🦋20🦋

33 4 0
                                    

      Tok . Tok . Tok .

     Pintu rumah diketuk. Suraya yang kebetulan berada di dapur terdengar ketukan. Suraya mencapai tudung dan menyarungkan nya menutup kepala. Dia lantas mengorak langkah ke pintu utama.

    Pintu dibuka oleh Suraya.

    Suraya memandang kedua insan kesayangan yang berada di depan mata. Lantas Suraya memeluk Dato' Waris dan Datin Suhana. Alahai rindunya.

     "Kenapa ibu datang tak bagitau su? mujur su ada. Kalau takde?" Tanya Suraya selepas meleraikan pelukan.

     Datin Suhana senyum manis.

    "Ibu nak suprise anak-anak ibu. Ni wafiey mana?" soal Datin Suhana menjengukkan sedikit kepala ke dalam rumah.

     Suraya senyum nipis. Dia sendiri tidak tahu kemana adiknya itu pergi. Sejak kebelakangan ini , Wafiey sering sahaja pulang dalam keadaan mabuk. Sudah berubah teruk.

      Datin Suhana menepuk perlahan lengan Suraya. Mengelamun pulak dia.

      "Sorry ibu." sengih Suraya menggaru kepala yang dilitupi tudung.

      "Mengelamun teringatkan bakal menantu ibu ke?" gurau ibu. Suraya senyum dan menggeleng.

       "Su takde calon lagi lah." balas Suraya. Dato' Waris mengecilkan mata.

       "Anak ayah punya cantik tak de yang berkenan ke??" usik Ayah pulak.

      "Ish ibu , ayah ni. Marilah masuk dulu. Panas ni" pelawa Suraya membuka ruang untuk ibu dan ayahnya masuk.

         Suraya menyuruh ibu ayahnya duduk disofa sementara suraya berlalu kedapur untuk membuat air.

          Datin Suhana melihat sekeliling ruang tamu. Takde yang kurang. Cantik juga.

         Tok. Tok. Tok. Tok. Tok.

     Pintu rumah diketuk bertalu-talu. Dengan salam takde. Main ketuk je. Suraya yang membawa dulang melihat pintu. Siapa pulak? dulang di letakkan ke atas meja.

     "Siapa tu su?" soal Dato' Wafiey.

     "Entah la ayah. Biar su tengok." balas Suraya lantas membuka pintu.

      "Lembab betul bukak pintu!" tengking Wafiey dengan pakaian yang serabai. Suraya menekup hidung. Ya Allah busuk!

      "Wafiey minum ke hah?!" tanya Suraya di depan pintu. Wafiey menggaru kepala.

      "Eh melantak aku lah! kau bukan nya mak aku nak sebok! ibu pun tak sebok kau pahal nak sebok!" tengking Wafiey menolak kasar tubuh kakaknya.

     PANG!!.

      Bunyi tamparan padu itu kuat. Wafiey memegang pipi . Wajah nya di paling melihat siapakah yang berani menamparnya kini.

      "Kurang ajar kamu dengan kakak sendiri Wafiey! ayah tak ajar kamu jadi kurang ajar macam ni!" tengking Dato' Waris sambil menunding jari ke muka Wafiey. Ibu berada disebelah bagi menenangkan suaminya.

     "Ayah yang buat Wafiey macam ni! Apa yang Wafiey buat ni salah ke? Wafiey nak hak wafiey!" Wafiey memarahi Dato' Waris semula. Ibu menghampiri Wafiey. Tangan anaknya di raih.

      "Wafiey. Hormat sikit. Ni ayah kamu!" marah ibu pula tapi nada lembut.

      "Ibu pun sama je. Semak betul lah orang tua nih!!" tengking Wafiey menolak tubuh ibu hingga terdorong. Mujur tak jatuh.

     Suraya lantas menampar pipi kiri Wafiey. Dia dah melampau!

      "kau jangan kuang aja dengan ibu Wafiey!" marah Suraya. Wafiey menepuk tangan.

Aku, Cinta Dia.✅Where stories live. Discover now