Hi junior !

99 23 2
                                    


(Author's POV)

Ava turun dari kereta Miss Suzy diikuti Aiden. Diorang baru je tiba kat Alexandria High School dimana tempat progrom itu berlangsung. Tapi kenapa ada Aiden? Sebab last minute baru Miss Suzy bagitahu yang seorang pelajar yang patut ikuti progam ni tak dapat hadir , jadi dengan suka relanya Aiden menawarkan diri untuk ikut. Memandangkan Ava pun pujuk dia untuk ikut. So here it is!

"Besarnya sekolah ni!" Ava seperti terpukau dengan keindahan sekolah di depannya. Aiden disebelah hanya mengangguk.

"So Aiden..Ava..saya akan hantar kamu sampai sini je. Nanti akan ada guru yang bertugas untuk tolong kamu. Kamu pergi je kat dewan tu ye." kata Miss Suzy lalu Ava dan Aiden beredar ke dewan selepas mengucapkan terima kasih.

So program ni actually untuk pelajar tingkatan 3 and diorang dipanggil ke sini untuk menjadi fasilitator(fasi). Uruskan program yang di buat untuk pelajar form 3. Selain tu, sekolah ni hanya ada sampai tingkatan 3 je sebab tu lah pihak sekolah panggil form 4 dari sekolah-sekolah lain untuk datang. Ada faham??

Aiden menolak pintu dewan dan melihat beberapa orang yang sudah tiba bersama beg pakaian mereka. Tiga hari kan, mesti bawa baju. Mereka berdua pun pergi ke kaunter yang dijaga oleh seorang wanita.

"Hai. Kami dari High Hope School." kata Aiden. Wanita itu memandang Aiden lama.

"Ehem..ehemm.." Ava berdehem sedikit dan membuatkan wanita itu mengalihkan pandangannya dari terus menatap Aiden.

'Tahu lah abang aku hensem. Tapi tak yah tengok lama-lama.' kata Ava dalam hati.

"Ini nombor bilik awak...dan ini awak punya." Wanita itu memberi nombor bilik pada Ava dan Aiden.

"Ini tag nama..kena pakai sepanjang program ni. Jangan hilangkan ye." Ava mengambil huluran tag nama dari wanita itu. Apabila wanita itu menghulurkan pada Aiden, dia tidak mahu melepaskan tag nama itu.

So jadilah tarik-menarik seperti cerita drama di depan mata Ava. Sebab malas nak layan, Ava terus merentap tag nama itu dan membuatkan wanita itu terdorong kebelakang sedikit.

"Terima kasih." Ava terus menarik Aiden pergi dari situ.

"Nah." Ava berikan tag nama berwarna biru kepada Aiden. Dia melihat tag namanya..warna pink. Typical lah tu kan laki biru, perempuan pink.

"Kau kata ada budak dari sekolah lama kau kan. Mana?" Aiden melihat sekeliling. Dia hanya nampak beberapa pelajar dari sekolah lain.

"Aku pun tak tahu lah. Tapi memang ada..mungkin bukan orang yang aku kenal kot." balas Ava.

Ava berjalan di koridor menuju ke bilik yang dia akan duduk selama tiga hari ini. Dia sudah berpisah dengan Aiden di tangga  kerana blok untuk lelaki bertentangan dengan blok untuk perempuan.

Tiba-tiba badan Ava ditolak oleh orang belakang. Ava menoleh.

"Eh sorry, tak perasan pulak ada kau kat sini." Lola menutup mulutnya dengan tangan. Guys ingat tak sapa Lola ni? Kalau tak ingat boleh cek balik bab(piuw-piuw).

"Tulah..ada mata tak nak guna betul-betul. Kesian." kata Ava sinis sebelum sambung berjalan ke depan.

Lola dibelakang sudah menggigit bibir.

'Tak guna kau!' marah Lola dalam hati.

Baru Ava melangkah beberapa tapak, badannya sudah terdorong ke depan sehingga dia terjatuh ke lantai. Dia menggenggam tangannya, menahan marah.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now