Suraya kerap meluangkan masanya bersamaku selama dua tiga hari ini , aku mahu bertanya tapi aku segan. Ye aku tau aku gila , tak aku tak gila! Aku cuma stress haa stress , aku tau yang pepatah islam berkata , malu itukan separuh daripada iman , kita orang islam ada iman kan? hehe.
Hari ni pula Suraya nak belanja aku aiskrim keladi , em favourite aku tu! Macam biasa kami makan aiskrim sambil menikmati udara di sekitar kawasan aiskrim , baru aku tau yang dekat sini ada kolam , peqak kan? (Org panggil apa kalau first time tengok sesuatu tu dia nak tengok banyak kali? aku lupa la) , hehe.
"Su , asal kau lain macam ni?" Aku berani bertanya , Suraya mengeluh berat apabila mendengar soalanku , Aku tersenyum dan memegang tangan Suraya , Suraya membalas pegangan ku tadi. Suraya memandangku dengan wajah muram.
"Raisha , su nak pesan.. bila isha dah sembuh jangan lupa su okey? bila-bila nanti datanglah melawat su okeyh? su mesti akan rindu isha.." balas Suraya lantas memelukku , aku tidak faham apa yang ingin dimaksudkan oleh Suraya , aku hanya mampu mengangguk dan mengusap belakang suraya.
Sungguh, lagi lama aku duduk sini dengan suraya , aku akan sembuh. Aku nak sembuh , aku taknak balik. Bila balik aku takut , aku takut benda tu jadi semula. Aku ingin meluahkan semua kepada Suraya , tapi apabila mengingatkan semula semasa hari pertama aku masuk ke sini aku diam , itulah sebab aku tidak banyak bertutur.
Ramai ingat aku bisu , kalau yang wad dekat dengan bilik aku , diorang tahu aku tidak bisu. Tiap kali malam-malam aku menjerit sendiri , bayangan susuk tubuh seseorang bagai mendekatiku , aku takut! aku menguatkan pelukan suraya. Aku tak nak lepaskan dia , aku perlukan dia.
"Ehem." Seseorang menegur ku dan suraya , aku lantas melihat gerangannya. Mata ku membulat besar , aku tergeleng kepala. Aku mengoncang kuat tubuh suraya , aku bakal meracau . aku menangis sambil mengoncang suraya.
"Aku tak nak ! aku tak nak ! tak nak... tak nakkk... tak nak.... su..... aku tak nak.... su...." aku meraung disebelah suraya , lulut ku peluk muka aku sembamkan kelutut ku. Aku menggeleng dan mengoyangkan tubuhku , aku trauma. Tolong.. aku perasan wajah orang itu , dia tersenyum sinis memandangku , tidak. Tidak. Tidak...
"Isha ,... ni Datin Ramlah. Isha mengucap isha... ni bukan orang jahat, ni kan mama isha , isha , pandang su isha." suraya menenangkan ku, aku masih lagi menyembunyikan wajah , aku menggeleng laju sambil menekup muka.
"Isha tak nak! bila aku kata tak nak! Tak nak lah! kau tak faham ke?! hahahahaha" mulanya aku marah lepas tu aku ketawa seram , kemudian aku menangis dan meraung semula. Suraya tetap memegang tanganku. Aku takut su , aku takut su.
"Isha sayang,... mama datang ni. Mama nak bawa isha balik, isha taknak ikut mama balik ke sayang?" ujat Datin Ramlah bernada lembut , dalam hatinya dah sumpah seranah terhadap Raisha yang mengilai macam orang gila. Ops memang gila pun. Hehe.
Aku menggeleng , aku taknak. "Taknak ! aku taknak! aku nak su je! aku taknak!!" aku mula menegking , Datin Ramlah menjegil terkejut , berani kau tengking aku? siap kau bila aku dapat kau!.
"isha , tak baik cakap mama macam tu , su ada , su tak pegi mana." Pujuk Suraya sambil menepuk lembut bahuku. Rambut Yang tadinya terikat elok kini diserabaikan oleh ku. Aku tetap dengan posisiku , aku rela mati daripada hidup dengan manusia bertopeng ini!.
Datin Ramlah duduk disebelah kiriku , aku merasa tangannya turut menyentuh lembut bahuku. Aku menepis , suraya tidak sedar dalam diam Datin Ramlah mencubit geram dipinggangku , aku menjerit membuat Datin Ramlah terkejut begitu juga Suraya.
"Su ,.. leave me own , may i?" arah Datin Ramlah tersenyum. Suraya mengangguk dan ingin pergi , tangan suraya aku tarik hingga dia terduduk semula , Suraya memegang tanganku.
"Isha... su tinggalkan isha dengan mama sekejap je , su ada dekat situ okey? isha jangan risau." ujar Suraya membuat aku memberi keizinan kepadanya , Suraya berdiri agak jauh daripadaku dan Datin Ramlah. Pantas Datin Ramlah menarik muka ku agar berhadapan dengannya
Aku memandang mukanya yang bengis dan garang buat ku ketakutan belum sempat aku bersuara Datin Ramlah tersenyum sinis kepadaku.
"Kalau kau nak perempuan tu hidup lama baik kau diam!" marah Datin Ramlah separuh berbisik , aku mengangguk ketakutan. Aku tak mahu kehilangan satu-satunya sahabatku.
"Aku nak kau ikut aku balik! aku pun taknak kau balik , tapi disebabkan bapak kesayangan kau tu! Aku terpaksa.. itulah , kalau kau tak mahu ikut aku... suraya aku bunuh, papa kau sekali aku bunuh , aku peduli apa." sungguh sinis kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Datin Ramlah.
"Kenapa baru sekarang? kenapa tak 5 tahun lepas? dah lima tahun aunty isha duduk sini, langsung takde siapa yang jenguk isha... papa pun tak jenguk isha." Luah Raisha , jangan ingat aku gila aku takde perasaan.
Datin Ramlah tersenyum sinis , kalaulah Raisha tahu yang selama ni bapak dia ada nak datang... hahaha makin sihat budak gila ni. Tapi tulah bapak dia tak kesampaian nak datang sebab Datim Ramlah menghalangnya cukup-cukup , sudahlah dimalukan oleh ahli koprat mengatakan si Raisha ini gila , inikan pula melawat , tidak ke nanti tersebar.
"Hei , malaslah aku layan kau ni, baik kau ikut aku balik , aku bawa kau pegi jumpa doktor pisikologi dekat jepun!" Arah Datin Ramlah. Aku berfikir panjang... kalau aku tak pergi, aku bakal kehilangan orang yang aku sayang. Aku mengangguk setuju , demi Suraya dan papa.
.......................
Aku termenung dibangku , aku melihat beberapa kakitangan disitu membantu Suraya memasukkan barangku kedalam bonet kereta. Aku merasakan bahaya bakal menjemputku lagi. Suraya duduk ditepiku , wajahnya beserta kan senyuman.
"Isha jaga diri , jangan nakal-nakal su dah takde nak jaga isha , lagisatu.. jangan meracau malam-malam okey? su takde nak teman isha tidur. Su sayang isha , su dah anggap isha macam adik su. Ha sebelum su lupa..." ujar Suraya dia menyeluk poket baju nurse nya. Sekeping kad disuakan kepada ku , aku mengambil dari tangannya.
"Itu kad su , su takkan ubah nombor telefon su , nanti kalau isha sihat , atau perlukan bantuan , call su okey? su pasti datang!" tambah Suraya tersenyum , aku mengangguk.
"Isha ! jom !" panggil Datin Ramlah , aku hanya mengangguk dan berdiri , suraya turut berdiri. Tubuh suraya aku memeluk erat. Arh sedih.
"Terima kasih su sebab layan kerenah aku lima tahun ni, kau tak pernah naik tangan dekat aku, sumpah kau lain dari yang lain. Aku sayang kau su." luahku dalam pelukan . Kami meleraikan pelukan yang terakhir. Aku berjalan dan melangkah masuk kedalam kereta. Suraya melambai tangan kepada ku.
Selamat tinggall......
*******************************
1035 words.
YOU ARE READING
Aku, Cinta Dia.✅
RomanceNur Aleina Raisha , nama saja sudah cantik apatah lagi tuan empunya badan , malangnya masalah mantel yang dihadapinya sekarang membatasi segalanya. Kehadiran Wafiey Harith dan Suraya bakal mengubah hidup Raisha menjadi normal semula. Semakin hari se...