Funfair ; happiness

97 23 6
                                    


(Aiden's POV)

Aku berjalan ke perpustakaan. Mood nak makan tu hilang bila ingat aku dengan Eric gaduh. Walaupun aku tak gaduh dengan Ash dan Dylan, still aku nak rehat bersendirian. Lagipun aku tahu Ash dan Dylan akan ada dengan Eric memandangkan mereka tu dah berkawan lama.

Tiba-tiba terasa sendu pulak.

'Macam ni ke rasa Ava masa kat sekolah lama dia dulu? Atau kat sini pun dia still rasa macam ni?'

Aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada buku yang ingin dibaca.

Aku ni memang tak guna lah! Aku tak dapat cari lagi sapa pembunuh mak aku!!! Lepastu aku tak dapat nak jaga Ava dengan baik! Sekarang aku gaduh dengan kawan aku sendiri pula!! Arghhh!!

Aku memukul kepalaku berkali-kali.

"Kau buang tebiat ke apa? Pukul kepala sendiri." aku berhenti memukul kepalaku dan memandang ke arah suara itu.

...

"Asal kau macam baru nampak hantu?" tanya Ash.

Aku menggeleng.

"Korang buat apa kat sini?" tanyaku.

"Datang sini nak buat apa lagi? Takkan nak main bola pulak!" jawapan dari Dylan buat aku tersengih.

"Sebenarnya kitorang datang ni nak jumpa kau" kata Ash lagi.

Jumpa aku?

"Eh kau, cepat cakap apa kau nak cakap" Dylan menolak Eric yang dari tadi hanya membisu.

Keadaan jadi sunyi untuk tiga saat.

"Aku minta maaf"

"Aku minta maaf"

Kami berdua tergelak kemudian terbit senyuman di wajah.

"Sorry weh sebab cakap tak baik pasal Ava." ucapa Eric.

"Aku pun minta maaf sebab tumbuk kau." aku memandang Eric.

"Soo....we're good?" tanya Ash.

"Yeah!! We're good!" kata aku dan Eric serentak.

"Tapi kan...bukan tu je sebab kitorang datang ni." Dylan mencelah.

"Apa sebab lain?" aku memandang mereka.

"Tolong kitorang pujuk Ava" kata mereka bertiga serentak. Aku tersengih.

Sayang jugak eh korang kat dia.

"Ok. Tapi belanja aku air dulu...haus ah" aku bangun dari kerusi untuk keluar dari perpustakaan.

"Kau belanja!" Ash menunjuk kepada Dylan.

"Tak nak! Kau lah belanja!" Dylab menunjuk kepada Eric pula.

"Asal aku pulak? Kau-

"Shhhhh!! Sila perlahankan suara" tiba-tiba akak pengawas menegur. Ash dan Dylan segera berlari keluar dari perpustakaan.

"Last keluar kena belanja!!"

Eric dengan muka pasrahnya melangkah keluar dari perpustakaan.

📒

Ava berjalan seorang diri di koridor. Cikgu tak masuk kelas jadi lebih baik dia keluar. Tak payah nak tengok muka minah-minah tu.

"Senior!"

Ava terkejut kerana tiba-tiba saja diterjah oleh seorang junior.

"Ha,kenapa?"

"Saya nak cakap sikit dengan akak,boleh?" tanya junior itu.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now