi normal semula. Semakin hari se...