🦋7🦋

21 4 0
                                    

         "Jemputlah minum dulu." aku menghidangkan air teh yang di bancuh suraya tadi kepada Wafiey. Suraya masih di dapur mengemaskan apa yang patut. Wafiey tersenyum memandangku. Aku meletak sahaja air di situ. Aku ingin berlalu pergi.

          "Tuang lah air tu. Tetamu harus di layan." ujar Wafiey membuat langkah ku terhenti. Aku berdengus geram. Aku berpaling semula. Aku menuang air kedalam cawan.

         "Minumlah encik Harith." aku menjeling tajam lalu berlalu kedapur mendapatkan suraya yang sibuk mengemas.

          "Su, kau pegi la duduk depan. Biar aku yang buat." aku menegur suraya. Suraya tersenyum memandangku. Tangannya masih lincah menyuci pinggan. Aku berdiri disebelahnya.

          "Sokey lah isha. Aku tengok pinggan cawan banyak tak basuh. Ada orang datang ke semalam??" tanya suraya. Memori semalam bermain di minta aku menggigil. Lantas aku menggeleng takut-takut.

           Suraya dapat mengesan sesuatu dari tingkah laku ku agar terketar. Suraya siap membasuh sisa pinggan dan mengelap tangan menggunakan tuala kecil yang sedia tersidai di singki.

          Suraya memandangku. Aku takut mahu memandang suraya. Aku takut dia dapat bau apa yang terjadi. Suraya menyentuh dahi ku yang terlekat plaster. Aku mengaduh. Suraya mengeluh.

           "Apa yang jadi? bila su tanya isha jawab jatuh bilik air. Tadi masa su sampai isha cakap dia pukul isha. Siape pukul isha. Cakap dengan su." suraya bertanya walaupun dia tahu segalanya. Dia hanya mahu dengar kebenaran dari mulut Raisha sahaja.

          "Eh suraya...  bila sampai??" Tegur satu suara menerjah. Kami berdua menoleh serentak. Datin Ramlah...

...................

           Datin Ramlah menghidang kuih muih yang dibelinya kepada tetamu. Aku hanya memandang sepi, aku duduk di sofa di sebelah suraya dan Wafiey.

           "Jemput lah makan." pelawa Datin Ramlah ramah. Wafiey dan Suraya tersenyum manis. Aku hanya memandang Datin Ramlah yang ku anggap talam dua muka. Datin Ramlah memandangku geram dalam diam tanpa disedari suraya.

          "Terima kasih datin. Susah je." balas Suraya tersenyum. Suraya mengerling Datin Ramlah yang merenung Raisha. Datin Ramlah menoleh dan tersenyum manis. Suraya senyum sinis dalam hati.

         "Takde lah. Su dengan adik su kan tetamu aunty. Kenapa datang tak bagitahu?" tanya Datin Ramlah dengan senyuman tidak lekang dibibir.

         "Tak rancang aunty. Su rindu isha. Tu yang mintak alamat dekat dato' nak datang sini." balas Suraya menipu. Harap nanti Datin Ramlah tak menyoal Dato' Osman sudah. Suraya memandang adiknya yang senyap seribu bahasa.

           "Ouh. Uncle tak bagitau pulak. Lupa agaknya biarlah. Ni adik su nama ape? senyap je dari tadi.?" Datin Ramlah ketawa kecil.

            "Nama saya Wafiey aunty." balas Wafiey beserta senyuman manis. Dia sempat menoleh ke arah Raisha yang melayan perasaan sendiri. Langsung tidak peduli mereka rancak berborak.

            "Ouh. Wafiey kerja apa?" tanya Datin Ramlah lagi. Dia menyoal siasat macam nak kenal bakal menantu pulak.

            "wafiey kerja biasa-biasa je aunty." balas Wafiey senyum.

         "Ouh. Ha isha borak lah senyap je ni sayang. Tak sihat ke?" Soal Datin Ramlah prihatin sambil memandang Raisha yang diam menikus dari tadi.

         Aku sedar dari lamunan dan memandang Datin Ramlah lalu menggeleng perlahan. Aku masih takut dengan Datin Ramlah.

        "Isha ni tak sihat lagi. Semalam dia jatuh bilik air. Tergopoh sangat kalut mandi." tambah Datin Ramlah sambil ketawa kecil.

          Suraya dan Wafiey tersenyum sahaja. Dia tahu Datin Ramlah hanya berpura-pura.

         "Kenapa pulak isha kalut mandi aunty? bukan isha tak di benarkan keluar ke??" soal Wafiey membuat Datin Ramlah menggigit bibir. Aduhh pedas soalan ni.

         "Aa... ye..ye..lahh.. dah isha tidur sampai isyak lupa nak mandi." balas Datin Ramlah tergagap-gagap , dia senyum dan memandang wajah Raisha macam nak terkam!.

            "ouh. Isha next time.. jangan tidur lepas maghrib ye. Nanti KALUT nak mandi jatuh bilik air. Awak tu tal sihat lagi ye." pesan Wafiey menekan perkataan kalut. Macamlah dia tak tahu. Dasar.

          "Baik encik Harith." Balasku mendatar. Wafiey mengangguk dan menghirup teh.

          "Aunty." suraya bersuara setelah berdiam seketika. Datin Ramlah memandang Suraya dan tersenyum.

        "Boleh su mintak izin nak bawak isha menginap rumah su dua tiga hari?"  Tanya Suraya. Datin Ramlah terkejut. Aku hanya memandang menjadi pemerhati.

           (**********-***********)

641 words .

Vote ramai-ramai please.✋☹️

Aku, Cinta Dia.✅Where stories live. Discover now