🦋25🦋

14 4 0
                                    

       Aku leka memandang langit. Ke dua belah lutut aku peluk. Kepala aku mendongak ke atas. Malam ni dipenuhi dengan sinaran cahaya bintang. Aku senyum sendiri.

     Bunyi slide window utama dibuka. Aku menoleh ke belakang melihat. Suraya? Mungkin suraya tidak nampak aku. Telah duk dekat tengah padang hanya di temani cahaya bulan.

      Pakai pun baju tanpa lengan berwarna hitam. Memang sejuk gile. Memang tak la nak nampak kan? Tu pun kalau suraya mata tajam lah.

       Alif berdiri di sebelah suraya. Ni lagi aku terkejut. Amboi, boleh pulak korang berdating depan aku eh. Aku hanya memerhati dari jauh.

       Alif memeluk tubuh lalu memandang suraya. Entah ada apa dia mahu berbincang. Ni kalau isha nampak merajuk nih.

      "Awak nak cakap apa? Cepat lah. Nanti isha nampak." Ujar Alif sambil mengusap lengan sejuk. Suraya terus ketawa kecil.

       "Awak takut bini ke Alif?" Suraya mencuit manja lengan Alif. Alif senyum senget.

      "Mana ada saya takut. Saya sayang Isha sebab tu saya tak nak dia salah faham nanti." Balas Alif.

      Suraya berdecit. Tubuh dipeluk. Tudung ditiup angin malam. Suraya menggosok lengan yang dilapik baju. Sejuk pulak.

    Alif memandang kasihan. Sweater Yang dipakai dibuka lalu di pakaikan kepada tubuh Suraya. Suraya senyum.

     "Nanti kembalikan semula ye. Ini hadiah dari Isha." Ujar Alif sambil meletakkan sweater ke tubuh Suraya.

     "Okey." Angguk suraya sambil tersenyum sendiri.

     "Kembali kepada topik asal. Apa awak nak sebenarnya?" Soal Alif. Malas mahu berlama dengan Suraya.

       "Oh. Saya cuma tak tahu macam mana nak bagitahu. Tapi kalau saya tak bagitau kang saya dikira bersubahat pulak kan?" Suraya membuat muka gelisah. Jari dilagakan.

       "Apa tu? Just tell me." Alif memfokuskan kepada Suraya.

       Suraya mengeluh. Handphone yang berada didalam poket ditarik keluar. Suraya menyua kepada Alif. Alif ambil. Matanya terbeliak. Mustahil.

       "Apa ni Su! Jangan nak fitnah Isha ye!" Marah Alif menyua handphone kembali.

       "Sebab ni saya tak nak bagitau awak Alif. Saya dah agak reaksi awak." Ujar Suraya membuat suara sayu. Mengena!.

        Alif menggeleng kepala. Mustahil! Dengan pantas Alif berjalan ke tingkat atas.

     Suraya senyum puas. Sweater milik Alif dibuka lalu dipeluk. Gaya orang angau. Ye, aku dah angau dengan kau. Haydeen? Lantaklah, menghilangkan diri tanpa khabar berita.

        Aku yang melihat menggenggam penumbuk. Walau aku tak tahu apa mereka berdua bualkan. Aku rasa geram. Mesti reka cerita pasal aku.

                              (🌼)

     
       Pintu almari aq hempas kuat. Alif sampai terinjut bahu terkejut.

      "Sayang kenapa? Dari semalam dingin dengan hubby?" Soal Alif. Aku memandang Alif tajam. Dah tahu buat tak tahu pulak.

      Aku diam. Aku mencapai tuala lalu berjalan ke bilik air. Alif menghalang. Aku menjeling.

      Aku langkah ke kanan, Alif turut ke kanan. Bila aku langkah ke kiri, alif turut beralih ke kiri. Aku berdecit lalu berdiri tegak, aku menyilang tangan wajah ku pandang arah lain.

Aku, Cinta Dia.✅Where stories live. Discover now