People change

82 19 8
                                    

<

Ava baru pulang bersama Aiden dari melawat Emily dan Evan di hospital. Mereka masuk ke dalam rumah dengan gelak ketawa. Tapi mereka berhenti apabila melihat seseorang sedang duduk di sofa.

"Eh abang Andy? Baru balik ke? Kenapa tak cakap nak balik?" Ava bergerak ke arah Abang Andy dan duduk di sebelahnya.

"Kerja abang habis awal. Sebab tu balik awal." balas Andy.

Sebenarnya Andy tak ada di rumah kebelakangang ni sebab ada kerja di luar. Tapi mereka tidak tanya pula apa kerja yang perlu abang mereka selesaikan.

"Mana semua orang?"

Ava dan Aiden memandang antara satu sama lain.

"It's a long story." balas Aiden dengan perlahan.

"It's okay. Make it short." Andy memandang mereka berdua dengan penuh tumpuan. Ava menganggukkan kepala kepada Aiden dan Aiden mula menceritakan setiap perkara yang berlaku di dalam keluarga mereka sejak Andy tiada.

Andy terangguk-angguk mendengar setiap penjelasan adik-adiknya itu. Tapi Aiden tidak memberitahu mengenai rakaman suara ibu tiri mereka kepada Andy. Lebih baik kalau mereka berdua sahaja yang tahu.

"I see...tak apa lah. Jangan sedih,hmm apa kata kita keluar nak. Kita dah lama tak jalan-jalan sama-sama kan?" Andy memberi idea. Ava menganggukbegitu juga Aiden. Dah lama kot tak keluar dengan Andy,mestilah nak pergi.

"Ok,korang siap dulu. Nanti kita keluar. Dalam setengah jam dari sekarang?"

"Ok" Ava dan Aiden membalas serentak. Kemudian, mereka berdua terus berlari naik ke tingkat atas.

Andy hanya memandang kedua-dua adiknya itu.

'Poor kids'

.

Aiden, Ava dan Andy berjalan di sekitar Silent Park. Memang nama park ni sesuatu dengan keadaannya sekarang. Sunyi sepi dan tenang. Tiga adik-beradik itu baru saja habis mengisi perut di restoran berdekatan. Tidak mahu menghabiskan waktu dengan perkara sia-sia, mereka mengambil keputusan untuk berjalan di Silent Park yang memang menjadi tumpuan orang ramai untuk datang pada waktu malam. Selain dari suasana yang tidak bising, permandangan di sini sangat menarik hati. Lagi-lagi langit malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang. Sangat indah!

Aiden memandang wajah abangnya dan kembarnya. Dah lama mereka tidak menghabiskan masa bersama. Semakin besar, semakin kurang masa untuk mereka bersama. Andy pun sudah bekerja. Dia dan Ava pula sibuk mencari kebenaran tentang mama mereka. Aiden tiba-tiba teringat akan mesej yang diterimanya tempoh hari. Dia masih tak tahu sapa yang menghantar mesej itu. Dan kenapa mesej itu mesti berkait dengan apa yang akan berlaku kepada Ava.

Aiden memandang adik kembarnya. Dia tak tahu apa akan jadi kepadanya kalau Ava tiada. Dialah satu-satunya perempuan yang Aiden selesa selepas mama.

"Jom ambil gambar!" Ava tiba-tiba berhenti dan mengeluarkan phone dari poket bajunya.

"Smile!"

Click! Click! Click!

Ava melihat gambar itu kembali.

"Lawa!!" Ava tersenyum gembira. Aiden tergelak melihat perangai Ava. Gambar lawa pun suka eh? Pelik betul!

"Jom balik. Abang ada kerja nak buat lagi ni." Andy mengajak. Aiden dan Ava hanya mengikut. Yelah Andy yang bawa mereka kan, mestilah kena ikut driver.

Ava dan Aiden duduk di kerusi belakang. Bukan nak berlagak boss ke apa tapi sebab ada barang-barang Andy kat seat depan. Dan Andy kata barang tu tak boleh sentuh. Jadi, duduk belakang lah jawabnya.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now