call

104 21 3
                                    


Ava termenung di katilnya. Masih memikirkan tentang Reza.

"Woi fikir apa tu?" Aiden masuk ke dalam bilik Ava dan baring di katilnya.

"Kau rasa Reza akan ok ke?" Ava memandang Aiden.

"Dia ok lah. Polis just tembak kat kaki dia. Sekarang dia ada kat hospital. Doktor kata dia sebenarnya ada penyakit mental." Ava agak terkejut. Sebab tu rupanya Reza jadi macam tu semalam. Kejap baik,kejap ganas.

"Tapi aku lagi risaukan Eric." Aiden memandang Ava pelik.

"Asal kau risaukan Eric pulak?" tanya Aiden hairan.

"Yelah, Reza tu kan abang Rina and Rina tu kan girlfriend Eric. Mesti Eric risau pasal ni." terang Ava.

"Eh jap, kau bagitahu ke pasal aku kena serang dengan Reza kat Dylan,Ash dengan Eric?" tanya Ava cemas.

"Tak. Aku tak sempat pun jumpa diorang lagi." Ava memegang bahu Aiden.

"Jangan bagitahu diorang tau. Aku merayu." kata Ava.

"Kenapa pulak? Diorang kan kawan kita mestilah kena tahu kan." ujar Aiden sambil memandang Ava.

"Aku tak nak diorang hilang hormat kat Reza. Teruk macam mana pun Reza tu, dia tetapi senior kita." Aiden menjentik dahi Ava.

"Aduh!" Ava menggosok dahinya.

"Kau ni boleh pulak fikir pasal orang lain. Diri sendiri pun tak terjaga." kata Aiden.

" tapi janji kau tak bagitahu diorang atau sapa-sapa" Ava menunjukkan jari kelingking pada Aiden.

"Hm ye lah." Aiden menyatukan jari kelingking Ava dengan jarinya.

"Dah kau rehat." Aiden mengusap kepala Ava sebelum turun dari katil.

Dia keluar dari bilik Ava dan turun ke tingkat bawah.

Dia melihat Puan Elyn sedang duduk di sofa ruang tamu. Puan Elyn yang perasan kehadiran Aiden menegur.

"Aiden,boleh teman mommy pergi keluar?" Aiden berfikir.

"Nak pergi mana?" tanya Aiden.

"Nak pergi beli barang untuk jamuan sempena kepulangan Evan dengan Andy." Aiden mengangguk. Walaupun dia tidak rapat pun dengan mak tirinya. Apa salah kalau dia teman wanita itu keluar.

"Ok. Saya bagitahu pakcik Mat." Puan Elyn mengangguk dan melihat Aiden pergi ke dapur untuk mencari pakcik Mat, pemandu peribadi keluarga mereka.

Puan Elyn dan Aiden bergerak ke kedai runcit untuk membeli barang mentah. Dalam perjalanan, Puan Elyn melihat ke luar tingkap. Tiba-tiba matanya tertacap pada seseorang yang dia kenali. Dia menggosok matanya beberapa kali. Tapi orang itu masih di situ. Maksudnya dia tidak bermimpi. Dia mengeluarkan phone-nya dan mencari nombor seseorang sebelum membuat panggilan.

'Hello?' Puan Elyn terdiam apabila mendengar suara yang mengangkat call dia. Suara yang dia kenal tetapi bukan suara yang dia nak dengar. Dia terus mengakhiri call tersebut.

"Pak Mat. Patah balik." Aiden memandang Puan Elyn pelik.

"Kenapa puan?"

"Saya kata patah balik,Patah balik je lah! Saya sakit kepala." Puan Elyn meninggikan suara dan membuatkan Aiden terkejut.

'Tak pernah pernah aku nampak Puan Elyn marah. Apa yang buat dia marah?' makin bertambah hairan Aiden. Pakcik Mat terus membuat u-turn di simpang jalan dan memandu pulang ke kediaman rumah Encik Adrian.

Puan Elyn mengawal pernafasannya. Dia membuang pandangan ke luar tingkap.

Sampai aja di rumah, Puan Elyn terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Aiden memandang Puan Elyn yang seperti dikejar hantu. Dia memohon maaf pada Pakcik Mat dan masuk ke dalam rumah.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now