New friend or new enemy?

94 22 6
                                    


(Someone's POV)

Aku memandang gambar lama kau dan aku. Ah....rindunya waktu itu.

Tapi bila aku teringat kembali tentang kau.

Tak!

Kau dah buang aku!
Tapi aku tahu kau masih sayangkan aku.

Aku tak salah!

Kau yang tak berikan kasih sayang pada aku. Tapi aku sayang kau...

Sayang sangat...

Aku mengusap gambar itu.

Aku akan hapuskan apa yang menghalang kau bersama dengan aku.

Aku tersenyum sinis.

Tunggu saja nanti.

. . .

Ava dan Aiden pergi ke sekolah pada awal pagi. Disebabkan Aiden ada kerja sekolah yang perlu disiapkan dia terpaksa lah datang lebih awal.

"Tu lah kau. Aku dah suruh buat kerja awal-awal." kata Ava.

"Kau ni! Aku tengah dalam masalah sekarang,cuba kau support aku. Ni membebel je. Bukan kerja aku boleh siap pun!" balas Aiden sambil tangan ligat menulis jawapan pada buku.

Ava tergelak kecil.

"Padanlah muka! Dah lah aku nak masuk kelas aku. Bye!" Ava terus keluar dari kelas Aiden dan menuju ke kelasnya.

Dan seperti biasa Dylan sudah pun berada di dalam kelas. Tapi dia sedang sibuk dengan kerjanya.

"Good morning Dylan!" sapa Ava mesra lalu duduk ke kerusinya.

"Morning! Awal datang hari ni." balas Dylan walaupun dia masih sibuk dengan kerjanya.

"Aiden tu haa..kerja rumah belum siap. Tu yang datang awal." jawab Ava lalu mengeluarkan gula-gula dari dalam beg.

Terlihat Dylan mengangguk-anggukkan kepala.

Mereka berdua leka dengan kerja masing-masing sehinggalah kelas bermula.

Ava mengeluarkan buku teks dari beg apabila melihat guru masuk.

"Selamat pagi cikgu!" Dylan berkata kuat.

"Selamat pagi cikgu!"

"Selamat pagi semua. Okey, hari ni kita ada pelajar baru. Sila masuk." Cikgu Ain memandang ke arah pintu.

Pelajar baru itu melangkah ke dalam kelas. Ava tidak ambil kisah pun tentang hal itu tetapi bila Dylan menyiku tangannya dari tadi buat dia mengangkat muka untuk melihat Dylan.

"Kau kenapa?" tanya Ava pelik. Nak siku-siku bukan kat sini eh!

"Tu.." mulut Dylan dimuncungkan ke arah depan lalu Ava memandang.

Prap!

Pensil Ava terlepas dari tangannya. Dia menggosok-gosok matanya.

"Hai semua. Nama saya Rina Talia. Semoga kita dapat jadi kawan." Rina mengukirkan senyuman manis. Hampir semua pelajar lelaki di dalam kelas itu terpukau melihat senyumannya. Tak dinafikan, Rina memang cantik. Tak heran lah dia diminati ramai orang.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now