For the first time,

73 20 3
                                    


Setelah seminggu bersekolah, tiba juga hujung minggu yang ditunggu oleh setiap pelajar. Ava dan Aiden juga tidak terkecuali. Tapi nasib tak menyebelahi Aiden kerana dia terpaksa hadir ke latihan bola di sekolah.

"Hahaha, padan muka kena pergi sekolah hari ni. Aku cuti kat rumah!" Ava duduk di depan Aiden yang sedang bersarapan.

Aiden menjeling Ava tajam.

"Nak pergi mana eh hari ni? Mall ke-aduhh!! Sakitlah! Kenapa pukul orang?!" Ava memegang lengannya yang dipukul Aiden kuat.

"Cakap lagi, aku sumbat roti ni dalam mulut kau!" Aiden memberi amaran pada Ava.

Ava meniru mimik muka Aiden.

"Dah lah. Aku nak naik atas,nak siap-siap nak keluar. Byeee" Ava sengaja berkata begitu kepada Aiden.

Aiden pula hanya membalas dengan satu jelingan.

.

Ava berjalan seorang diri dalam One Point Mall. Satu kebiasaan untuk dia keluar seorang diri kerana semua kawannya sibuk. Lagipun kawan dia sapa je, Aiden,Eric,Dylan,Ash ada latihan bola. Emma pula ada kerja dengan schoolmate-nya. Inilah nasib seorang Ava. Nak ajak Finn? Itu lah benda yang terakhir dia akan buat, itu pun kalau dia betul-betul terdesak. Jadi dia lebih suka keluar seorang. Senang dan tak melecehkan.

Tapi kadang-kadang tu Ava rasalah kesenduannya. Tengok orang lain ada kawan atau pasangan. Sampai dia,sorang-sorang kat sini.

"Eh apa aku ni! Kena lah enjoy!! Walaupun sorang-sorang!"Ava memberi semangat kepada diri sendiri. Dia menyambung menikmati ice-cream yang baru dibelinya.

'At lease there are still ice-cream with me' 

After a very long sendu moment-

Ava keluar dari Mall dengan muka monyoknya. Ini sebab-

TingTingTingTing(Flashback)

Ava masuk ke satu kedai yang kelihatan sangat meriah kerana ramai pengunjung yang datang ke situ. Ava juga tidak melepaskan peluang untuk melihat apa yang berlaku.

Rupanya ada satu aktiviti yang diadakan disitu. Ava membaca poster yang tergantung di pintu masuk.

"Lover Day Special. Free couple's Ice-cream! " Ava jadi teruja kerana melihat Ice-cream yang sedap dan menarik hatinya.

Tanpa membaca syarat penyertaan, dia terus masuk ke dalam kedai itu.

"Hi! Can i get that one?" Ava menunjuk pada flavour ice-cream yang dilihatnya pada poster tadi.

Penjaga kaunter itu meninjau-ninjau ke belakang Ava.

"Saya sorang je." Kata Ava. 

"Oh sorry miss. Tapi ice-cream ni special untuk couple. Miss boleh ajak boyfriend miss untuk datang kalau miss nak ice-cream ni." terang penjaga kaunter itu.

Senyuman Ava hilang.

'Couple? Aku dah lah datang sorang. Tak kan nak tarik stranger semata-mata nak beli ice-cream ni?'

"Uhm sorry, ice-cream tu ada lagi tak?" tiba-tiba datang satu suara dari belakang Ava.

Ava menoleh. Terdapat seorang lelaki bersama seorang perempuan di sebelahnya.

"Ada Encik. Ni girlfriend Encik ke? Kami sebenarnya ada buat promotion dan special untuk pasangan." Penjaga kaunter itu menerangkan dengan senyuman.

"Ye. Ni girlfriend saya." balas lelaki itu.

"Ok kalau macam tu tunggu sebentar ye. Dan cik,maaf kami dahulukan pasangan ni dulu. Mungkin lain kali cik boleh datang dengan pasangan cik." penjaga kaunter itu masih memberi satu senyuman manis.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now