🦋13🦋

16 4 0
                                    

      5 bulan kemudian....

     "Wei su! sabar la. Laju nya kau lariii. Suuuu!!!" aku melutut penat. Suraya di hadapan langsung tidak berhenti berlari. Mak ai, banyak betul tenaga minah ni.

      Suraya menghenti langkah dan membuat larian setempat sambil berpaling ke arah Raisha. Alah. Baru 2  round dah penat.

     Aku berlari anak ke arah Suraya. Aku menarik nafas dan menghembus.

     "Penat lah su. Jom rehat dulu. Dahaga" aduku sambil mengurut tengkuk. Suraya berhenti berlari setempat dia membuat senaman tangan pula.

     "Isha kalau penat duduk lah dulu. Su buat lagi satu round kita balik. Boleh?" tanya Suraya. Aku mengangguk lemah.

      "Aku tunggu tempat awal kita datang eh. Jangan lama-lama." sempat aku memesan. Suraya mengangguk dan berlari semula. Aku mengelap peluh di dahi.

((***))

     Aku meneguk air kosong itu. Arh, dahaga hilang. Aku menikmati udara segar. Nyaman. Aku melihat pasangan yang nampak bahagia. Aku mengukir senyuman.

    Alhamdulillah, lepas kes Datin Ramlah di tangkap aku kembali sihat seperti biasa. Tiada lagi trauma menghantui di sebabkan prank oleh wafiey.

    Wafiey sumpah perangai macam hantu. Disebabkan prank Wafiey malam tu aku jadi tidak takut lagi. Thank u lah pada Suraya dan Wafiey sebab selalu ada di susah dan senang.

     Kepala ku seakan berdenyut pantas. Ya Allah, sakitnya. Aku memegang dahi. Dipicit sedikit.

    "Su! su!.. Ya Allah.. mana kau ni Su.." aku menjerit. Mujur tidak ramai orang di waktu begini. Seorang lelaki menghampiri ku.

     "Cik. Cik okey ke??" tanya nya. Aku menggangguk sambil menahan sakit. Lelaki itu memegang bahu ku. Aku menolak kasar.

    "Pegi lah" ujar ku. Lelaki itu melepaskan pegangan. Dia mencangkung di hadapan ku.

     "Isha?" sebutnya. Aku membuka mata memandang gerangan tersebut. Look like fimilar. Siapa ya.

     "Kau sape?" tanyaku. Dia tersenyum.

      "Saya Alif. Kawan lama awak." balas lelaki itu bernama Alif.

     "Alif??." aku mengerut dahi. Sumpah aku tak ingat. sakit kepala menyerang.

     "Argh.." aku mengerang sakit. Ya Allah.. kenapa sakit sangat ni. Selalu tak macam ni. Su, mana kau.

     "Isha. Awak okey tak ni? tak okey kita pergi hospital." tanya Alif.

      "Its okey. Aku datang dengan kawan." balasku. Dari jauh aku nampak kelibat suraya menghampiri. Alif memandang Suraya. Alif senyum.

      "Isha okey tak ni??" kelam kabut dia bertanya . Aku hanya mampu menggeleng. Aku tak larat mahu bercakap. Entah, mungkin efek dari sakit kepala. Pening.

      "Jomlah balik." Suraya memegang tanganku. Aku hanya menurut.

      "Erm. Mari saya tolong. Awak nampak macam tak larat je nak pimpin isha" Alif ingin menghulurkan bantuan.

      "Sokey. Let me handle. Thank you. Assalamualaikum" balas Suraya sambil memimpin Raisha pergi.

     "Waalaikumsalam.." Alif senyum nipis, dia juga beredar dari situ.

(((****)))

     Suraya membaringkan Raisha. Dato' Osman datang membawa air kosong dan panadol.

Aku, Cinta Dia.✅Where stories live. Discover now