Aku mengheret bagasi. Pintu kereta milikku aku buka lalu meletak bagasi ke dalam kereta. Air mata masih mengalir.
Alif kelam kabut mendapatkan ku.
"Sayang please. Stay here. Sayang nak tinggalkan hubby dengan Suraya?" Soal Alif lembut. Aku senyum sinis.
"Itu yang dia nak kan? So what problem? Takde kot masalah apa-apa. Senang cerita. Kawen je dengan dia. Isha benarkan." Balasku kasar. Aku langsung tidak memandang muka Alif.
"Hubby akan suruh Suraya pergi sekarang juga. Asalkan sayang stay. Please. Hubby tak sanggup berjauh dengan sayang lagi.." rintih Alif. Aku senyum sinis. Aku memeluk tubuh.
"Okeyh. Pegi la halau dia sekarang" arahku. Alif mengangguk. Alif baru mahu memanggil Suraya sudah datang dekat kami membawa beg pakaian nya. Muka nya riak sayu. Munafik!
"Tak payah susah-susah awak nak halau saya Isha. Kalau awak dah tak sudi saya tinggal sini. Takpe. Biar saya sendiri yang keluar. Jangan halau saya macam takde perasaan" ujar Suraya setelah tiba.
Aku senyum mengejek. Mata aku jeling meluat. Tadi bukan main jahat watak kau Su. Sekarang nak pura-pura baik? Boleh blah la.
"Tak payah cakap banyak. Kau balik, kau buang tudung kau. Kau cuma cemarkan imej orang pakai tudung je." Ujarku pedas. Alif terkejut mendengar kata-kata ku.
"Sayang..." Tegur Alif separuh berbisik.
"Biar je. Biar dia terasa. Lantak dia lah. Dia layak dapat apa yang Isha cakap. Buang masa!" Aku menjeling. Biar lah. Aku kesah apa.
"Awak cakaplah apa yang awak nak cakap Isha. Su tetap Su. Bukan orang lain." Balas Suraya sayu. Tapi dalam hati dah menahan geram, kurang ajar cakap macam tu Isha!
"Keluar sekarang!" Halau aku. Suraya menghembus nafas lalu berjalan ke keretanya. Lalu meluncur pergi.
Aku menjeling Alif. Puas hati aku!
"Angkat beg saya masuk!" Aku mengarah sebelum pergi. Alif hanya menurut.
(🌼)
Suraya menghempas beg ke sofa. Tudung di kibas. Arh panas!
Wafiey senyum sinis memandang Suraya yang gaya orang panas hati. Wafiey duduk di sofa berhadapan dengan Suraya.
"Kau kenapa?" Soal wafiey menyedut air hot coffee.
Suraya berdengus geram memandang Wafiey. Dia menjeling wafiey.
"Panas betul aku dengan Isha tu. Geram betul macam nak bagi penampar je." Luah Suraya. Wafiey hanya ketawa kecil. Ada-ada saja kakak nya ini.
"Lek la dulu. Tak lama lagi Isha akan tinggalkan Alif jugak. Aku akan mintak bantuan Haydeen kau jangan risau." Balas Wafiey selamba.
Suraya jadi senyap. Haydeen.. dah sebulan takde khabar berita. Kata nya nak masuk meminang, sampai hari ni dia tak muncul. Kemana kau?
"Haydeen mana?" Tanya Suraya memandang Wafiey, dia tahu. Ini semua kerja Wafiey.
Wafiey menjongket bahu sambil senyum. Suraya melepaskan keluhan. Bila nak tamat semua ni.
(🌼)
"Hubbyy!! Breakfast!!!" Aku melaung dari dapur. Alif segera duduk di kerusi. Pinggan di ambil , aku mencedok mihun goreng ke dalam pinggan Alif."Dah lama Fara tinggal dengan mama. Tak susahkan mama ke?" Soal ku. Alif mengunyah perlahan.
"Tak, minggu depan kita ambil Fara. Mesti sayang tak tahu ni, kan mama dengan papa bawa Fara pergi Langkawi." Balas Alif senyum.
"Yeke? Kenapa hubby tak bagitau?" Aku mengecilkan mata.
Alif mengetap bibir. Jari peace di angkat. Aku ketawa kecil.
"Makan jela." Arah ku.
"Ha sayang, besok hubby ada outstation. Sorry terpaksa tinggalkan sayang tiga hari." Ujar Alif. Aku membuat muka sedih.
"Jangan buat macam tu. Ni buat hubby tak nak tinggalkan sayang ni. Rasa berat hati pulak." Balas Alif memuncung bibir.
"Takpelah. Dah biasa kena tinggal." Balas ku. Alif ketawa kecil. Ayat dia tu.
"Amboi. Jangan cakap macam tu. Hubby sayangkan sayang. Tak mungkin hubby akan tinggalkan sayang lagi." Alif memegang tangan kiri ku. Aku senyum lalu mengangguk.
"Okeyh. Nanti sayang kemaskan baju hubby okeyh? Cepatlah makan. Nanti lewat sampai office" ujarku senyum.
"Okey sayang ku" ujar Alif membawa tangan ku ke bibirnya. Aku senyum. Tak pernah tak buat aku cair.
(🌼)
Nak iklan kejap boleh? Aku nak promot cerita baru je. Tengok bawah. Aku promot sinopsis je oky? .
Dia milikku.
Sarah sigarang. Memang sebati dlm darah sarah dengan perangai nya serupa jantan, memang takde seorang pun lelaki nak dekat dengan Sarah. Kecuali. Si dia bernama. Nik Iskandar. Laki ni psiko, kau tau lah psiko mcm mn en? Kalau dia nak sesuatu memang dia akan dapat kan!. Who care?.
Nik Iskandar- "aku akan pastikan kau jadi milik aku! Hanya aku!"
Sarah- "berangan lah kau! Kalau kau psiko aku pengkid!".
Boleh ke kalau seorang psiko dan pengkid bersama? Just waiting guys!
(____________🌼___________)617 word. Hrini bg enjoy prolog cerita baru. Sekerat je lah.
Sory. pendek sikit. Okeyh bye.
Vote okyh? Tq💘
YOU ARE READING
Aku, Cinta Dia.✅
RomanceNur Aleina Raisha , nama saja sudah cantik apatah lagi tuan empunya badan , malangnya masalah mantel yang dihadapinya sekarang membatasi segalanya. Kehadiran Wafiey Harith dan Suraya bakal mengubah hidup Raisha menjadi normal semula. Semakin hari se...