Wafiey mengetuk pintu rumah sewa milik Tasya. Dengan lambat Tasya membuka pintu, terkejut besar Tasya melihat keadaan Wafiey yang serabai.
"What wrong with you darling?!" Tasya yang hanya memakai towel menyerbu Wafiey. Wafiey menggaru kepala.
" i stress. Boleh i tidur rumah u kejap?" pinta Wafiey. Tasya mengangguk dan menyuruh Wafiey masuk.
"sure. Come." pelawa Tasya memegang tangan Wafiey. Wafiey membatu. Dia sedar sesuatu.
"Pejabat agama tak kan datang kan?" tanya Wafiey. Mak aii. Ingatkan dah lupa pasal agama.
Tasya ketawa besar. Pejabat agama dah penat datang rumah Tasya. Setiap hari Tasya bawa balik lelaki. Orang yang selalu report pun dah penat kot.
"Diorang pun dah penat datang rumah i sayang." Balas Tasya. Wafiey menganggat kening.
"Seriusly?" soal Wafiey memastikan.
"Ye sayang. Jom la. U boleh mandi dulu. I ada baju." balas Tasya.
"U perempuan. Takkan ada baju lelaki?" soal Wafiey sinis. Dulu Tasya cakap dia tak pernah di sentuh oleh lelaki lain walaupun gaya hidup liar macam ni. Aku dah kena tipu ke?.
Tasya kaku. Dia menyumpah dalam hati. Lupa pulak dia tidak pernah memberitahu Wafiey yang dia sebenarnya pekerja GRO. aduh.
Pintu jiran sebelah terbuka. Terlihat seorang lelaki tengah bercumbu dengan seorang wanita di depan pintu. Wafiey menjegil mata. Tempat umum ni.
Lelaki itu keluar dari rumah. Perempuan itu melambai manja. Sebelum mahu menutup pintu dia menoleh ke arah kami. Dia memeluk tubuh.
"Wei sya. Semalam dah dapat customer pun pagi ni ada lagi? tak puas ke semalam? kau taknak share dengan aku ke?" ujar perempuan itu memandang kami.
Wafiey memandang Tasya yang diam kaku. Customer?.
"What you mean miss?" Wafiey bertanya kepada jiran Tasya. Dia ketawa.
"Nama i Tania. Ni kawasan GRO encik hensem.." balas Tania. Wafiey seakaan terjatuh rahang. Astaghfirullahalazim... apa jadi dekat aku ni? Wafiey meraup muka.
"Tasya?!" Wafiey menengking Tasya. Tasya gugup.
"Selama kau perguna kan aku?! apa masalah kau hah?!" percakapan Wafiey berubah drastik. Cukup lah dulu dia pernah berbuat begini.
"Wafiey listen me." Tasya meraih tangan Wafiey. Wafiey menepis kasar. Dia memandang Tasya tajam.
"Kau tipu aku dari awal Tasya! kau perguna kan aku! manusia jenis apa kau nih!!" Wafiey menengking Tasya. Semua jiran keluar dari rumah masing-masing.
Tasya memandang sekeliling. Semua orang sedang memandang mereka berdua.
"Ape! masuklah!" Tasya memarahi mereka. Semua berdengus geram lalu masuk kedalam rumah. Tania senyum sinis lalu menutup pintu. Lantaklah.
(𑁍︎)
Pintu bilik ward dibuka oleh doktor Razman. Muka nya jelas menampakkan kerisauan. Alif dan Dato' Osman menghampiri.
Fara di dukung oleh Alif.
"Macam mana keadaan Raisha doktor?" Alif lantas mengajukan soalan. Razman menepuk bahu Alif.
"Maaf. Saya tak dapat berbuat apa-apa. Masalah isha semakin serius." Balas Razman meraup wajah kesal.
Alif tidak percaya. Mustahil. Raisha cuma pengsan takkan penyakitnya begitu serius.
YOU ARE READING
Aku, Cinta Dia.✅
RomanceNur Aleina Raisha , nama saja sudah cantik apatah lagi tuan empunya badan , malangnya masalah mantel yang dihadapinya sekarang membatasi segalanya. Kehadiran Wafiey Harith dan Suraya bakal mengubah hidup Raisha menjadi normal semula. Semakin hari se...