🦋9🦋

30 4 0
                                    

        Isha...
        Isha...
       Isha...

       Namaku seakan diseru oleh seseorang . Seseorang yang amat dikenalinya. Intan.

       Aku memandang suasana gelap gelita. Macam mana aku boleh ada dalam bilik gelap? semalam aku ada dalam bilik. Sekarang.. hanya tinggal ku sendirian di dalam dunia kegelapan.

        Ehek. Ha gitueww. Sambung-sambung. Saja lah mencelah. Menghangatkan suasana. Haha.

        Aku tergapai-gapai. Mana jalan keluar. Aku berlari di dalam ruangan itu. Kosong. Nampak gayanya tiada jalan keluar. Sinaran cahaya menyilau. Aku pergi ke arah cahaya.

        'Tolong aku. Isha.. tolong aku isha..' suara itu merayu. Aku memegang kepala dan menggeleng.

       "Tak! tak!" jeritku dengan mata terpejam. Aku ditolak kuat hingga jatuh ke dalam sebuah tempat yang dipenuhi sawang kotor. Tempat ni..

        Aku terlihat seorang gadis terikat di penjuru ruang itu. Aku berlari mendekati. Bahu nya aku pegang. Dia mengangkat wajah. Intan?!.

        "intan!." aku terjerit. Dia senyum lemah. Aku mengelak jauh.

        "Isha... tolong aku isha." rayu nya. Aku menggeleng , mustahil.

        "Kau dah mati Intan! kau dah mati! Kenapa kau kacau aku! bukan salah aku!" Aku menengking kuat. Intan tetap dengan reaksi beku nya.

         "Aku hanya imaginasi kau isha. Kau kena tolong aku. Kau yang pikirkan aku. Bukan aku yang datang dekat kau." ujar Intan suara lemah.

       Aku mendekatinya semula. Aku duduk di sebelah intan. Ikatan di tangan aku buka. Aku memeluk tubuh intan.

        "Aku minta maaf intan." aku menangis. Intan membalas pelukan ku.

       Tiba-tiba pelukan itu terasa aneh. Tubuh intan seakan tubuh lelaki. Aku melerai pelukan. Lelaki itu! aku menolaknya kasar. Mana intan? aku lihat intan sudah mati di gantung tali.

        "Arghhhhhhhh" aku menjerit. Tubuh ku di goyang .

       "Lepas! lepas!" aku merontah.

     "Astaghfirullahhalazim.. isha. Ni su isha. Kenapa ni. Bangun. Nak dekat subuh dah ni." gerak Suraya. Aku bangun dengan tercungap-cungap. Macam baru lepas buat larian 40 km. Jauh nauu.

       "Su!" tubuh suraya aku peluk. Suraya yang memakai telekung membalas pelukan ku. Dia menepuk-nepuk belakangku.

       "Isha okey ? su dengar isha jerit. Kenapa?" tanya suraya sambil meleraikan pelukan.

        "Isha mimpi. Mimpi tu. Isha. Isha." Tersekat-sekat aku ingin bercerita. Belakang ku di usap , suraya menenangkan ku.

        "Takpe isha, su faham. Dah bangun kita solat sama-sama ye. Dah nak masuk subuh ni." ujar suraya lembut. Aku mengangguk.

        "Jap gi isha turun pakai telekung siap-siap okey? su ngan Wafiey tunggu okey?" Ujar suraya.

**********

         "Amin..." Wafiey menyapu tangan ke muka tanda siap berdoa. Aku dan Suraya bersalam dan berpelukan sebentar. Wafiey menyua tangan untuk bersalam dengan Suraya. Suraya melapik tangan dan Wafiey salam tangan suraya. Suraya mengusap kepala Wafiey.

        Aku tersenyum memandang kedua beradik itu. Kain telekung aku lipat. Aku ingin berdiri tapi terjatuh. Kepala ku terasa sangat sakit.

         "Isha. Isha okey ke ni?" suraya meluru ke arahku jatuh. Aku menggeleng sambil memegang kepala. Wafiey membantu ku bangun, aku turut kan saja. 

      "Wafiey bawak isha  masuk bilik dulu, akak nak ambik panadol." arah Suraya. Wafiey mengangguk. Wafiey memimpin Raisha hingga ke bilik.

       Wafiey dudukan aku ke atas kerusi sandar , aku menurut , mata aku pejam. Kepala sakit gila. Tak tau macam mana nak bayang. Sakit dia macam tengok orang pun nak belasah. Baik kau jauh-jauh eh. Eh? Haha.

        "Isha.. awak sihat tak ni? jom la pegi klinik. Teruk sangat ni" ujar Wafiey sambil mengulus lembut rambutku. Aku menolak tangannya dan menggeleng.

      Wafiey berdiri dan menjauhi Raisha. Dia tak mahu Raisha memandangnya serong. Dia kena buat Raisha mempercayainya.

      Suraya datang membawa segelas air kosong dan sebiji ubat panadol. Suraya menyuakan panadol kepada Raisha. Raisha makan dan meneguk air.

      "Isha rasa okey tak? macam sakit sangat je ni" tanya Suraya risau. Aku mengangguk lemah.

      "Aku rasa nak tido la. Pening sikit ni." ujarku lemah. Suraya memimpin ku ke katil. Dia membaringkan ku. Selimut ditarik dan menutup tubuh ku hingga ke dada.

       "Tidolah." Senyum suraya sambil membelai rambut. (ni pun dah macam part faveret. Asyik'' pegang rambut. Caih. Ha sambung ii) . Suraya dan Wafiey menutup lampu lantas berlalu keluar dari bilik.

              (_________••__________)

641 words. Arhh sikit en. Takpa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ye dok? ha.

Aku, Cinta Dia.✅Where stories live. Discover now