Back to school

97 21 2
                                    


(Ava's POV)

Aku berjalan masuk ke kelas. Aku melambai ke arah Dylan yang sudah berada di kerusinya. Apahal dia nampak ceria sangat? Aku fikir dua tiga kali tau nak pergi sekolah ke tak. Setelah lama bercuti, akhirnya sekolah kembali dibuka. Hari ni bermula agak berbeza dari hari-hari yang lain,mungkin sebab aku tak pergi sekolah dengan Aiden kot.

Korang jangan lupa pulak. Aku masih menumpang kat rumah Finn. Pagi tadi pun dia yang tolong hantarkan aku lepas kitorang bergaduh sebab dia lambat tapi still nak hantar aku. Finn tu memang.

"Asal lambat?" tanya Dylan. Aku hanya mampu tersengih.

Memang tak lah nak bagitahu yang aku lambat sebab Finn tu. Aku pun malas nak fikir pasal dia.

"Ada hal sikit tadi." jawab aku lalu aku keluarkan buku dari beg sekolah.

Lupa aku nak cakap, masa masuk sekolah aku dengan sekolah Finn tak sama. Sebab tu dia boleh lambat. Sebaik aku tak kena tahan tadi. Kalau tak memang aku bantai Finn balik sekolah nanti!

"Eh Ava kau tahu tak sekolah kita ada buat program?" Dylan tiba-tiba bertanya.

"Program apa?" aku memandang dia. Belum sempat Dylan menjawab, cikgu mata pelajaran pertama kami sudah masuk ke dalam kelas.

"Nantilah aku bagitahu." aku mengangguk. Tengok guys, Dylan ni pelajar contoh tau. Boleh je dia cerita kat aku senyap-senyap tapi dia pilih untuk fokus pada cikgu kat depan. Eh...ke aku je yang bantai berbual time cikgu mengajar??

🙊

Aku meregangkan badan. Setelah hampir 2 jam memerah otak belajar matematik, akhirnya dapat juga aku stop. Aku menjeling Dylan di sebelah. Dia masih fokus dengan kerja yang baru diberikan oleh cikgu.

"Dylan, cepat lah bagitahu apa yang kau nak cakap tadi. Pasal program tu." aku menanti Dylan dengan penuh kesabaran.

"Jap..sikit lagi..." aku menongkat daguku. Nak tunggu dia ni lama lagi.

"Aku pergi tandas  lah cam tu." tanpa menunggu jawapan dari Dylan, aku terus keluar dari kelas untuk ke tandas. Aku bukan keluar tak minta izin eh, tadi kan dah bagitahu Dylan. Lupa ke dia tu ketua kelas?

Aku berjalan lenggang kangkung ke tandas. Nak kabut-kabut buat apa. Cikgu pun ada meeting so chill lah.

Aku menolak pintu tandas dan melihat beberapa pelajar yang sedang membetulkan rambut sambil bergosip. Aku tak ambil kisah dan masuk ke dalam salah satu tandas.

Selesai membuang semua hajat dan impian, eh impian tak....aku pergi ke singki untuk membasuh tangan. Pelajar-pelajar tadi masih sibuk bergosip sampai tak sedar yang diorang sedang menghalang laluan aku untuk menbasuh tangan.

"Sorry..." aku berkata perlahan. Harap-harap dengarlah ye.

Pelajar yang menghalang laluan aku itu berganjak ke kanan sedikit. Cukuplah untuk aku nak hulur tangan dan basuh di singki. Aku sempat melihat diri aku di cermin. Kemas lagi. Tak comot.

"Weh..kau ada dengar tak pasal senior Reza?" aku yang sedang membetulkan rambut terhenti mendengar pelajar itu berkata.

"Aku dengar weh. Senior kita tu dia ada masalah mental kan! Aku dengar dia lah yang serang senior Zane." aku hanya memasang telinga.

"Kesian aku dengan senior Zane. Kenapa eh Senior Reza buat macam tu?"

"Khabar angin kata sebab perempuan yang senior Reza suka sama dengan perempuan yang senior Zane suka. Sebab tu lah kot!" aku menelan air liur. Macam mana ceritau tu boleh tersebar?

"Aku rasa salah perempuan tu lah. Kalau perempuan tu tak gatal nak goda senior Zane dengan senior Reza, mesti benda ni tak jadi." telinga aku jadi panas mendengar kata-kata pelajar itu. Sedap mulut kau je kutuk aku.

Aku segera keluar dari tandas sebelum apa-apa tak baik jadi dalam tu. Tapi persoalannya, macam mana cerita tu boleh tersebar? Agaknya Dylan, Ash dengan Eric tahu tak pasal ni?

Aku masuk ke dalam kelas dan duduk di tempatku. Dylan disebelah aku tak hiraukan.

"Weh!! Nak dengar tak pasal program tu?" Dylan menggoncangkan tangan ku.

"Ye..ye...cerita je lah. Aku dengar." walaupun hakikatnya aku masih memikirkan tentang peristiwa tadi. Agaknya semua orang dalam sekolah ni dah tahu ke ?

Aku tak risau kalau diorang tahu tapi aku lagi risau kalau diorang salahkan aku. Aku harap bukan cerita lain yang tersebar. Tapi memang bukan salah aku kan....

Aku menekup muka dengan tangan. Sis buntu ni!

"Lepas tu Ava, kau terpilih." aku memandang Dylan. Apa tiba-tiba aku terpilih ni?

"Aku terpilih? Untuk apa?" Sorry Dylan, memang aku tak dengar apa yang kau bebelkan dari tadi.

"Kau ni!! Aku terangkan dari tadi, kau tak dengar ke?" aku tersengih.

"Aku tengah fikir benda lain lah tadi. Sorrylah. Cuba kau ulang balik apa kau cakap tadi." dengan muka tak bersalahnya aku menyuruh Dylan ulang apa yang dia terang tadi.

Dylan menjeling aku.

"Ish kau ni! Aku cakap..program tu campur dengan sekolah lain..and hanya orang-orang terpilih je akan sertai program tu. Tapi cikgu pilih berdasarkan pencapaian pelajar tu. Dah lagi satu...kau terpilih untuk pergi!" aku mengangguk faham tapi aku cuba menghadam ayat terakhir Dylan.

Aku terpilih? Wait!! What??!!

"Asal aku pulak? Aku bukan pandai cam kau. Aku dah lah baru pindah." Dylan mengangkat bahu.

"Aku tak sure lah..tapi itu yang Miss Suzy bagitahu aku. Kau kena pergi dengan sorang pelajar dari kelas sebelah. Apa tah nama dia." aku menggigit bibir. Apa aku nak buat ni? Kalau benda ni memalukan aku cam mana??!!

"Kau kata campur sekolah kan! Sekolah apa yang terlibat?" aku memandang Dylan.

"Beberapa sekolah dekat-dekat sini. Aku tak pasti sekolah apa. Sebab Miss Suzy tak bagitahu aku detail penuh pasal program ni." jawapan Dylan buat aku mengeluh.

Tapi aku harap bukan sekolah yang ada orang yang aku kenal. Harapnya janganlah!!

🔥

Aku menekup mukaku dengan tangan. Baru je aku cakap tak nak ada sekolah yang aku kenal orangnya. Aku melihat kembali kertas maklumat tentang program itu atau lebih tepat nama sekolah yang tertera di situ.

Summer High

Aku mengeluh. Memang nasib aku ke kena jumpa balik ex-school mate aku? Aku melipat kertas itu dan masukkan ke dalam poket.

'Tak apa Ava..program tu 3 hari je. Nothing bad will happen...'

'I hope so'
























Yeay!! Idea datang jugak!Enjoy this part okay!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yeay!! Idea datang jugak!
Enjoy this part okay!

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now