Reveal

73 20 5
                                    

<

Ava memandang Encik Adrian yang terbaring di katil. Sekarang Ava tak tahu nak buat apa. Dia dah cukup serabut dengan semua yang berlaku. Kenapa masalah tak pernah nak berhenti datang kat dia?! Dia tak minta pun semua masalah ni!! Dah masuk dua hari ayahnya tidak sedarkan diri. Masuk dua hari juga Ava tak makan. Macam mana dia nak makan kalau ayahnya sekarang terbaring tak sedarkan diri? 

Klek!

Aiden masuk ke dalam bilik itu. Di tangannya terdapat satu plastik berisi makanan tengah hari Ava. Sudah penat dia pujuk Ava untuk makan,tapi Ava masih berdegil. Aiden sedih melihat keadaan adiknya itu. Dia tahu sudah banyak perkara buruk yang berlaku dalam hidup mereka. Sekarang bertambah lagi satu masalah. 

"Ava...nanti kawan-kawan kita nak datang. Kau tak nak makan dulu ke?" Aiden masih cuba memujuk Ava. Dia tak nak adiknya pula yang jatuh sakit nanti. Ava menggelengkan kepala.

"Ava,kau kena makan. Dah dua hari tau kau tak makan. Minum air je mana cukup!" Aiden tidak berputus asa. Ava tidak menjawab. Dia terus mengurut tangan ayahnya.

"Ava-

"Hallu!! Hai kembar!Kitorang datang ni!" Ash masuk dengan Dylan,Eric dan Finn. Aiden menghadiahkan senyuman pada mereka tapi Ava tidak menoleh pun. 

Ash memandang Ava pelik.

"Avaaaa kau nak cream puff tak? Aku ada beli tadi. Jom makan!" Ash cuba menarik perhatian Ava tapi tidak berjaya. Ava seperti di dalam dunia sendiri.

Aiden cuba menghalang Ash dari terus mengacau Ava tapi Ash terus bertanya.

"Ava! asal kau palau aku! Aku datang ni. kau tak dengar ke? Avaaaaa"Ash menarik-naril lengan baju Ava.

"Lepaslah" Ava menjawab perlahan.

"Tak nak! Aku nak kau cakap dengan aku dulu. Baru aku lepas." Ash masih berdegil.

"Ash, jangan kacau Ava." Dylan cuba memberhentikan Ash.

"Avaaaaaaaaaaaa-

"APA KAU NAK!?? Aku kata lepaskan........" Ava menepis tangan Ash tapi kemudian dia menutup mukanya. Kedengaran esakan kecil keluar dari Ava. Semua orang di situ terkedu. Ash sudah rasa bersalah.

"Ava,sorry...jangan lah nangis" Ash menyentuh bahu Ava. Tapi makin kuat pula Ava menangis. Automatik, Ash memeluk Ava.

"Sokay, you can cry."  

Melihat suaana yang sayu itu, Aiden,Dylan,Eric dan Finn datang ke arah Ash dan Ava. Kemudian, mereka memeluk Ava juga.

What can i say...It was a cute grouphug.

.

Malam itu, Ava dan Aiden pulang ke rumah mereka. Setelah puas kawan-kawan mereka memujuk Ava,baru dia bersetuju untuk pulang. Ava sudah boleh tersenyum dan tergelak mendengar lawak yang Aiden buat. Mungkin selepas menangis tadi, dia sudah ok sedikit. Selepas membersihkan diri dan makan,kembar itu duduk di ruang tamu dan menonton tv. Tapi bukan mereka pun yang tengok tv,tv yang tengok diorang. Sepanjang cerita di tv itu dimainkan, Ava dan Aiden hanya termenung dan tenggelam dalam fikiran masing-masing. 

"Aiden-

"Ava-

Mereka memandang antara satu sama lain. Kemudian tergelak.

"Apa yang kau nak cakap?" Sekali lagi, mereka bertanya serentak.

"Kau cakap dulu" Aiden dan Ava tergelak. Macam mana boleh sama je apa yang diorang nak cakap ni?

"Ok,kau cakap dulu." Aiden memberi Ava ruang untuk bercakap dulu.

"Aku dah tahu macam mana nak tangkap dia" kata Ava serius.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now