Worth

71 18 0
                                    

>

(Ava's POV)

Aku melangkah masuk ke dalam kelas 4 Tulip. Aku melihat ke meja Dylan, tiada orang. Mungkin dia ada kerja kot. Aku hanya berfikiran positif. Baru aku ingin melangkah ke tempatku, seseorang menghalangku. Aku memandang orang itu. Aku tak mengeluarkan suara. Tak ada mood nak bercakap sebenarnya. Jenny memandang aku tajam.

Tiba-tiba dia menolakku sehingga aku terdorong ke belakang.

"Kau kenapa?" akhirnya aku terpaksa mengeluarkan suara.

"Kau tu yang kenapa?" Jenny menjawab soalan aku dengan soalan.

"Kenapa dengan aku? Kau ada masalah ke dengan aku?"

"Kau jangan nak pura-pura eh. Satu sekolah tahu apa yang kau buat kat Eric." Jenny menolak bahuku. Aku terkedu.

Pasal semalam ke? Aku tak memberi respon kepada Jenny. Semua pelajar dalam kelas itu hanya menyaksikan adegan di depan kelas tanpa menyampuk.

"Betul kan apa yang aku cakap?! Sebab kau Eric tak datang hari ni! Kau ni memang pembawa malang lah! Mungkin sebab kau jugak Emily tak datang sekolah!" Jenny menolak aku kuat sehingga aku terjatuh ke lantai. Aku masih tidak memberi apa-apa respon.

Aku tahu tak ada guna aku mempertahankan diri aku. Sebab memang aku yang salah. Aku penyebab Eric dapat luka tu. Aku juga yang buat Evan masuk hospital. Dan aku kakak tak guna sebab biar Emily tak dapat kebenaran yang dia patut dapat. Tak ada benda yang patut aku pertahankan lagi.

"Woi! Kau dengar tak!?" Jenny menolak kepalaku kasar. Aku tak melawan.

"Jenny! Apa kau buat?" tiba-tiba satu suara datang dari pintu kelas. Aku tak menoleh. Masih terduduk kaku di lantai. Aku tahu tu suara Dylan.

Dylan masuk ke kelas dengan buku-buku di tangannya. Dia meletakkan buku-buku itu di atas meja lalu mendekati aku. Dylan menolong aku untuk bangun.

"Tch. Kau still nak tolong orang yang dah bahayakan kawan kau?" Jenny memandang aku sinis.

"Kau tak tahu apa-apa baik kau senyap. Kau-" aku berlari keluar dari kelas. Aku tak boleh. Aku tak tahu nak buat apa. Aku berlari ke tandas paling hujung di blok itu. Pintu ditolak kasar dan aku terus membuka paip air. Aku memandang refleksi aku di cermin.

Kenapa aku masih kat sini?
Kenapa aku mesti jadi penyebab orang lain menderita?
Kenapa aku tak mati je dulu!?

Klek!

Aku terkejut kerana tiba-tiba pintu tandas terbuka. Seorang pelajar yang aku kenal keluar dari tandas itu. Tapi aku tidak mengesahkan tentang itu. Aku menadah tangan di bawah paip air dan membasuh mukaku.

"Are you ok?" pelajar itu bertanya. Atau seingat aku nama dia Anis. Aku menoleh.

"Are you asking me ?" tanya aku.

"Yes. Ada senior dengan saya je dalam tandas ni. Saya nak tanya sapa lagi." Anis memandang aku dan mengukirkan senyuman.

"Just...ok....kot." aku tersenyum sendiri. Ok? Aku..memang tak lah.

"Even you lied. It's okay. You know, it is okay to not be okay. It is okay to be not alright or not fine. But you should also know, time flies and you'll heal." Aku dapat rasakan Anis masih memandang aku dengan senyumannya.

" how can i heal? When i'm hurt for a long time. I think my pain is permanent." balas aku perlahan.

"Nonsence lah. Nothing permanent in life. Happiness pun bukan kekal sampai bila-bila tau. So, smile. You'll find your happiness soon." Anis menepuk bahuku.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now