New Clue

97 19 4
                                    


Sejak kejadian itu, Ava dan Aiden tidak lagi melihat Rina. Di sekolah pula,sudah kecoh tentang kematian Senior Reza tapi mereka tidak tahu cerita yang sebenar. Geng Jenny juga tidak lagi mengacau Ava kerana ketiadaan Rina.

Snap!

Ava tersedar dari lamunan apabila Aiden memetik jarinya.

"Cepatlah turun. Takkan sampai esok nak duduk atas motor ni je." kata Aiden. Ava mencebik dan turun dari motor Aiden.

Tanpa menunggu Aiden,Ava terus berjalan ke arah bangunan yang sudah lama dia tidak jejaki. Tidak menghiraukan panggilan Aiden Ava terus melangkah.

"Ava!! Tunggulah. Tak sabar betul nak melawat sekolah lama eh!" Aiden meletakkan tangannya di atas bahu Ava.

Ava menepis tangan Aiden dan memandangnya tajam.

"Kalau bukan sebab kau tak paksa aku datang..tak adanye aku nak datang sini la!!" balas Ava dengan muka marahnya.

"Alololo....jangan lah marah Ava. Aku tak nak lah tengok kau terperuk je dalam rumah. Kau pun dah lama tak makan ice-cream kan. Kat sini mesti ada banyak kedai kau boleh beli. Tak menyesal punya kau ikut!!" ucap Aiden sambil membelai rambut Ava.

"Huh!! Tempat lain ada kan. Sini jugak nak bawak!!" Ava masih marah.

"Alaaaa dah alang-alang boyfriend kau ajak datang sini aku bawak lah.." balas Aiden selamba.

"Sejak bila dia boyfriend aku?? Aku tak suka dia lah!!" Ava membuat muka.

"Ehh aku tak kata sapa-sapa pun...ke kau memang ada apa-apa dengan dia....heeee" Aiden mengusik Ava.

Tangan Ava pantas ingin memukul Aiden tetapi Aiden sempat mengelak.

"Tak kena tak kena!!" Aiden menjelir lidah pada Ava.

Ava cuba memukul Aiden lagi tapi kali ini Aiden mengelak dan menarik Ava sehingga dia terjatuh menyembab bumi. Kemudian dia menggelakkan Ava.

Ava mengetap gigi dan terus berdiri untuk mengejar Aiden. Dia sudah tak kisah kalau orang lain nampak mereka. Sekarang dia hanya fikir untuk humban kepala Aiden dalam mangkuk tandas!!

Aiden juga terus membuka langkah untuk melarikan diri dari Ava.

"Tunggu kau Aiden!!!

.

(Aiden's POV)

Aku berhenti berlari apabila yakin aku sudah jauh dari Ava. Ava tak tahu ke aku ni pelari pecut sekolah,nak lawan dengan dia memang tak heran lah.*muka bangga untuk 3 saat*

Aku melihat sekeliling. Banyak jugak gerai-gerai yang dibuka. Lapar pulak tiba-tiba. Dari aku tercegat kat sini,baik aku pergi isi perut. Nanti kalau Ava jumpa aku takut tak sempat hidup je lagi.

So mari cari makanan!!

.

(Ava's POV)

Aku berhenti sebentar kerana kepenatan. Dah lah tadi tak makan,ingat Aiden nak bawa keluar pergi makan. Last-last kat sini dia bawak!! Tak guna punya abang!

Aku lihat ramai orang lalu lalang. Kebanyakannya orang luar. Open Day Summer High memang diorang akan ajak orang luar sekali datang. Tiga tahun sekolah sini buat aku malas nak pergi Open day. Tapi tengoklah aku kat mana sekarang!!

Aku pegang perutku. Laparrr laaa. Baik aku cari makanan dulu sebelum kerjakan si Aiden. Nanti aku ada tenaga lebih lah belasah dia. Aku tersenyum jahat.

Kau tunggu je Aiden. Masa kau akan sampai.

Eh jap, bosan pulak nak makan sorang-sorang. Baik aku call Emma. Mesti dia ada memandangkan dia sekolah sini.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now