Wrong

67 20 1
                                    

<

(Evan POV)

Aku memandang sticky note di tanganku. Apa yang Ava cakap sebelum ni betul. Dia tak tipu tentang bekas makanan tu. Tapi sekarang kembar tu dah keluar dari rumah mereka. Dan aku rasa sangat tak berguna.

Aku meraup wajahku. Apa jenis abang aku ni? Tak boleh nak pertahankan adik-adik aku? Aku tahu selama ni pun aku abang yang tak berguna. Aku patut lebih matang dan terima adik-beradik tiri aku,tapi aku lembab! Semuanya patut jadi ok sekarang.

Arghhh!! Stressnya!!

Aku masih berada dalam bilik Emily. Wajah Emily aku pandang.

Memang..aku memang abang yang tak guna.

Macam mana aku boleh biar adik aku kena macam ni?

Ting!

Tiba-tiba phoneku berbunyi. Aku mengambil phoneku di atas meja.

1 new message from Aiden.

Aku membuka mesej itu.

'Voice message?' tanpa menunggu aku terus menekan mesej itu.

Dan aku terkedu mendengar apa yang dihantar oleh Aiden.

.

Puan Elyn masuk ke dalam bilik Emily dengan plastik makanan di tangan. Dia tersenyum apabila melihat anaknya,Evan sedang duduk di kerusi.

"Hai anak mommy! Mommy ada bawa makanan ni. Jom makan." ajak Puan Elyn lalu meletakkan plastik makanan itu di atas meja.

Tapi Evan tidak memberi jawapan mahupun bergerak dari tempat duduknya. Puan Elyn menjadi hairan.

"Kenapa anak mommy ni? Kamu sedih ya nak kena tinggalkan mommy?" Puan Elyn datang ke arah Evan dan mahu mengusap kepala anaknya tapi Evan terlebih dahulu berdiri.

"Apa ni mommy? Kenapa mommy buat semua ni?" Evan bertanya dengan suara yang ditahan.

Puan Elyn bertambah hairan.

"Apa yang kamu cakap ni? Mommy buat apa?" Puan Elyn bertanya.

Evan terus menekan sesuatu pada skrin phonenya.

'Aku kata ikut je plan asal, Kau boleh bawa bersabar tak?!'

'Aku tak nak bunuh kembar tu dulu. Biar lah kita bunuh bapak diorang dulu. Aku nak diorang merana dan terseksa. Kau jangan buat apa-apa tanpa kebenaran aku! Faham?!'

'Kau jangan sentuh anak-anak aku. Aku tahu kau yang tolak anak aku kat tangga malam tu. Kalau apa-apa jadi kat diorang, kau tahu lah apa jadi kat kau!'

'Apa yang Emily buat kat sini?'

'Emily...emily nak pergi dapur, nak minum air. Emily pergi dulu eh-ehh'

'Bagitahu mommy apa yang Emily buat SEBENARNYA!'

'Emily nak pergi dapur..betul!'

'Mommy tak percaya!'

'Arghhhhhh!!'

'Mommy! Sakit mommy!!'

'Bagitahu aku sekarang, apa yang kau dengar!!'

'Tak dengar apa-apa...arghh!!'

'AKU TAHU KAU DENGAR SEMUA YANG AKU CAKAP KAT PHONE TADI. SEKARANG BAGITAHU AKU KALAU KAU TAK NAK KENA LAGI!!'

'Kau tak nak cakap eh?! Ok! Aku akan buat kau tak boleh cakap sampai bila-bila!'

'Arghhh!!'

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now