🦋12🦋

21 5 0
                                    

"Dato' , i tak sangka yang u masih kuat ye." tersengih-sengih Razman merangkap sahabatnya. Kini Razman sudah menjadi seorang doktor, dah ada hospital sendiri pun.

Dato' Osman yang leka bermain handphone memandang Razman hairan. Kuat ?

"apa maksud u ni?" soal Dato' Osman lagak hairan bin pelik.

Razman menepuk bahu sahabatnya dengan senyuman lebar.

" u bakal jadi bapak Osman.. isteri u Ramlah pregnant. Congrats" ujar Razman membuat Dato' Osman terkejut besar.

"Apa u melalut ni?" geleng Dato' Osman tidak mempercayai kata-kata Razman.

"Ni benda betullah. Semalam isteri u datang hospital dengan adik lelaki dia. Katanya demam. Tapi bukan demam biasa, tapi demam luar biasa, demam pembawakan anak Osman. Tahniah. U tak happy ke Osman nak jadi papa di usia tua ni?. seronoklah Raisha dapat adik" Razman bertutur lebar.

Dalam diam Dato' Osman mengepal penumbuk. Berani kau Ramlah.

((****))

"Okey Raisha. Apa yang buat isha jadi takut?" soal Suraya sambil memegang pen dan buku nota.

"Aku takut dengan dia. Dia pegang-pegang aku. Dia pukul aku. Dia culik aku. Dia jahat." balas Raisha dalam trauma. Suraya menyentuh lembut bahu Raisha.

"Isha bagitau su dengan tenang. Su akan buat isha tak takut lagi." ujar suraya. Raisha mengangguk.

"Siapa yang buat isha macam ni?" soal Suraya lagi. Sekarang dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang doktor psikatri.

Ofcoz hampa pelik. Su ni doktor ke jururawat? haha. Ni lah koran taktau. Su ni doktor psikatri sebenarnya. Dia ambil Raisha jadi pesakit. Paham? tak paham sudah.

Raisha mengelamun. Dia takut untuk mengingati peristiwa buruk itu. Tiada siapa yang tahu mengenai hal itu kecuali dirinya sendiri.

Suraya memegang tangan Raisha. Raisha tersedar dari mengelamun. Suraya senyum dan mengangguk.

"Mama." ujar Raisha sepatah. Dia tak sedar yang dia berani mengaku. Raisha seakan tersedar apa yang baru dia sebut.

"Bukan-bukan. Sorry, aku silap sebut." dalih Raisha. Suraya memandang Raisha. Dia dah agak ini semua gara-gara Datin Ramlah.

"Jangan berdalih isha. Kalau isha bagitau su apa yang jadi.. insha allah isha akan sihat. Selagi isha pendam, selagi tu fikiran isha terganggu." ujar Suraya lembut.

"Baiklah. Aku akan cerita apa sebenarnya berlaku..sebenarnyaa..."

(((****)))

Dato' Osman menghempas semua barang ke lantai. Yang kaca semuanya pecah berterabur. Mak Imah yang berada di dapur terkejut besar. Datin Ramlah juga begitu , pantas sahaja dia turun dari bilik melihat apa yang pecah.

"Mak Imahhh. Apa yang pecah niii" marah Datin Ramlah sebelum sampai ke bawah. Dia terkejut melihat figura yang mengamuk. Osman??.

"sayang. What wrong with u?" Datin Ramlah berhati-hati menghampiri suaminya. Kaca ada dimana-mana sahaja.

"Tuan.." Mak Imah turut berada di tempat 'kejadian'. Dato' Osman memandang tajam isterinya disisi.

PANG!.

Pipi Datin Ramlah di tamparnya kuat. Berdesing telinga Ramlah apabila di tampar oleh suaminya tanpa sebab. Ramlah memegang pipi yang ditampar tadi. Dia memandang Osman yang tengah menyinga.

"Apa masalah u hah??!!" marah Datin Ramlah. Dato' Osman mencengkam tengkuk Ramlah kuat. Terkapai-kapai Ramlah minta dilepaskan huh, Hampir mati dibuatnya.

"Tuan!" Mak Imah terkejut melihat kejadian itu. Osman melepas kasar. Ramlah tercungap-cungap mencari nafas.

"Kau mengandung kan?!." tengking Dato' Osman. Mata Ramlah membulat. Macam mana? ish. Salah hospital!. Macam mana boleh tak perasan ni?

"apa yang u mengarut ni? i tak mengandung lah." nafi Datin Ramlah tanpa memandang muka Osman.

"Pandang muka aku bila bercakap!" marahnya lagi. Suaranya sudah naik satu noktah.

"Ye! i mengandung! i mengandung anak u Osman." balas Datin Ramlah sambil memandang muka Osman. Mak Imah menutup mulut, teruja tak terkata. Yang pelik kenapa Dato' Osman marah?.

"Itu, bukan, anak, aku!" sebut Dato' Osman sambil menunjal dahi Ramlah. Ramlah terkejut melihat suaminya yang di depan mata. Dia dah berani angkat tangan.

Ramlah menepis kasar tangan Osman. Pipi Osman menjadi sasarannya. Tambah terkejutlah Mak Imah melihat drama ni.

"U jangan kurang ajar dengan i Osman! ni anak u!" marah Ramlah dengan menunding jari tepat ke wajah Osman.

Osman tersenyum sinis.

"U jangan nak tipu i Ramlah. Dah 5 bulan kita tak bersama. How u can pregnant huh?" sinis Osman berkata. Ramlah jadi semakin terkejut.

" u jangan nak kelentong eh. U ingat i ni pelacur ke nak tidur dengan lelaki lain?!" tengking Ramlah tetiba. Kata-kata itu memakan dirinya sendiri. Tak guna!.

Osman memeluk tubuh. Senyuman sinis dilempar.

"Ohye? siapa tu Jet? kekasih gelap merangkap anak buah u kan? dan... u jangan ingat i tak tahu apa yang berlaku selama ni. U jangan i diam i tak tahu. I tak tahu pulak isteri i ni samseng." ujar Osman sinis.

Ramlah terkejut besar. Macam mana dia tahu? arh. Arwah Amer memang mulut celupar!.

"Ramlah u dengar sini." Dato' Osman berdiri dengan betul. Dia sempat mengerling Mak Imah.

"Ramlah binti Rosli, aku ceraikan kau dengan talak satu" lancar Osman bertutur. Ramlah jatuh terduduk.

Mak Imah menekup mulut. Dato' Osman memandang sinis. Dua orang pegawai polis datang masuk kedalam rumah Osman.

"Maaf puan. Puan telah di tahan akibat membunuh encik Amer sekeluarga" pegawai 1 menggari tangan Ramlah. Ramlah menepis.

"Aku tak bunuh orang lah!" bentak Ramlah apabila dua pegawai itu membangunkannya.

Daniel masuk kedalam rumah tanpa gari di tangan. Dia memakai baju seragam polis. Apa semua ni?

"Dani..u?" Ramlah terkejut besar. Tak sangka anak buahnya yang setia ini rupanya..polis.

"Maaf puan. Puan ditahan." ujar Daniel tegas. Dia berjabat tangan dengan Dato' Osman.

"terima kasih tuan sebab tolong saya mencari kebenaran." Osman menepuk bahu Daniel.

"Ini semua tanggungjawab saya Dato'. Ramlah memang bersalah. Pihak kami juga mendapati Ramlah jugalah yang mengakibatkan cik isha mengalami trauma. Dan kematian intan... juga ada kena mengena dengan Ramlah." balas Daniel.

Ramlah di bawa pergi. Dia meronta untuk dilepaskan. Tiada lagi peluang kedua bila dah buat kes pembunuhan. Kecuali membawa ke tali gantung.

"Apa hukuman Ramlah?" tanya Dato' Osman senada. Daniel mengeluh.

"Maaf dato' kami terpaksa menghukum Ramlah ke tali gantung." balas Daniel.

"Ramlah tengah mengandung. Macam mana nak bawa ke tali gantung?" soal Dato' Osman.

"Kami terpaksa tahan dia sehingga melahirkan dan berpantang. Setahun juga kami penjarakan sementara hendak bawa ke tali gantung " balas Daniel.

Dato' Osman mengangguk. Biarlah Ramlah di bawa ke tali gantung. Biar dia dapat balasan yang setimpal.

(________•••________)

1022 words.

ha seronok lah korang takde watak Ramlah lagi kan. But wait.. ada lagi watak jahat akan muncul. Just wait and see. Jangan lupa vote okeyh!.

Aku, Cinta Dia.✅Where stories live. Discover now