Surat?

128 24 2
                                    


Hari ini bermula dengan baik. Ava dan Aiden ke sekolah seperti biasa. Walaupun Ava tidak bercakap banyak tetapi dia lebih baik dari semalam. Mereka sempat singgah di kedai ice-cream kerana Aiden mahu menceriakan Ava.

"How's your ice-cream?" Aiden melihat Ava yang fokus dengan ice-cream nya.

"Sedap," hanya itu yang dibalas oleh Ava sebelum dia menyambung semula menjilat ice-cream.

"Nak rasa aku punya? Sedap giler!" Aiden menghulurkan kon ice-cream nya kepada Ava. Apabila Ava mahu mengambil, Aiden menarik tangannya.

"Tadi offer." Ava membuat muka.

"Biar aku pegang." balas Aiden.

"Tak nak. Nanti kau kenakan aku. Macam aku tak tahu." Ava sambung memakan ice-cream nya.

Aiden tergelak kecil. Tahu saja apa yang bermain di fikirannya.

"Janji tak!" Aiden meyakinkan Ava. Ava memandang Aiden beberapa saat sebelum membuka mulut. Aiden terus menyuap ice-cream itu kepada Ava.

Dan seperti sangkaan Ava, Aiden sengaja mencomotkan muka Ava. Ava menepis tangan Aiden.

"Kau ni! Comot dah muka aku!!" Ava pergi ke kaunter untuk meminta tisu tapi dia kembali apabila pakcik itu tiada di kaunter.

Ava menjeling Aiden dan terus menghabiskan ice-cream nya. Membiarkan sisa ice-cream di pipi dan hidungnya.

Selesai Ava makan, dia mahu keluar dari kedai tapi Aiden menariknya. Kemudian, Aiden mengelap muka Ava dengan sapu tangannya.

"Dah..tak payah nak merajuk. Hodoh kau tahu." Aiden memukul kepala Ava perlahan sebelum keluar dari kedai. Ava mengikut Aiden dengan muka cemburutnya dan mereka terus bergerak ke sekolah.

.

Ava duduk di kerusinya dan menyapa Dylan disebelah yang sedang menulis.

"Morning Ava. Kau dah ok?" Dylan menutup bukunya.

"Better than yesterday." Dylan tersenyum. Dia gembira melihat Ava dah ok.

Ava ingin mengambil buku dari bawah meja tapi ada satu sampul surat yang terjatuh. Dia mengambil sampul surat itu di lantai dan memasukkan kembali ke dalam meja memandangkan cikgu mereka sudah masuk ke dalam kelas.

.

.


.

.

Ava berjalan bersama Aiden,Ash,Eric dan Dylan. Mereka baru saja habis rehat.

"Ava, kau masuk lah kelas dulu." Ava berhenti.

"Kenapa?"

"Hal lelaki lah. Sibuk je." Aiden membuat gaya menghalau. Ava mencebik dan bergerak ke arah kelas-kelas. Tapi dia tidak terus ke kelas, sebaliknya dia bersembunyi di belakang tangga berdekatan dengan lelaki-lelaki itu.

"Apa plan kau?" Eric bertanya sebaik saja tidak melihat kelibat Ava lagi.

"Aku nak start dengan hospital dulu. Sebab itu je tempat yang terlibat sekarang. Mungkin dari situ kita boleh cari bukti lain." terang Aiden.

Ash,Dylan dan Eric mengangguk.

Ava yang bersembunyi di belakang tangga mula tertanya. Apa yang mereka bincangkan sampai tak nak dia tahu? Dia memasang telinga lagi.

"Kenapa kau tak nak Ava tahu. Aku rasa kalau dia ikut kita, mungkin rasa bersalah dia akan berkurang." Ash berkata.

"Haah. Kalau dia tahu kau tak ajak dia ikut kita selesaikan tentang kes mak kau ni, habis kau." Dylan pula berkata.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now